Pages

Thursday, November 25, 2010

~Majlis Anugerah Keceriaan dan Kebersihan Kelas



Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"




Berjalan di coridor kelas, aku nampak murid-murid kecil lincah menyapu sampah. Ada yang terlompat-lompat memadam papan hitam kerana tidak cukup tinggi. Ada yang bijak menyorong kerusi mengelap tingkap. Menyusun atur meja dan kerusi agar kelas mereka cantik dan ceria. Budaya baik yang harus diterapkan ke dalam diri anak-anak agar mereka tahu buat kerja apabila dewasa kelak. Tanpa arahan guru kelas, mereka bersaing sesama sendiri untuk memastikan kelas mereka menang setiap minggu. Aku terfikir sejenak...adakah mereka diasuh di rumah untuk menyapu dan membersihkan ruang atau mereka hanya belajar di sekolah melalui pengalaman membersihkan kelas bersama rakan-rakan. Satu hari, telinga aku menangkap suara halus seorang murid perempuan. Mak aku tak bagi aku buat kerja-kerja macam ni.....semua bibik aku yang uruskan....nada suara dan riak muka jelas menunjukkan kebanggaan diri. Seorang murid perempuan yang comel sedang asyik menyapu sampah menyampuk...mak saya kata kalau tak pandai menyapu...nanti tak boleh kahwin. Aku tersenyum sendiri....
Sering aku ingatkan pada mereka, tidak rugi kalau buat kerja dari awal, nanti sudah menjadi kebiasaan. Bila dewasa dan tinggal berjauhan dari keluarga, segalanya menjadi mudah kerana semua kerja dapat dibuat sendiri. Kita tidak akan dibenci oleh rakan sebilik bila kita pandai mengurus bilik yang dikongsi bersama. Bagi teman-teman yang ada anak, pilihlah mana cara asuhan yang baik untuk kebaikan mereka kelak.....

Tahniah kepada penyelaras Unit Keceriaan & Kebersihan Kelas, Pn Siti Najihah Bt Mohamad bersama-sama dengan AJKnya kerana berjaya melaksanakan satu program yang amat baik dalam mendidik anak-anak dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka. Majlis Anugerah Kelas Terbersih & Ceria telah diadakan di dewan SKSS. Tahniah kepada semua pemenang.....







Imanmysara

1 comment:

  1. Ucapan tahniah kepada guru kelas 1Cemerlang Pn Azizah Yusuf dan guru kelas 5 Cergas Pn Norazlina kerana telah memenangi anugerah kelas terbersih sepanjang 2010.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails