Pages

Thursday, June 21, 2012

Program Makan Durian....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......kalau kita ingin berkawan, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin bila ada satu keburukan kita akan membencinya.Dalam bulan ini, cikgu-cikgu banyak betul kerja....baru sahaja selesai menguruskan sukan sekolah...balik lewat petang melatih murid, berjemur di bawah terik mentari menjalankan tugasan padang, menghias khemah dan melatih perbarisan......penat....sangat penat...
Oleh itu aku bercadang untuk mengadakan satu program yang boleh meredakan sedikit kepenatan cikgu-cikgu ni...So, plan untuk ajak semua makan durian di dusun durian...makan sampai puas.Penetapan tarikh agak sukar dilakukan kerana dusun ni sentiasa penuh ditempah orang.
Setelah berbincang dengan tuan punya dusun, akhirnya rezeki bagi cikgu SK Sri Skudai ada....cuma agak terkilan ramai yang tidak dapat ikut sama kerana ada komitmen lain...Cikgu Jepun yang bertugas kat sekolah aku pun ikut sama....nak melihat sendiri dusun durian.Siap pakai tie lagi gi dusun...hebat mamat nih..
Dapat aku lihat betapa seronoknya kita semua makan durian bersama......bercerita, bergurau senda dan ketawa. Mungkin aku harap program makan durian ini dapat mengurangkan sedikit tekanan yang kita ada....Isinya yang kuning dan manis....durian dusun ini memang lazat....





Terima kasih kepada Nurfa FarmStay Pontian, Johor Bahru....kerana sudi menerima kunjungan kami..layanan yang mesra amat kami hargai..maaf sekiranya ada tersalah bahasa semasa kami di dusun ini.



Bagi yang teringin nak menikmati.....hubungi lah tuan punya dusun yang baik hati ini.... Jom makan durian lagi .....nak??





4 comments:

  1. Sedapnya nak join gak

    ReplyDelete
  2. ade no phone owner dusun nih x?

    ReplyDelete
  3. Mr Ano...mungkin boleh search di FB..Nurfa Farmstay..kat situ ada info..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails