Pages

Sunday, October 17, 2010

MUZIK~MERANGSANG OTAK KIRI & KANAN

Salam sayang teman-teman & anak-anak........
"LAGI KUAT SAYA BERUSAHA, LAGI BAIKLAH HASILNYA"


Music + Soul Pictures, Images and Photos

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang muzik. Ramai yang menyukai muzik tetapi genre yang berbeza...bagi saya muzik yang lembut dan tidak membingitkan telinga membuat hati saya lebih tenang. Kadang-kadang muzik mampu membuat hati panas jadi sejuk, jiwa menjadi sedih dan perasaan menjadi rindu. Begitu besar kuasa muzik ke atas kita.

Sekadar ingin berkongsi.........

salah satu muzik pilihan saya untuk merehatkan minda....



Imam Al-Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama dari alam semula jadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah swt kepada hambaNYa. Contohnya bunyi deruan ombak yang tidak pernah berhenti, bunyi aliran sungai, hembusan angin di puncak tinggi, titisan hujan, kicauan burung dan sebagainya.
Ketenangan dapat diperolehi dari bunyi-bunyi tadi dan membuatkan minda kita lebih bersedia untuk memudahkan saranan berlaku. Saranan akan merangsang kedua-dua belah otak kiri dan kanan untuk menerima ilmu.

The Best Relaxing Sounds Ever - The Ocean



Dr. Georgi Lozanov, seorang pengkaji 'super learning' mengatakan muzik yang berirama perlahan seperti muzik Baroque oleh Vivaldi, Bach, Handel, Tchaikovsky dan Pachelbel boleh merangsangkan pembelajaran.

Concentration Brain Training Music


Beliau juga menegaskan bahawa muzik boleh menjadi sebahagian proses dalaman pembelajaran yang membawa kepada ketenangan sebelum, ketika dan selepas belajar. Dr. Steve Halpern pula berpendapat, muzik yang keras atau kasar akan menjejaskan kesihatan dan sudah tentulah tidak membantu dalam PEMBELAJARAN.......

Imanmysara

4 comments:

  1. Salam...muzik antara cara sya belajar dr nk UPSR lg...tp klu esknya nk peksa sy akn lbh focus...focusnyer..

    Ingat lg abah penah blikan 'kaset'irama lgu tnpa lirik suh denga time blaja...xingat muzik ape,cm kitaro la kot...

    Apepun muzik beri byk kesan dlm hidup kta...dgr je lagu,trus ingat kenangan pahit manis time tu...so sweet...

    ReplyDelete
  2. Caravansary..Kitaro ..antara muzik kegemaranku Zam...

    ReplyDelete
  3. terima kasih Irish kerana berkongsi pengalaman belajar masa kecil...mungkin boleh dipraktikkan dan lihat keberkesannya..

    ReplyDelete
  4. Sam...lagu itu kalau dgr ulang-ulang boleh merehatkan otak....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails