Pages

Tuesday, May 18, 2010

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS / KETUA KELAS / PENOLONG KETUA KELAS

Bila pengawas/ ketua/penolong kelas gagal menjalankan tugas dengan sempurna....siapa yang harus disalahkan? Bila undang-undang gagal dikuatkuasa....bila masalah disiplin semakin meningkat....siapa yang harus menggalas kesalahan itu? Guru Penyelaras Disiplin kah yang gagal menyelaras unit? Guru Penyelaras Pengawaskah yang gagal membimbing pengawas? Atau Guru Bimbingan & Kaunseling kah yang tidak memainkan peranan?
Oleh itu , saya rasa Guru Penyelaras Disiplin, Guru Penyelaras Pengawas & Guru Bimbingan & Kaunseling harus berganding bahu bersama-sama mengatasi masalah ini. Bila semua pemimpin ini dapat dibentuk, saya rasa undang-undang sekolah dapat dilaksanakan dengan mudah. Cuma satu yang amat saya harapkan sebagai guru kita janganlah mudah menuding jari antara satu sama lain apabila ada masalah yang timbul rentetan dari kegagalan pemimpin kecil ini menjalankan tugas. Adalah tidak adil bila kita menyalahkan satu pihak sahaja kerana untuk mencapai matlamat kita harus berusaha bersama-sama. Semoga dengan adanya program seperti ini semua pemimpin kecil SK Sri Skudai akan terserlah bakatnya...

Slot Tn Guru Besar ~ Cabaran Pengawas Masa Kini



Guru Penyelaras Disiplin/ Guru Penyelaras Pengawas / Guru Bimbingan & Kaunseling~ bekerjasama untuk memantapkan disiplin sekolah.



Pemimpin kecil yang boleh dijadikan role model



Semua peserta dibahagi mengikut kumpulan untuk slot ice breaking



Fasilitator memberi bimbingan & panduan arah tuju untuk melaksanakan tanggungjawab



Slot ice breaking bersama fasilitator~ terima kasih dan diharap dapat memberi bimbingan hingga ke Motivasi Fasa 2



Jamuan untuk peserta-peserta program motivasi



Kami sedia berkhidmat untuk kecemerlangan SK Sri Skudai



Akhir kata, saya harap kita sebagai pendidik haruslah sentiasa bersihkan hati dalam menjalankan amanah. Jangan mudah menuding jari pada orang lain apabila berlaku sesuatu perkara. Bekerja kerana Allah dan insya allah imbuhannya amat besar.

1 comment:

  1. Tahniah kepada Unit Disiplin & Pengawas kerana semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails