Oleh itu , saya rasa Guru Penyelaras Disiplin, Guru Penyelaras Pengawas & Guru Bimbingan & Kaunseling harus berganding bahu bersama-sama mengatasi masalah ini. Bila semua pemimpin ini dapat dibentuk, saya rasa undang-undang sekolah dapat dilaksanakan dengan mudah. Cuma satu yang amat saya harapkan sebagai guru kita janganlah mudah menuding jari antara satu sama lain apabila ada masalah yang timbul rentetan dari kegagalan pemimpin kecil ini menjalankan tugas. Adalah tidak adil bila kita menyalahkan satu pihak sahaja kerana untuk mencapai matlamat kita harus berusaha bersama-sama. Semoga dengan adanya program seperti ini semua pemimpin kecil SK Sri Skudai akan terserlah bakatnya...
Slot Tn Guru Besar ~ Cabaran Pengawas Masa Kini

Guru Penyelaras Disiplin/ Guru Penyelaras Pengawas / Guru Bimbingan & Kaunseling~ bekerjasama untuk memantapkan disiplin sekolah.

Pemimpin kecil yang boleh dijadikan role model

Semua peserta dibahagi mengikut kumpulan untuk slot ice breaking

Fasilitator memberi bimbingan & panduan arah tuju untuk melaksanakan tanggungjawab

Slot ice breaking bersama fasilitator~ terima kasih dan diharap dapat memberi bimbingan hingga ke Motivasi Fasa 2

Jamuan untuk peserta-peserta program motivasi

Kami sedia berkhidmat untuk kecemerlangan SK Sri Skudai

Akhir kata, saya harap kita sebagai pendidik haruslah sentiasa bersihkan hati dalam menjalankan amanah. Jangan mudah menuding jari pada orang lain apabila berlaku sesuatu perkara. Bekerja kerana Allah dan insya allah imbuhannya amat besar.