Pages

Saturday, November 27, 2010

Status Cik Dah Bertukar Puan...Tips Untuk Pengantin.

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......."Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"
Undangan ke majlis perkahwinan datang bersilih ganti. Ramai betul yang akan mengakhiri zaman bujang di hujung tahun 2010. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi mengundang. Maaf sekiranya tidak dapat menghadirkan diri dan tahniah buat kedua pengantin baru. Doaku agar hubungan suci kalian diberkati Allah bermula detik pertama akad sebagai suami isteri. Berbahagialah menyulam cinta di saat bulan madu kalian...
Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru daripada saya dan seluruh warga sekolah SK Sri Skudai kepada dua orang guru SKSS yang telah selamat menjadi isteri kepada pasangan masing-masing.




Selamat Pengantin Baru Buat Hyreen dan Rizal
Selamat Pengantin Baru Buat Nisshak dan Hairi
Tips Untuk Pengantin Baru
 Ini adalah sebahagian daripada wasiat Rasulullah SAW; Adab Uz-Zifah.
Rasulullah SAW telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib ra di mana Baginda telah bersabda, “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah SWT menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu, susu, cuka, ketumbar dan juga epal masam.”
Saidina Ali ra bertanya, “Wahai Rasullulah, mengapakah 4 jenis makanan ini dilarang?
Baginda menjawab, “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari 4 perkara ini untuk menghalang dari dapat anak.

Saidina Ali ra bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)?”

Lalu Baginda menjawab, “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesunggunya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.”

Mengenai ketumbar, ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja.


Imanmysara

Thursday, November 25, 2010

SALAM AIDIL ADHA~Pengorbanan itu Perlu

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........

"Ilmu itu diperolehi daripada lidah yang gemar bertanya dan akal yang sentiasa berfikir"


Aku suka dengar lagu ini.....pengorbanan sebenarnya bukan le berkaitan dengan lagu allahyarham Tan Sri P.Ramlee tetapi membawa maksud yang lebih besar. Sayang....abang busy la...mungkin tak dapat cuti...raya qurban ini kita tak balik kampung ye...Sedihnya hati...tapi aku rela berkorban demi suami tersayang..Apa aku nak buat supaya hari raya kali ini sama rasanya semasa sambutan di kampung. Aku bercadang untuk memasak ketupat agar suasana meriah hari raya dapat dirasai. Kalau macam tu...abang tolong anyamkan ketupat ye...aku mana tahu nak anyam....setelah dilatih oleh sifu terhebat pun masih gagal...sampai sifu itu menyerah kalah kerana gagal mendidik aku. Hehehehhe....suami aku sanggup berkorban pula demi aku.....Setelah berjam-jam menganyam ketupat, aku pun nak le tengok hasilnya....Apa yang jadi hanyalah bentuk-bentuk origami burung yang biasa aku tengok semasa mengajar anak muridku Seni Visual. Ala....anyam ketupat burung sampai tertidur dia...Jangan marah.....ingat makna qurban....sabar..Malam sudah lewat....anak kecil belum lagi tidur...mama tak ada biskut raya ke....buat la kek coklat ke...cheese cake, kek kukus ke...baru best.....ingat aku ini tauke kedai cake ke.....Dengan senyum yang sangat manis walaupun mata sudah mengantuk...baiklah anakku...nanti mama buatkan... Don't worry...pagi esok mesti boleh makan cake.
Mata aku dah tak dapat dikawal lagi...ngantuk sangat....aku pun mula le acara membuat cake.....Sedang asyik berangan memasak ala-ala Nigella...telinga aku terdengar bunyi orang memberi salam...sapa pula yang datang time macam ni....seram pula rasanya...drama kat TV kot....suara salam makin keras...semua orang sudah tidur....

Dengan tangan penuh tepung dan baju agak comot aku terus ke pintu....sebaik pintu dibuka...aku lihat ibu tersayang berdiri di depan mata... Mak...nak raya sini??....Tak apa aku berkorban tinggalkan rumah aku supaya dapat beraya dengan anak-anak...
kata ibuku sambil mengangkat begnya masuk. Aku ternganga di situ.....besar sungguh pengorbananmu ibu....Terima kasih adik aku kerana sudi membawa ibu ke sini....
Qurban ialah rentetan peristiwa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar yang amat menyayat hati dan menginsafkan jika kita hayati.Seorang lelaki tua yang mandul, mendoakan untuk mendapat anak dan doanya dikabulkan Allah ketika umurnya melepasi 8 dekad. Siti Sarah isteri pertama yang begitu cemburu sehingga menyuruh Nabi Ibrahim menghalau isterinya yang disayangi Siti Hajar. Dia dihalau ke padang pasir yg mungkin penuh dengan bahaya dan sengsara. Air pun tiada sehinggalah dipancarkan mata air akibat tendangan Nabi Ismail yang kehausan. Dalam kecemasan mencari air untuk meredakan dahaga anaknya, SitiHajar terkejar-kejar ke sana kemari antara Marwa dan Safa sambil menyeru-nyeru zamzam-zamzam berulangkali. Turunnya firman Allah agar Nabi Ibrahim mengorbankan anakandanya Nabi Ismail. Betapakah sedih dan pilunya Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.
Namun firman dan perintah yang diyakini daripada Allah itu hendak dilaksanakan jua. Betapa kuatnya iman seorang anakanda tunggal menyatakan kepada
ayahandanya agar tidak teragak-agak untuk melaksanakan firman Allah dengan sabar, cekal dan dijanjikannya 'Insya-allah anakanda jua akan sabar ketika diqurban.
Nabi Ibrahim bersyukur akhirnya menyambut anugerah daripada Allah iaitu bebiri diqurban dan bukan anakandanya.
Jika kita dapat menghayati betapa besar pengorbanan SitiHajar, pengorbanan Nabi Ibrahim serta Nabi Ismail, tentulah qurban lembu/kambing membawa erti besar. Jika tidak qurban itu hanya satu amalan biasa dan pengagihan daging adalah sedekah biasa sahaja.

Imanmysara

JOM NAIK BAS....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......

"Orang yang asyik mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan daripada kawan"

Hari ini kita hendak naik bas.....hooooray! hoooorayyy! Terlompat-lompat kanak-kanak girang kesukaan. Cikgu...cikgu saya tak pernah naik bas....tak sabar nak rasa macam mana naik bas. Ok ...aku tumpang teruja melihat anak-anak kecil yang sedang keseronokan. Sedang kami merancang program untuk jalan-jalan naik bas tiba-tiba ada seorang murid mengangkat tangan. Cikgu saya tak nak ikut.....sejak kecil saya tak pernah naik bas. Buat apa naik bas...bersesak-sesak, lambat dan orang miskin je akan naik bas tu. Suaranya menyebabkan suasana senyap seketika. Mood gembira hilang ditiup angin. Mata aku memandang ke arah wajah anak-anak lain yang tadinya gembira bertukar menjadi duka...












Hisssh.....hati aku menjadi sebal tetiba.....sabar...sabar... akukan guru kaunseling....senyum....senyum.....Mujur aku dapat mengawal diri kalau tak memang rasa nak plaster aje mulutnya. Aku meneruskan taklimat tentang program kami dan mujur semua murid lain masih ingin meneruskan pengalaman menaiki bas walaupun aku lihat murid tadi cuba mempengaruhi rakan-rakannya yang lain agar tidak turut serta.
Tepat pukul 8.00 pagi, sebuah bas tiba di hadapan pagar sekolah. Murid-murid beratur untuk menaiki bas dan menjerit kesukaan kerana hanya sekolah kami sahaja yang akan menaiki bas tersebut untuk menuju ke destinasi. Dengan tempat duduk yang selesa, pemandu bas yang peramah dan boleh tahan kacak....hahaha...dan bas itu dilengkapi dengan air cond lagi. Wahhhh!!!!!....terbit rasa kagum daripada murid-murid yang tidak pernah naik bas. Mata aku mencari seorang muridku yang aku tahu ayahnya boleh dikatakan sangat berada. Mukanya tenang dan dia duduk di tepi tingkap bas....mata kami bertembung dan dia tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya tanda seronok....Setelah puas dibawa mengelilingi kawasan baru yang akan dinaiktaraf, kami dihantar kembali ke sekolah. Anak murid aku yang ayahnya seorang hartawan tadi datang dan memegang tangan aku....Terima kasih cikgu kerana memberikan pengalaman baru buat saya.
Sampai di bilikku...dengan perasaan ingin tahu aku mencapai fail untuk melihat butiran murid yang menol
ak untuk mengikuti program ini. Pekerjaan bapa...buruh....ibu...surirumahtangga..alamat ....bukan kawasan taman perumahan....Hisssh...aku kira dia anak orang berada sehingga memandang rendah kepada orang yang menaiki bas......





Imanmysara

Kami Berjaya~ 5A Milik Kami

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......

"Impian, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan. Setelah kita melalui pengalaman pahit dan kegagalan, kita tetap bertekad untuk berjalan terus maju tanpa mengenal erti lelah dan putus asa sekalipun ramai orang menghalangnya"

Suasana dewan sangat sepi...walaupun ramai ibubapa yang hadir untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR. Jelas kelihatan riak gusar di wajah mereka. Bimbang ...berdebar-debar.....takut menunggu keputusan anak mereka...Harapan mereka sungguh tinggi...semua...aku cukup pasti semua yang ada dalam dewan itu mengharapkan keputusan yang terbaik buat anak mereka. Taklimat tentang kemasukan ke MRSM yang aku sampaikan kepada mereka tidak begitu menarik perhatian. Mata mereka lebih tertumpu ke pintu dewan untuk menunggu setiausaha peperiksaan membawa perkhabaran gembira atau duka.

Apabila pengumuman dibuat...kedengaran ketawa girang keluarga meraikan kejayaan...ada juga terdengar esakan tangisan kerana terkilan dengan keputusan yang tersurat. Tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan UPSR. Bagi yang mendapat keputusan kurang memuaskan...
janganlahh kamu berputus asa.....langkah kamu masih jauh. Cikgu harap agar janganlah kamu berputus asa dan jadikanlah ini semangat untuk kamu lebih berjaya.....Cikgu pernah berjumpa dengan seorang yang hanya mendapat 1A dan kini sedang menuntut di United States dalam bidang kejuruteraan.....Bila usaha ada tiada istilah bodoh dalam kamus hidup kita......

Imanmysara







Sudah Dewasakah Aku?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, muhasabahlah dan semak dirimu sendiri"


SK Sri Skudai telah mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran PIBG sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program berkhatan. Tahniah kerana berjaya melawan perasaan takut dan gementar walaupun kalian dimomokkan dengan berbagai versi cerita yang menakutkan. Tahniah!! Persoalannya sudah dewasakah aku????



Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.



Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.
Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan di mana kulit pada hujung zakar @ penis dibuang.
Di Malaysia selalunya dilakukan atas sebab agama, di mana agama Islam menyuruhan kanak-kanak Islam dikhatankan sebelum mereka akhil baligh. Namun begitu sekarang ini terdapat juga mereka yang bukan Islam juga berkhatan atas sebab kebersihan & kesihatan.

Kebaikan berkhatan :

1.Bersih – penis yang telah dikhatan lebih mudah dicuci dan dijaga kebersihannya.
2.Mengelakkan jangkitan kuman pada sistem urinari (kencing). Mereka yang tidak berkhatan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada sistem urinari sebanyak 10 kali ganda berbanding mereka yang berkhatan.
3.Menurunkan risiko mendapat kanser penis.
4.Menghindar dari Phimosis. Phimosis adalah keadaan dimana pembukaan pada hujung kulit penis itu terlalu kecil sehingga menyusahkan untuk kencing. Kadang-kala keadaan ini akan mengakibatkan jangkitan kuman dan inflamasi pada penis.
5.Mengurangkan risiko mendapat penyakit jangkitan seks. Mengutamakan seks yang selamat adalah sangat penting. Namun begitu risiko mendapat jangkitan seks di kalangan mereka yang berkhatan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak berkhatan.
6.Mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV.


Risiko berkhatan :
Kesakitan : semasa pembedahan, kebiasaannya bius akan diberikan secara suntikan pada pangkal zakar. Ini akan menyebabkan kesakitan. Semasa pembedahan kebiasaannya tidak merasakan kesakitan. Selepas pembedahan akan merasakan kesakitan sehingga lebih kurang 8 jam.

Risiko pembedahan : risiko seperti perdarahan dan jangkitan kuman boleh terjadi walaupun keadaan ini jarang berlaku.

Penjagaan selepas berkhatan :

1.Jangan bergerak terlalu banyak.
2.Jangan basahkan pembalut yang membalut penis @ zakar.
3.Adalah kebiasaan sekiranya terdapat perdarahan yang sedikit pada hujung zakar. Sekiranya perdarahan sehingga darah menitik-nitik bawalah berjumpa doktor semula.
4.Kebiasaannya selepas lima hari luka khatan akan kering dan boleh kembali melakukan aktiviti seperti biasa.
5.Pantang – dari segi perubatan tiada pantang dari sebarang makanan. Namun begitu sekiranya tidak mahu memakan makanan laut dan sebagainya, itu terpulang kepada anda sendiri.

Terima kasih untuk insan yang sudi memberi aku menjamah pulut kuning sempena majlis ini. Sedapp...

Imanmysara


















Masak Apa tu....?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman semua......
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berdetik kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

Hari Kokurikulum SKSS diadakan dengan objektif menguji kemahiran dan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi, kreatif dan persaingan sihat. Antara pertandingan yang diadakan ialah memasang khemah, membuat gajet, ikatan dan simpulan dan memasak. Aku ditugaskan sebagai pengadil pertandingan memasak bagi empat pasukan beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Puteri Islam. Kebetulan aku amat suka apa-apa yang berkaitan memasak. Kagum, geli hati dan berbagai perasaan bercampur baur apabila melihat anak-anak kecil memasak. Guru pemimpin bersungguh-sungguh mengajar ahli pasukan memasak untuk memenangi pertandingan tersebut. Semasa ini kita dapat lihat siapa yang biasa menolong ibu di dapur atau yang tidak pernah langsung ke dapur membantu. Cara memegang pisau, cara mengacau lauk di kuali dan cara menghidang membuatkan anak-anak yang tidak biasa dengan kerja dapur mudah dikenalpasti. Walaubagaimanapun syabas dan tahniah kepada semua peserta pertandingan memasak atas kesungguhan dan keberanian kamu mencuba. Biarlah kamu gagal membalikkan telur goreng dan telur hangus, biarlah kamu masukkan semua sayuran dan tumis bawang kemudian dan biarlah sambal sardin kamu masin terlebih garam. Cikgu bangga dengan kamu dan diharap pengalaman ini menjadi satu yang amat berharga buat kamu....pandai anak ibu memasak......


Imanmysara

Aku Diundang Ke Hotel M-Suite

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....lama tidak bersua di laman blog ini. Agak sibuk dengan tugasan hujung tahun dan peperiksaan akhir yang akan aku lalui juga membuat aku terpaksa menumpukan pada yang perlu.
"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yan
g elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"







Sekeping kad yang cantik diletakkan di dalam keretaku. Undangan ke majlis makan bersama murid-murid tahun 6 di Hotel M-Suite.....meraikan mereka sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Terima kasih kepada penyelaras tahun 6 yang sentiasa menghargai aku walaupun bukannya banyak mana pun sumbangan aku terhadap warga tahun 6. Usaha keras mereka secara berterusan yang membuatkan kejayaan itu berpihak kepada mereka.


Majlis yang sederhana tetapi meriah amat menghiburkan tetamu undangan yang terdiri daripada guru besar, semua GPK, YDP PIBG dan guru-guru. Suara merdu si Cindai meremangkan bulu roma, tarian 60-an menyebabkan guru besar dan GPK tersenyum teringat zaman remaja. Tarian zapin yang lemah gemalai membuat mata terpaku kepada si penari....cantik budak-budak ni...


Semua murid-murid tahun 6 melaram pakaian yang tercantik yang menyebabkan pekerja hotel keliru yang mana satu guru yang mana satu murid. Sudah dewasa kamu.....berhati-hati bila menginjak usia remaja. Banyak godaan dan cubaan yang menanti.....cikgu harap jagalah maruah diri dan nama baik ibubapa agar tidak menyesal kelak. ramai anak-anak murid cikgu yang dahulunya sangat lemah lembut perwatakannya bertukar kasar percakapannya apabila masuk alam remaja. Sungguh sayang sekali.....ingat anak-anak....datanglah dengan pakej iaitu cantik, cerdik dan berbudi tinggi........Cikgu sayang kamu semua......






Imanmysara

~Majlis Anugerah Keceriaan dan Kebersihan Kelas



Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"




Berjalan di coridor kelas, aku nampak murid-murid kecil lincah menyapu sampah. Ada yang terlompat-lompat memadam papan hitam kerana tidak cukup tinggi. Ada yang bijak menyorong kerusi mengelap tingkap. Menyusun atur meja dan kerusi agar kelas mereka cantik dan ceria. Budaya baik yang harus diterapkan ke dalam diri anak-anak agar mereka tahu buat kerja apabila dewasa kelak. Tanpa arahan guru kelas, mereka bersaing sesama sendiri untuk memastikan kelas mereka menang setiap minggu. Aku terfikir sejenak...adakah mereka diasuh di rumah untuk menyapu dan membersihkan ruang atau mereka hanya belajar di sekolah melalui pengalaman membersihkan kelas bersama rakan-rakan. Satu hari, telinga aku menangkap suara halus seorang murid perempuan. Mak aku tak bagi aku buat kerja-kerja macam ni.....semua bibik aku yang uruskan....nada suara dan riak muka jelas menunjukkan kebanggaan diri. Seorang murid perempuan yang comel sedang asyik menyapu sampah menyampuk...mak saya kata kalau tak pandai menyapu...nanti tak boleh kahwin. Aku tersenyum sendiri....
Sering aku ingatkan pada mereka, tidak rugi kalau buat kerja dari awal, nanti sudah menjadi kebiasaan. Bila dewasa dan tinggal berjauhan dari keluarga, segalanya menjadi mudah kerana semua kerja dapat dibuat sendiri. Kita tidak akan dibenci oleh rakan sebilik bila kita pandai mengurus bilik yang dikongsi bersama. Bagi teman-teman yang ada anak, pilihlah mana cara asuhan yang baik untuk kebaikan mereka kelak.....

Tahniah kepada penyelaras Unit Keceriaan & Kebersihan Kelas, Pn Siti Najihah Bt Mohamad bersama-sama dengan AJKnya kerana berjaya melaksanakan satu program yang amat baik dalam mendidik anak-anak dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka. Majlis Anugerah Kelas Terbersih & Ceria telah diadakan di dewan SKSS. Tahniah kepada semua pemenang.....







Imanmysara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails