"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"
Sebelum aku meneruskan coretan kali ini, ingin sekali memohon maaf jika kebanyakkan entri aku pada bulan ini kurang berkaitan dengan sekolah aku tersayang SK Sri Skudai. Bukan niat untuk menjadikan blog ini sebagai platform peribadi tetapi aku rasa tidak salah semasa bulan cuti sekolah aku menulis entri yang lebih santai tetapi masih memberi ilmu dan motivasi pada diri sendiri dan yang lain....Masih berpegang kepada niat lebih penting daripada segala-galanya....
Pernah barang-barang yang kalian sayang rosak? Macamana rasa? Walaupun kita mampu membeli yang baru...yang lama masih mempunyai memori indah....
Tahun ini menyaksikan banyak barang-barang yang aku sayang....rosak....Aku memang jenis sayang barang. Jenis yang lebih menghargai kerana untuk mendapatkan barang tersebut ada nostalgia manis pelbagai variasi yang sangat mahal.
Cikgu sekarang cikgu kena masuk ke kelas 4A....masa cikgu. Eh...ye ke? Bukan ke pukul 8.20? Sekarang dah masa cikgu. Aku melihat jam kesayangan aku. Jarumnya menunjukkan pukul 8.00...aku amat-amati...la jam ni dah mati. Aku fikir mungkin baterinya tetapi amat hampa apabila tauke kedai jam mengatakan jam itu sudah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi. Sedih...murung....bila mengenang jam itu dibeli daripada rezeki yang tidak terduga yang disediakan oleh Allah buatku. Hampir hari-hari aku bercerita soal hati aku yang terkilan kepada yang tersayang. Agaknya boring dengan luahan hati yang over, aku dihadiahkan jam yang hampir sama bentuk tetapi lain jenama dan lain harga pada hari jadi aku. Wah! suka-suka...terima kasih ye.
Barang yang seterusnya rosak pada tahun ini...ialah camera aku. Bukan le mahal sangat tetapi aku suka kerana hasilnya boleh membuat orang yang kurang cantik menjadi lebih cantik......hehehehe ....magika!! Banyak merakam memori indah bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Aku membeli camera itu pun ada ceritanya yang tersendiri. Antara yang lambat dalam mengikuti peredaran dunia gadget...aku masih menggunakan camera konvensional yang menggunakan filem. Diketawakan oleh adik beradik pada suatu sesi fotografi hari raya aku nekad membeli camera itu...
Ada yang rosak lagi..kali ini alat yang banyak membantu aku dalam urusan pembelajaran aku sekarang. Laptop pula.....hissshhhh.....sedihnya! Keyboard jammed tiba-tiba....mengeluarkan bunyi yang pelik dan menaip huruf-huruf yang kita tidak tekan pun butangnya.....janganlah ......tolonglah....banyak perkara yang aku perlu buat dengan alat ini.....nak tulis blog...nak fb...sama seperti jam tangan...kondisi laptop aku sudah kronik....pasrah atas ketentuan Allah...namun aku tetap dapat rasakan satu perasaan dihati yang sukar digambarkan.
Sudah hampir hujung tahun aku amat berharap agar janganlah ada barang aku yang rosak lagi. Sangkaan aku meleset....Cuti sekolah, ruang tamu rumah bertukar menjadi balapan stadium...anak berlari-lari dan terpijak handphone aku....Setelah semua anak aku dimasukkan ke mahkamah dimana aku le peguamnya. Semua teknik yang digunakan oleh Matlock telah diaplikasi ...namun tiada yang mahu mengaku........Rosak lagi?????? Ala...sayangnya!!!!!! Aku berikrar akan menggunakan semua ilmu psikologi yang aku ada untuk memujuk yang tersayang belikan aku handphone baru....yang mahal...hehehhehe....
Untuk diriku dan semua teman-temanku yang pernah bersedih |
No comments:
Post a Comment