Pages

Thursday, November 25, 2010

Sudah Dewasakah Aku?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, muhasabahlah dan semak dirimu sendiri"


SK Sri Skudai telah mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran PIBG sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program berkhatan. Tahniah kerana berjaya melawan perasaan takut dan gementar walaupun kalian dimomokkan dengan berbagai versi cerita yang menakutkan. Tahniah!! Persoalannya sudah dewasakah aku????



Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.



Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.
Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan di mana kulit pada hujung zakar @ penis dibuang.
Di Malaysia selalunya dilakukan atas sebab agama, di mana agama Islam menyuruhan kanak-kanak Islam dikhatankan sebelum mereka akhil baligh. Namun begitu sekarang ini terdapat juga mereka yang bukan Islam juga berkhatan atas sebab kebersihan & kesihatan.

Kebaikan berkhatan :

1.Bersih – penis yang telah dikhatan lebih mudah dicuci dan dijaga kebersihannya.
2.Mengelakkan jangkitan kuman pada sistem urinari (kencing). Mereka yang tidak berkhatan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada sistem urinari sebanyak 10 kali ganda berbanding mereka yang berkhatan.
3.Menurunkan risiko mendapat kanser penis.
4.Menghindar dari Phimosis. Phimosis adalah keadaan dimana pembukaan pada hujung kulit penis itu terlalu kecil sehingga menyusahkan untuk kencing. Kadang-kala keadaan ini akan mengakibatkan jangkitan kuman dan inflamasi pada penis.
5.Mengurangkan risiko mendapat penyakit jangkitan seks. Mengutamakan seks yang selamat adalah sangat penting. Namun begitu risiko mendapat jangkitan seks di kalangan mereka yang berkhatan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak berkhatan.
6.Mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV.


Risiko berkhatan :
Kesakitan : semasa pembedahan, kebiasaannya bius akan diberikan secara suntikan pada pangkal zakar. Ini akan menyebabkan kesakitan. Semasa pembedahan kebiasaannya tidak merasakan kesakitan. Selepas pembedahan akan merasakan kesakitan sehingga lebih kurang 8 jam.

Risiko pembedahan : risiko seperti perdarahan dan jangkitan kuman boleh terjadi walaupun keadaan ini jarang berlaku.

Penjagaan selepas berkhatan :

1.Jangan bergerak terlalu banyak.
2.Jangan basahkan pembalut yang membalut penis @ zakar.
3.Adalah kebiasaan sekiranya terdapat perdarahan yang sedikit pada hujung zakar. Sekiranya perdarahan sehingga darah menitik-nitik bawalah berjumpa doktor semula.
4.Kebiasaannya selepas lima hari luka khatan akan kering dan boleh kembali melakukan aktiviti seperti biasa.
5.Pantang – dari segi perubatan tiada pantang dari sebarang makanan. Namun begitu sekiranya tidak mahu memakan makanan laut dan sebagainya, itu terpulang kepada anda sendiri.

Terima kasih untuk insan yang sudi memberi aku menjamah pulut kuning sempena majlis ini. Sedapp...

Imanmysara


















1 comment:

  1. tahniah buat anak bujang En Rosman, En Azmi, En Roslan dan semua yang telah selamat menjalani proses berkhatan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails