Pages

Wednesday, February 17, 2010

Januari 2010~Program Transisi Tahun Satu









Salam,
Program Transisi tahun satu dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang budaya sekolah dan peraturan-peraturan sekolah.Guru-guru yang bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid tahun satu ialah Pn Ainum Mardziah, Pn Azizah Bt Yusuf, Pn Siti Rohana Sairan dan Pn Nirmala Devi a/p Raman. Mereka ini guru yang cukup berpengalaman. Tahun ini, murid-murid baru tahun satu sangat teruja untuk ke sekolah. Seperti biasa, sepanjang Minggu Transisi , saya akan membantu guru-guru tahun satu memastikan program dapat dilaksanakan dengan mantap.
Pada pendapat saya, murid-murid baru memerlukan masa untuk memahami apa yang sedang mereka hadapi. Seronok melihat bagaimana murid-murid kecil ini baru belajar beratur membeli makanan di kantin. Mula berkenalan dengan kawan baru. Membawa beg besar dari dataran ke kelas...sungguh comel. Tiada masalah yang saya hadapi kecuali hanya dua orang murid yang menangis dan lari keluar kelas. Melihat wajah mereka sewaktu menangis membuat saya berfikir mengapa dan apa sebabnya. Takut cikgu...tak mungkin kerana kedua-duanya pernah menghadiri kelas prasekolah. Mungkin dalam hati kecilnya ada perkara yang mengganggu emosi. walaubagaimanapun, tahniah kepada semua guru tahun satu atas kesabaran yang telah ditunjukkan. Anda memang penyayang...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails