Persepsi saya pula berbeza, murid-murid ini sebenarnya sangat memerlukan bimbingan dalam menjalankan tugasan. Mereka mungkin tidak dapat berfikir secara kendiri tindakan yang perlu diambil. Peluang perlu diberi kepada mereka untuk mengasah bakat kepimpinan.
Penolong Ketua Kelas Cemerlang Bulan ini ~ Mahalecthummy a/p S Kannan

Ketua Kelas Cemerlang bulan ini ~ Aniq Ruzaini B Ajini ( 4 Cerdas)

Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas sedang menyemak senarai semak tugasan dalam buku catatan

Guru Bimbingan sedang memberi penerangan dan taklimat tentang bidang tugas & tanggungjawab

Membimbing murid-murid menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin.

Buku catatan Ketua Kelas / Penolong Ketua kelas yang dijadikan panduan semasa menjalankan tugasan.

Saya harap selepas pra kursus ini, semua pemimpin kecil ini dapat menjalankan tanggunjawab masing-masing dengan lebih berkesan. Guru-guru kelas saya harap dapat bersabar dalam mengasah bakat si cilik untuk menjadi pemimpin berkesan.....
No comments:
Post a Comment