"Kita menilai diri kita sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai kita berdasarkan apa yang telah kita buat"
Kenangan waktu pertama kali ke Sarawak |
Sekolah sudah mula cuti. Biasalah bila cuti....tentu ada pergi ke tempat percutian menarik. Di puncak, di pulau, di seberang lautan.....Percutian aku tahun ini dimulakan dengan jalan-jalan dengan kawan-kawan. Wah ! tentu seronok....kami akan ke Sarawak. Percutian dengan keluarga belum lagi kerana tertakluk pada cuti suami. Sarawak....bumi yang cantik dan kaya dengan budaya etnik yang pelbagai. Perancangan untuk ke Sarawak dibuat sedari awal tahun lagi. Mengharapkan agar lebih ramai yang pergi namun yang ikut sudah cukup menggamatkan dan amat menggembirakan. Walaupun ini kali kedua aku ke negeri cantik ini tetapi lumrah lah bila berjalan mesti nak cuba makan yang tiada di tempat sendiri. Hendak beli barang yang tiada dijual disini. Kalau adapun harga sudah tentu mahal. Aku tidak mahu menjadi pengguna yang kurang bijak membeli barangan yang sama dengan harga yang berbeza.
Sungguh seronok rupanya bila berjalan dengan teman-teman. Boleh bertukar-tukar fikiran semasa membeli belah, singgah di semua kedai yang perempuan akan masuk. ambil masa yang paling lama tanpa ada orang marah....berlainan sedikit bila bercuti dengan keluarga.... Sayang...cantik tak kalau beli baju ni...? Cantik...cantik sambil matanya tidak langsung memandang ke arah baju yang aku tunjukkan...hairan....power betul sixth sense suami aku tanpa melihat dia kata cantik...Aku tahu...itu adalah signal supaya aku cepat-cepat pilih dan beli.Walupun begitu...sebenarnya bercuti bersama keluarga juga seronok. Teruja melihat anak-anak bila mencuba sesuatu yang baru...boleh berehat dan santai bersama suami tersayang....
Kami puas berjalan di tempat-tempat menarik di Sarawak. Mencuba keenakan laksa sarawak di Water Front, mee kolok di Pasar Satok, kek lapis di Dayang Salhah dan midin goreng di Barok Village....sedap...sedap...sedap....
Kenangan di negeri ini akan sentiasa menjadi memori indah buat aku....
No comments:
Post a Comment