Wah....ramainya tak sabar nak pergi bilik cikgu.....suka....suka....datang ye...cikgu tunggu. Tahukan kat mana bilik cikgu...blok D...tingkat 3....ala bilik yang cantik tu...(perasan la plak)....Tak perlu malu-malu....tak perlu pakai topeng...tak perlu menyamar kalau nak datang ke bilik cikgu....orang ke bilik kaunseling ialah orang yang hendak menjadikan dirinya yang baik semakin bertambah baik....
Perkhidmatan yang cikgu beri PERCUMA dan IKHLAS untuk menolong kamu dalam persoalan-persoalan berikut :-
1.Belajar dengan lebih berkesan.
2.Pelajaran.
3.Merancang kerjaya masa depan.
4.Ujian personaliti.(kamu akan tahu personaliti diri)
5.Merancang jadual belajar.(awal tahun semua perlu ada jadual)
6.Sukar bergaul dengan kawan.(kawan amat penting)
7.Berpandangan negatif.(berpandangan negatif menyekat kemajuan diri)
8.Tidak berminat untuk belajar.(zaman sekarang ilmu sangat penting)
9.Masalah rokok dan dadah.(akan memudaratkan diri)
Ni....cikgu ler......hehehehe.. |
1.Cikgu akan mendengar masalah/persoalan kamu.
2.Cikgu akan menerima kamu tanpa syarat.
3.Insyaallah cikgu akan merahsiakan apa yang kamu kongsikan.
4.Cikgu akan menghormati diri kamu sebagai seorang individu.
4.Cikgu sedia berjumpa dengan kamu pada bila-bila masa yang ditetapkan.(mesti buat temujanji..takut ada murid lain nak jumpa pada masa yang sama)
Bagi anak-anak yang lain...kamu boleh pergi berjumpa dengan kaunselor sekolah kamu.....jadikan mereka kawan baik kamu....cikgu jamin kamu tidak akan rugi.....bukan ke semua cikgu kaunseling baik....
No comments:
Post a Comment