Pages

Tuesday, May 18, 2010

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS / KETUA KELAS / PENOLONG KETUA KELAS

Bila pengawas/ ketua/penolong kelas gagal menjalankan tugas dengan sempurna....siapa yang harus disalahkan? Bila undang-undang gagal dikuatkuasa....bila masalah disiplin semakin meningkat....siapa yang harus menggalas kesalahan itu? Guru Penyelaras Disiplin kah yang gagal menyelaras unit? Guru Penyelaras Pengawaskah yang gagal membimbing pengawas? Atau Guru Bimbingan & Kaunseling kah yang tidak memainkan peranan?
Oleh itu , saya rasa Guru Penyelaras Disiplin, Guru Penyelaras Pengawas & Guru Bimbingan & Kaunseling harus berganding bahu bersama-sama mengatasi masalah ini. Bila semua pemimpin ini dapat dibentuk, saya rasa undang-undang sekolah dapat dilaksanakan dengan mudah. Cuma satu yang amat saya harapkan sebagai guru kita janganlah mudah menuding jari antara satu sama lain apabila ada masalah yang timbul rentetan dari kegagalan pemimpin kecil ini menjalankan tugas. Adalah tidak adil bila kita menyalahkan satu pihak sahaja kerana untuk mencapai matlamat kita harus berusaha bersama-sama. Semoga dengan adanya program seperti ini semua pemimpin kecil SK Sri Skudai akan terserlah bakatnya...

Slot Tn Guru Besar ~ Cabaran Pengawas Masa Kini



Guru Penyelaras Disiplin/ Guru Penyelaras Pengawas / Guru Bimbingan & Kaunseling~ bekerjasama untuk memantapkan disiplin sekolah.



Pemimpin kecil yang boleh dijadikan role model



Semua peserta dibahagi mengikut kumpulan untuk slot ice breaking



Fasilitator memberi bimbingan & panduan arah tuju untuk melaksanakan tanggungjawab



Slot ice breaking bersama fasilitator~ terima kasih dan diharap dapat memberi bimbingan hingga ke Motivasi Fasa 2



Jamuan untuk peserta-peserta program motivasi



Kami sedia berkhidmat untuk kecemerlangan SK Sri Skudai



Akhir kata, saya harap kita sebagai pendidik haruslah sentiasa bersihkan hati dalam menjalankan amanah. Jangan mudah menuding jari pada orang lain apabila berlaku sesuatu perkara. Bekerja kerana Allah dan insya allah imbuhannya amat besar.

PRA KURSUS KEPIMPINAN KETUA & PENOLONG KELAS

Salam & selamat bertemu lagi...Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas memainkan peranan yang penting dalam membantu guru-guru untuk memastikan perjalanan proses rutin kelas seharian dapat dijalankan dengan sempurna. Kadang-kadang saya lihat ada guru yang begitu bernasib baik kerana mendapat murid yang benar-benar berbakat dalam menjalankan tugas seharian. Saban masa saya mendengar rungutan guru-guru yang mengatakan bahawa ketua kelas atau penolongnya yang menyumbang kepada masalah dan tidak boleh diharap.
Persepsi saya pula berbeza, murid-murid ini sebenarnya sangat memerlukan bimbingan dalam menjalankan tugasan. Mereka mungkin tidak dapat berfikir secara kendiri tindakan yang perlu diambil. Peluang perlu diberi kepada mereka untuk mengasah bakat kepimpinan.

Penolong Ketua Kelas Cemerlang Bulan ini ~ Mahalecthummy a/p S Kannan



Ketua Kelas Cemerlang bulan ini ~ Aniq Ruzaini B Ajini ( 4 Cerdas)



Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas sedang menyemak senarai semak tugasan dalam buku catatan



Guru Bimbingan sedang memberi penerangan dan taklimat tentang bidang tugas & tanggungjawab



Membimbing murid-murid menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin.



Buku catatan Ketua Kelas / Penolong Ketua kelas yang dijadikan panduan semasa menjalankan tugasan.



Saya harap selepas pra kursus ini, semua pemimpin kecil ini dapat menjalankan tanggunjawab masing-masing dengan lebih berkesan. Guru-guru kelas saya harap dapat bersabar dalam mengasah bakat si cilik untuk menjadi pemimpin berkesan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails