Pages

Monday, July 26, 2010

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN UPPM 3 & PKBS

Salam sayang semua..... Ia dtg lagi...bagi yang sudah bersedia...tahniah dan bagi yang masih belum..usaha lah...masih belum terlambat...Semoga dapat menjalani peperiksaan ini dengan hati yang tenang dan dengan azam yang kuat untuk mendapat gred yang baik...

good luck Pictures, Images and Photos
Ingin berkongsi beberapa tips untuk peperiksaan yang mendatang....
a) Sila semak jadual peperiksaan
Semaklah jadual yang telah diberi supaya dapat menyusun waktu untuk mengulangkaji pelajaran.. (ingatan untuk yg selalu membuat persiapan akhir). Latih tubi mestilah berterusan...bagi yang membuat persiapan awal...tipsnya mulakan ulangkaji subjek yang akhir sekali dalam jadual dan bila hampir hari peperiksaan , kamu akan ulang kaji subjek pada hari pertama...yang pasti tiada subjek yang tertinggal...
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Bila tiba hari peperiksaan, kamu perlu banyak membuat latihan dan ulangkaji menggunakan buku-buku atau set soalan yang ada di pasaran. Kamu lakukan ini untuk mengingati pelajaran lalu dan untuk mengelakkan lupa. Bagus...jangan berhenti...teruskan latihan dan ini akan membiasakan kamu dengan bentuk soalan sekaligus membantu mengekalkan ingatan.
3. Tentukan keutamaan
Walaupun kamu membuat persediaan di saat akhir, jangan lupa mengutamakan subjek yang masih lemah dan kemahiran yang belum kamu kuasai.
Jangan pula kamu belajar subjek yang kamu sukai sahaja tetapi ulangkaji semua. Bersikap adil pada semua guru yang mengajar kamu.
4. Banyak mengingat / menghafal dan membuat kaitan
Mengingat / menghafal adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh kamu gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Gunalah teknik yang sesuai dengan kamu, terpulang kepada kamu, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan semasa menjawab soalan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada 3 perkara yang mesti diamalkan bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
i) Sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, kamu seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu kamu mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan kamu jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya kamu sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang kamu minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan selepas selesai peperiksaan.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat (kismis/susu/soya/kekacang) dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, kamu perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya alat tulis khususnya beberapa batang pensel 2B, pembaris, pemadam dan penajam pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
ii) Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah lebih awal, pastikan kamu bersarapan terlebih dulu. Minumlah secawan minuman panas atau sekeping roti. Jangan bangun lewat kerana jika kamu bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat ye, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan kamu panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dan cium tangan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kamu dapat menjawab soalan dalam keadaan tenang.
Ketika mula hendak menjawab soalan peperiksaan, kamu hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.Sediakan juga air masak untuk diminum.
Apabila sedang menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh guru, jawablah soalan yang kamu fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan dilupakan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
iii) Selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, kamu tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, kamu mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh emosi
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan yang tidak kita sangka mungkin dihadapi. Oleh itu, kamu seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
good luck Pictures, Images and PhotosSering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, kamu tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Okay...itu sahaja untuk kali ini... diharap tips-tips ini dapat membantu semua dalam menghadapi peperiksaan.
Untuk semua murid SK Sri Skudai ....Good Luck.... Buat yang terbaik dan jangan sia-sia kan peluang yang ada...
Iman mysara


3 comments:

  1. Tahniah Zam , blog menarik .Teruskan perjuangan di medan BK. ~Samsudin Adnan

    ReplyDelete
  2. salam...Zam, dlm tercari2 sy trjumpa blog ni.. TAHNIAH.. sgt menarik sbb sebenrnya dh lma sya juga tringin ada blog sendiri tp XRETI+XSEMPAT... apapun.. congrates..teruskn prjuangan... CTROHA

    ReplyDelete
  3. Salam..CTROHA...trimakasih atas sokongan...niat hanya ingin berkongsi ilmu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails