Pages

Thursday, April 29, 2010

IMAN MYSARA ~ 1



Tanganku kemas memegang kotak pensel warna. Sesekali kepala menjengah bas sekolah yang sepatutnya datang. Bunyi suara kawan-kawan agak membingitkan telinga. Aku tidak ambil endah apa yang terjadi disekeliling.....siapa yang lalu lalang di hadapan aku juga aku tidak kisah. Aku mesti balik awal. Ada perkara yang ingin aku sampaikan kepada ibu. Rambut aku yang diikat dua oleh ibu pagi tadi sudah nampak agak kusut. Aku juga tidak peduli. Masih terbayang-bayang di mata ku pensel warna Sherina yang sangat besar dan kotaknya juga sangat cantik. Aku melihat kotak pensel warna aku ......sudah buruk...ada kesan koyak kerana basah terkena hujan. Pensel warna aku pendek dan hanya ada 12 batang. Aku dengar pensel warna Sherina dibeli oleh ayahnya semasa melancong ke luar negara tapi kata Aisyah pensel warna macam itu ada di jual di sini. Aku kira ada 72 batang semuanya. Cikgu Fauziah guru matematik kata 72 lagi banyak daripada 12. Aku nakkk....aku mesti minta ibu belikan. Lagipun minggu depan ada pertandingan mewarna. Aku suka mewarna.
Bunyi hon yang kuat mengejutkan aku....cepat-cepat aku mencapai beg dan terus meluru ke arah bas. Aku duduk dan kotak pensel warna aku genggam kemas. Hati aku sudah tak sabar. Tekak ku amat haus tapi tak apa lah aku perlu balik segera. Dalam bas aku tersenyum apabila membayangkan kotak pensel warna besar ada dalam beg aku.
Sampai di rumah aku terus melompat turun.....ibu....ibu......aku menjerit memanggil nama ibu. Senyap. Aku membuka kasut dan meletakkan beg di tepi dinding. Bau ikan masin kuat menusuk hidung. Ibu pasti di dapur memasak. Ibu tersenyum sambil tangannya laju membasuh pinggan. Aku nampak muka ibu seperti tidak sihat. Bau minyak angin menyengat apabila aku duduk berhampiran ibu. Aku terus menyatakan hasrat untuk memiliki pensel warna besar kepada ibu. Ibu hanya memandang wajahku....kosong dan senyumannya juga tidak semanis biasa. Sambil menggangguk kepala perlahan ibu bersetuju dengan permintaan aku. Wah......hati aku girang.Ibu kata dia akan siapkan tempahan baju hari ini untuk mendapatkan duit.
Sambil mandi aku menyanyi lagu Anak Itik Tok Wi yang di ajar oleh guru muzik tadi. Semasa berjalan ke arah bilik , aku nampak ibu duduk di atas katil sambil melumurkan minyak panas ke badannya. Muka ibu berkerut-kerut menahan sakit. Mulut aku ternganga...ibu sakit rupanya.Aku nampak ibu bangun perlahan-lahan mengambil bungkusan baju dan gunting. Ibu.......aku peluk ibu kuat-kuat.Airmata aku mengalir laju. Hingus yang keluar aku kesat dengan lengan baju. Ibu aku tak jadi lah nak beli pensel warna. Pensel warna aku yang lama masih boleh digunakan.
Pagi itu...aku masih menggenggam kotak pensel warna aku.......aku berazam aku akan warna cantik-cantik semasa pertandingan nanti. Mata aku merenung barisan pensel warna....pendek dan sedikit tetapi warna merah kalau panjang tetap warna merah.

oleh :

~ Iman Mysara~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget