Murid-murid sekarang sudah pandai menilai.....saya suka cikgu yang handsome macam Aaron Aziz ( aku pun nak belajar dengan cikgu nih...hehehehe)....
Thanks 4 the pic Mr Google |
Itu le kriteria yang diletakkan oleh seorang murid yang baru berusia 10 tahun. Cikgu-cikgu terutama cikgu perempuan terpaksa berusaha keras untuk menepati kriteria yang disebut. Maka bermulalah era fesyen-fesyen tudung dan busana yang cantek-cantek menyebabkan murid asyik memandang. Mungkin berpuas hati la kot melihat cikgu cantik.
Aku sedang duduk di dataran pada suatu pagi yang gelap.....tiba-tiba telinga tertangkap suara halus murid-murid sedang berbual-bual. Kita pilih cikgu A la untuk kategori cikgu bergaya....maka mereka berempat bersepakat. Datang seorang murid lagi menyampuk...Eh...eh...tapi Cikgu A pakai tudung tak kemas...brooch pun kadang-kadang tak sesuai dengan tudung...Erkkkk....bijak menilai sungguh budak-budak sekarang.....
Tahniah cikgu-cikgu anggun yang sentiasa menjaga personaliti diri dan tahu berfesyen namun masih sopan mengikut batasan agama......kadang-kadang serba -salah juga jadi cikgu ni....Nak pakai meriah-meriah nanti dikata over pula. Tak pakai cantik-cantik.....dikata selekeh pulak. Dah tentu masa perhimpunan nak berdiri sebelah rakan yang meriah pun segan.
Ada seorang guru baru datang padaku....Kak.....geram betul....saya dah pakai tudung ala-ala Yuna.....budak kata saya pakai tudung tak siap.....hahahaha.....tak apa dik....comeelll...Jangan risau teman-teman.....menjaga penampilan untuk kepuasan diri setelah penat bekerja......Hari ni ada orang jual tudung tak...ala jenama yang baru tu.....aku nak beli... ; ))
No comments:
Post a Comment