Program rutin Unit Bimbingan dan Kaunseling datang kembali.....tadddaaaa......hehehehe.....cikgu kaunseling sila selaraskan bagi ok tau.....Ok ...baik boss...
Seperti tahun sebelumnya program ini sebenarnya adalah pertemuan antara Guru Besar, guru-guru tahun enam dan guru kaunseling dengan mak ayah. Sehari sebelum majlis, sedang aku membeli pisang goreng ada seorang emak bertanya....nak jumpa lagi ke cikgu....kita ni bukannya ada cuti...kan Hari Terbuka dah jumpa?
Ini maksudnya Puan....Masa ini puan boleh berjumpa dengan semua guru mata pelajaran. |
Puan boleh jumpa Guru Besar juga..... |
Puan boleh jumpa cikgu Sains...kalau anak puan lemah subjek tu.. |
Puan boleh jumpa saya juga........ |
Dan puan boleh mendengar setiap guru matapelajaran memberi komen tentang anak-anak dan cara menangani. Cukup baguskan.... |
"Sekiranya ibu bapa dan guru tidak bersatu dalam membentuk pelajar menjadi insan yang berwawasan dan berwibawa, amat sukar melahirkan generasi pelapis yang berkarisma dalam memimpin negara pada masa depan," kata pakar motivasi pujaan saya ni....
Senario saling menyalahkan antara satu sama lain yang kerap berlaku di hampir semua sekolah di negara ini harus dielakkan.
Terkenang beberapa tahun yang dulu pernah terdengar dua ayat daripada 2 orang ibu.
Ayat 1 - Anak saya dapat 5A sebab saya hantar dia tuisyen...kalau nak harapkan cikgu...ermmm...entahlah..
Ayat 2- Anak saya ni tak lulus sebab cikgu la tak pandai ajar....
Errrmmmmm.....siannnya......cikgu....
Tahniah pada Pn Norsila Mohamad...penyelaras tahun enam dan semua guru tahun 6....Wuyooooo!!!! kamu memang hebat......
ReplyDelete