Kamu dah berjanji pada ibu.....jangan lupa |
Kami murid-murid SKSS
Berjanji dan berikrar
Bahawa kami sentiasa
awal dan mendahului
Bersemangat
Tekun dan rajin
Cekal dan tabah
Sentiasa menghasilkan
Kerja yang cemerlang
Kejayaan dan kecemerlangan
Matlamat kami
Kami pasti mencipta sejarah
5A matlamat kami
SKSS pasti cemerlang
Kami yakin kami boleh!!
Bergema suara kamu di dewan tadi....sungguh bersemangat.Ada riak sebak di wajah ibubapa kamu....Dengan lafaznya aku janji tadi maka, kamu sudah terikat dengan satu kontrak yang perlu dipenuhi. Mulakan usaha keras untuk memenuhi setiap baris janji yang telah dibuat.
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga; apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila dipercaya dia khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Syahdu betul melihat ibubapa memeluk anak masing-masing |
Jangan mungkir janji....tak baik tau......Janji memang mudah diucapkan namun amat berat untuk kita tunaikan.
jgn hmpakan harapan sek !! chaiyok !! year 6 students skss !!
ReplyDelete