

Ini adalah sebahagian daripada wasiat Rasulullah SAW; Adab Uz-Zifah.
Rasulullah SAW telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib ra di mana Baginda telah bersabda, “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah SWT menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu, susu, cuka, ketumbar dan juga epal masam.”
Saidina Ali ra bertanya, “Wahai Rasullulah, mengapakah 4 jenis makanan ini dilarang?
Baginda menjawab, “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari 4 perkara ini untuk menghalang dari dapat anak.
Saidina Ali ra bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)?”
Lalu Baginda menjawab, “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesunggunya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.”
Mengenai ketumbar, ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja.

Imanmysara