Pages

Monday, January 10, 2011

ANDA CIKGU KAUNSELING.....? TAK BANYAK KERJAKAN....?

Salam sayang teman-teman dan anak-anak.......Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang hanya melihat tanpa berbuat apa-apa........
Aku masih di sini betapa di sini.....di dalam bilik kaunseling aku.....merujuk kepada ciri-ciri di atas...aku harus sentiasa menyemak diri untuk menjadi kaunselor yang baik....unik..aku suka...i like....aku suka buat sesuatu yang lain daripada org lain...aku tak suka ikut-ikut....biar ia dtg fresh dr otak aku...Terima tanpa syarat plak....bagaimana ye...bila berdepan dgn situasi dimana org yg selalu khianat kat kita dtg minta khidmat nasihat....nampak gayanya utk menepati ciri-ciri di atas kena la tarik nafas dalam-dalam dan terima tanpa syarat. Kalau tak alamat kena laser otromen la org tu...Hissh aku perlu berpengetahuan...cukupkah ilmu kaunseling didada....alhamdulillah aku berada dijalan ilmu menuju ke tahap tertinggi bidang kaunseling.....Konsep kendiri aku perlu sentiasa positif....kadangkala ada masa tersasar juga ke arah negatif....Tahun 2011...aku diberi tanggungjawab lain selain mengurus hal-hal kaunseling...:-
1. Penyelaras motivasi dan kecemerlangan sekolah
2.Penyelaras unit perkembangan staff
3.AJK Unit Transisi
4. Pencatat minit mesyuarat
5. AJK Program Gemilang
6.AJK Lembaga Tatatertib Murid
7.AJK Unit Perhimpunan
8. Penyelaras Kelab Rakan BOSS
9.Guru pemimpin Tunas Puteri
10.Guru sofbol
11. Penolong Ketua Rumah Segara
Weee!!!!......banyak tu...tanggungjawab aku...aku cuba buat selagi terdaya....sampai sempurna.
Cuma kadang kala ada suara yang melemahkan semangat aku....Ala...guru kaunseling tak masuk classkan.....best la...boleh relaks.......bukan banyak kerja pun kan.....
Senyum.....tanpa kata apa-apa...

5 comments:

  1. Imanmysara mesti stay-up sampai kul 3,4 pagi kan...nak siapkan keje. Sian kat hubby

    ReplyDelete
  2. Salam saudara....kdg2 memang kena stay up utk siapkan keje tapi alhamdulillah hubby la org yg byk membantu dlm semua kejayaan yg diraih.....

    ReplyDelete
  3. salam cikgu Iman
    saya rindu saat2 saat kesibukan seorang kaunselor,well done, sis.
    benar, jika seorang suami sering dikatakan, di belakang kejayaan seorang suami, ada wanita yang berdiri tegak di sisinya, begitu jua kejayaan seorang wanita bergelar isteri, kan sis

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Ma......thanks sudi ke blog ni....alhamdulillah...sya rasa smua kjayaan yg ada....dtgnya dripda sokongan org trsyg....

    ReplyDelete
  5. mulut orang mana boleh tutup kak...kata Dr Ahmad Jazimin (upsi), sejarah mungkin berulang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails