Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........Sistem Pengurusan Latihan Guru http://apps.moe.gov.my/splg Cikgu-cikgu sila lengkapkan ye...

Ha....hambik....berterabur kad-kad biru kat depan aku.....Berebut-rebut aku tengok cikgu ni mencari kad masing-masing. Cam sales kat Jusco plak....hihihihi.....Jangan gabra cikgu...walaupun aku sebagai setiausaha LDP yang dah nak rasa demam...
Mula-mula cikgu klik pada Modul Individu. Masuk le ID cikgu iaitu No IC.....ha...senang kan....No IC sure le ingat takkan tak ingat kot.Pas tu lengkapkan soal selidik TNA. Pun senang je soalannya.....soalan Add Maths lagi susah. Klik...klik...klik....Senangkan !!!!
Ada soalan tak? Ustaz dah senyum tu kira dah faham la kan....Jangan lupa step seterusnya ialah kemaskini e-profil...Pastikan Profil Individu 1 tau.... Ala ...kat sini cite le kelulusan apa, pengalaman bekerja, anugerah perkhidmatan dan sumbangan kalau cikgu ada menyumbang....hihihihihi....
Last sekali daftar kehadiran kursus luar pula..... (KKL). Sabar tau....kalau sistem tidak dapat ditembusi......Okey....faham semua.....Wow...semua nampak OK...Aku sebagai SU LDP tersangat happy sebab hanya beberapa jam taklimat semua sudah menguasai........Malam ni leh la aku tidur lena......Lagu Adam dan Hawa berbunyi lewat tengah malam.....aku dalam sedar tak sedar bangun......Isshhhhh......Aaron Aziz ni....Zam......tolong akak...camna ni tak leh nak wat le SPLG....Tak leh ye kak..takpe saya terangkan semula...Huwaaaaaaaaa! Tangisan ku di tengah malam!!!!! ; (
Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti
tanah yg menyebabkan benih dapat disemai. Oleh
itu terpulanglah kepada kedua ibu bapa dan guru bagaimana dan cara hendak mencorak,mewarna,
membentuk kanak-kanak tersebut sama ada nak jadi Nasrani, Majusi atau Yahudi.
Cikgu kaunseling dan cikgu disiplin perlu menghadiri Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga.Seminar ini amat bagus kerana yang berkongsi ilmu ialah wakil JKM, PDRM dan doktor.
Ruang yang terbuka agak panas tapi oleh kerana banyak input yang diterima maka aku dan Kak Ton duduk mendengar apa yang disampaikan.
Sesekali kami berbisik dan bercerita tentang tugas masing-masing. Bila diberi rehat, kami terus mencuci mata di kedai berhampiran sambil minum Coolblog...waduh nyaman betul.Aku dan Kak Ton tidak melepaskan peluang melihat pameran.....Wah! banyak broshur / pamplet untuk aku bawa balik ke bilik kaunseling aku.
Rata-rata bahan pameran berkisar mengenai gejala sosial yang melanda manusia sekarang. Aku selalu rasa manusia sekarang jadi begitu kerana otak sudah rosak kerana banyak makan jajan... Ini Kak Ton....akak yang baik hati dan suka betul ketawa....Tempat saya bertukar-tukar idea.Ni dia sedang mengumpul semuaaaaa broshur kat booth pameran....Akak nak letak dalam bilik kaunseling akak....Heheheheh.....saya pun nak kumpul gak la....akak.