Pages

Showing posts with label kaunseling. Show all posts
Showing posts with label kaunseling. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Itu Majalah Lucah!

Assalamualaikum, salam sayang anak-anak dan teman-teman....Orang yang membaca sebuah buku yang dalam maknanya, lebih besar faedahnya daripada membaca 50 buah buku cerita yang tidak bermakna. Pagi ini sangat cerah....aku memulakan tugas seperti biasa. Buka bilik kesayanganku.....sapu carpet....sediakan aromaterapi...sebab sekejap lagi mesti ada klien, kalau tak pon menyambut kawan-kawan transit sementara tunggu loceng masuk kelas.
Ehh....nape plak aku baca magazine ni...??Aaron Aziz tu...
Sedang sibuk menulis report untuk session tiba-tiba aku didatangi oleh 3 orang murid. Cikgu saya ada perkara rahsia nak bagitau cikgu. Ok...aku menyediakan borang-borang yang perlu diisi bagi mengumpul maklumat.Cikgu....ada murid bawa majalah lucah dalam kelas cikgu... Hahh!! majalah lucah....siapa??...Aku begitu bersungguh-sungguh mengumpul maklumat.....Awak tengok tak majalah tu?...Tengok cikgu....ada gambar perempuan tak pakai baju......Hohohoi..ni tak boleh jadi....budak kecik pon dah pandai nak tengok majalah cam tu... Awak pergi ambil majalah tu....bawa sini....ehhh! jangan salah sangka bukan cikgu nak baca...cikgu nak tengok bukti.Setelah 10 minit, murid yang keluar untuk ambil majalah kembali ke bilik aku...Cikgu ....majalah tu dah takde...Aku jadi sangat susah hati....jangan la ada kes macam ni kat sekolah rendah... Aku pon bertanya kepada 3 murid yang membuat aduan....Awak ingat tak nama majalah tu.... Ingat tak ?? Aku genggam pen kuat-kuat....ye la...nak tulis nama majalah lucah kan....malu pon ada.....Ermmmmm.....mereka berfikir sejenak.....tetiba seorang daripada mereka ingat....Haa... nama majalah tu AVON....
Aku renung muka 3 ABDUL ni.....owww....katalog AVON ye..... HaHaHaHaHa...... Lepas mereka keluar dari bilik aku pon jerit........Mak!!!! saya nak order barang Avon boleh tak!!!Mak tolong la anakmu ini................Pagi yang tadi cerah tetiba aku rasa nak hujan + angin bertiup sangatlah kencang....Huh!Ngapa aku rasa sangatttt letih hari ni.....

Monday, April 23, 2012

Taklimat Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Jagalah diri baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana kita dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
Semua kaunselor sekolah rendah dan menengah berkumpul di PPD Johor Bahru untuk mendengar taklimat mengenai merekayasa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Tn Hj Rozman B Harun, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling.

Antara yang disampaikan ialah :-
1. Mengingatkan semua kaunselor daerah Johor Bahru tentang tujuan asal tugas sebagai seorang kaunselor dan memberi fokus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
2.Memuji kaunselor yang mesra tetapi terdapat juga yang terlebih mesra sehingga tidak pandai menolak kerja.
3.Memenangi jiwa murid adalah merupakan teras perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
4.Mendahului jangkaan tindakan murid.
5.Mempunyai personaliti yang disenangi oleh semua warga sekolah dan merupakan orang yang paling dipercayai.


KAUNSELOR PERLU FOKUS PADA:-
a) Pembangunan sahsiah murid
b) Peningkatan disiplin diri murid
c) Pendidikan kerjaya murid
d) Psikososial dan kesejahteraan mental
Banyak lagi la yang dikongsikan bersama.....Beliau ada juga menyentuh tentang program hot sekarang iaitu Program Guru Penyayang.Kami dapat la duduk bersama-sama bertukar cerita mengenai sekolah dan program kaunseling sambil makan nasi tomato yang enak.....

Monday, July 18, 2011

Majlis Konferens Ibu Bapa - Harapan Tinggi...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Program rutin Unit Bimbingan dan Kaunseling datang kembali.....tadddaaaa......hehehehe.....cikgu kaunseling sila selaraskan bagi ok tau.....Ok ...baik boss...
Seperti tahun sebelumnya program ini sebenarnya adalah pertemuan antara Guru Besar, guru-guru tahun enam dan guru kaunseling dengan mak ayah. Sehari sebelum majlis, sedang aku membeli pisang goreng ada seorang emak bertanya....nak jumpa lagi ke cikgu....kita ni bukannya ada cuti...kan Hari Terbuka dah jumpa?
Ini maksudnya Puan....Masa ini puan boleh berjumpa
dengan semua guru mata pelajaran.
Puan boleh jumpa Guru Besar juga.....
Puan boleh jumpa cikgu Sains...kalau
anak puan lemah subjek tu..
Puan boleh jumpa saya juga........
Dan puan boleh mendengar setiap guru
matapelajaran memberi komen tentang anak-anak
dan cara menangani. Cukup baguskan....
Dalam menangani masalah tingkah laku murid-murid, kita guru dan ibubapa  berdepan dengan masalah yang sama. Ala....macam lagu "Kita Serupa"...Headwinds. Perkara ini telah diakui oleh Pakar Motivasi, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa dan guru perlu bersatu untuk melahirkan generasi muda yang mampu memimpin negara dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
"Sekiranya ibu bapa dan guru tidak bersatu dalam membentuk pelajar menjadi insan yang berwawasan dan berwibawa, amat sukar melahirkan generasi pelapis yang berkarisma dalam memimpin negara pada masa depan," kata pakar motivasi pujaan saya ni....
Senario saling menyalahkan antara satu sama lain yang kerap berlaku di hampir semua sekolah di negara ini harus dielakkan.
Terkenang beberapa tahun yang dulu pernah terdengar dua ayat daripada 2 orang ibu.
Ayat 1 - Anak saya dapat 5A sebab saya hantar dia tuisyen...kalau nak harapkan cikgu...ermmm...entahlah..
Ayat 2- Anak saya ni tak lulus sebab cikgu la tak pandai ajar....
Errrmmmmm.....siannnya......cikgu....

Wednesday, June 8, 2011

Bila Mata Tak Mengantuk...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......hari sudah malam tapi mata belum mengantuk....Suasana sangat sunyi....hanya kedengaran suara lagu dari siaran radio Sinar FM....angin sejuk tiba-tiba meniup...mungkin hujan diluar. Betul hujan...ada bunyi titik-titik air jatuh.....Takde siaran menarik di Astro....rakan FB semua sudah lama dibuai mimpi. Kerja masih banyak tapi hati tak mau menyiapkan dulu....eh.eh..eh...sikap tidak bagus...suka menangguhkan kerja. Bangun berjalan ke dapur....dua sudu besar milo + susu panas + beberapa keping biskut....sedapnya....masih mengadap blog...mencari idea....


Mata masih belum mengantuk. Mengapa agaknya mata ni tak mau tidur....tiba-tiba teringat cerita Karak (KRU) yang ditonton baru-baru ni.....seram la plak....tapi aku tidak berada di jalanraya so tak payah ler takut. Kan dalam rumah.....tapi semua orang dah tidur...kira aku sorang-sorang ni....Mata mengapa tak mau tidur? Tiba-tiba dari celah langsir mata terlihat sesuatu berambut panjang duduk di atas kereta...seramnya....tangan cepat-cepat menutup suis laptop....
Ek.... eleh...bila dah takut....ekor kucing parsi aku, pun nampak cam rambut nenek tua....Apa pun aku memang agak seram lebih-lebih lagi aku tahu ada mende paranormal itu.....aku pernah nampak....betul-betul disebelah rumah mak......
Ingin berkongsi....kurangnya waktu tidur bukan hanya mempercepatkan proses penuaan tetapi juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, diabetes dan hilang ingatan....(Eve Van Center)
Bila mata tak mengantuk..... aku perlu bangun....menunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Esa......


IKLAN MASA CUTI
Walaupun tak cantik.... cuti ni mama buat utk kamu....
selalu kita beli aje kat kantin RM1.00 utk 3 keping

Wednesday, June 1, 2011

Wow.......Obesiti!!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
"The rest of the world lives to eat, while I eat to live." - Socrates


Cikgu kaunseling ada 12 orang murid obes di sekolah kita ye...sila buat sesi untuk mencari punca. Ok...boss.

Mummy  daddy mengapa saya gemuk ye?
a) Genetik dan keturunan
b) Sebab persekitaran -makanan segera dan cara pemakanan (mcd, kfc,etc)
c) Cara hidup anak-anak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer (facebook ler tu)
d) Sebab psikologi - anak-anak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak .

e) Masalah metabolisme


Mummy  daddy kalau gemuk, saya akan sakit tak?
1. Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
2. Masalah jantung
3. Darah tinggi
4. Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.


Mummy daddy bantu saya nak kurang berat badan...
Makan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan anak-anak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif anak-anak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.


Mummy daddy bantu saya supaya suka bersenam.
a) Kurangkan menonton TV
b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum


Jom bersenam bersama saya  dengan muzik ni ok tak..?hahahaha....dalam rumah aje...ajak mummy daddy. Maaf ye mummy kalau video clip ni rasa tak sesuai....just for fun....kasi tutup mata anak kat part2 tertentu...



Tuesday, February 1, 2011

Banjir.....Empati Itu Perlu!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Sesiapa yang tidak pernah merasai pahitnya kesusahan tidak akan mengenal manisnya kesenangan. Masih bercuti di kampung...kerana kami diperuntukkan cuti seminggu. Di sini sesi persekolahan masih berjalan dan mereka hanya bercuti pada hari Khamis. Hujan turun tanpa henti-henti...lambakan baju yang tidak kering masih tersidai di ampaian.Cuaca sejuk dengan aroma bau hujan yang kuat menusuk hidung...Angin bertiup dingin....angin banjir ni...
Ni laluan aku nak balik .......lepas tak nak lalu....
Sedih dan empati melihat daerah yang dilanda banjir... kasihan sungguh...tentu banyak kos yang perlu ditanggung akibat kerosakan dek air banjir. Itu belum lagi keselamatan nyawa. Bagaimana sambutan perayaan bagi kaum cina...Apa pun walaupun kita tidak terlibat dengan bencana ini, demi nilai kemanusiaan dan nilai yang ada dalam ilmu kaunseling....empati itu perlu.Empati adalah interaksi atau hubungan antara manusia. Kita mampu merasakan situasi emosi orang lain, maka kita boleh membina hubungan yang akrab dengan orang lain. Ia berbeza dengan simpati.Kita hanya merasa kasihan dgn kondisi seseorang .Kalau kita empati, seolah kita yang merasakan kejadian tersebut. Jadi bila musim banjir ini...apa lagi makanan yang enak untuk dijamah.

sedapnya makan .....ubi empuk dan gebu....
Tentulah ubi kayu rebus cecah kelapa atau sambal ikan bilis. Makan nasi panas dengan lauk sardin pun sedap.


bertambah-tambah kalau makan dengan nasi dan telur
Aku capai kunci kereta terus ke kedai cari bahan untuk masak menu banjir.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails