''Kisah cinta yang sejati...... tiada penghujungnya''
Seorang murid lelaki dihantar ke bilikku. Apa pula masalah kali ini...Dengan memastikan bilik ku cukup kondusif untuk klien aku, sejak pagi lagi aku telah menyalakan lilin aromaterapi yang sangat menenangkan. Mungkin masalah dia besar...aku mesti bantu....Boleh kita kongsi cerita dengan cikgu....kenapa ye kamu tulis nota begitu....Dia pandang aku...diam...mungkin hubungan atas dasar percaya belum dapat dibina. Aku senyum....cikgu bukan nak marah...cuma nak tahu cerita....kita kongsi ok...Bibir kecilnya tersenyum. Saya suka dia....dia cantik...rambut dia cantik....tiap-tiap hari saya ingat pada dia. Masa cikgu ajar, saya lebih suka tengok dia daripada tengok cikgu...(patut la cikgunya marah sangat). Oohhh...soal hati rupanya.....ishhhh ingatkan masalah apa tadi. Bagaimana cara paling bijak aku menyelami kes ini...setelah berkongsi cerita dan melakukan penerokaan...murid itu minta diri untuk ke kelas. Bye...cikgu...jangan bagitau orang tau saya suka dia. Dia melambai-lambai tangan ke arah aku sambil tersenyum menampakkan giginya yang rongak kerana dalam usia 8 tahun proses pertukaran gigi susu ke gigi kekal berlaku....Bagaimana murid dalam usia yang muda sudah tahu berbicara soal hati. Aku sendiri kurang pasti bila aku terlibat dengan cinta monyet. Aku bersekolah di sekolah perempuan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5...jadi aku tidak terdedah kepada sosialisasi hubungan berlainan jantina. Adalah sesekali aku menerima hadiah daripada murid lelaki sekolah lain yang menaiki bas yang sama dengan aku. Oleh kerana perasaan malu perkara itu berlalu begitu saja. Mungkin aku agak lewat untuk mengenali dunia cinta.....
Hadiah yang aku terima semasa aku di tingkatan 6...masih simpan sebab cute.... |
Kenapa agaknya cinta semasa remaja dipanggil cinta monyet/puppy love.....Cinta semasa di alam persekolahan, adakah ia perlu? Kalau ada remaja yang boleh meluahkan pendapat...amat saya hargai...tulislah diruangan komen setelah selesai membaca entri ini. Ramai ibu bapa yang membahaskan topik ini. Ada pro dan kontranya. Perasaan cinta ketika di bangku sekolah boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu had dan batasannya.
Antara nota cinta yang diambil daripada pasangan kecil |
Perasaan untuk mempunyai pasangan tidak dapat dielakkan apabila melihat rakan mereka yang telah berpasangan. Hubungan ini mesti membawa kesan yang positif kerana mereka mempunyai pendorong dalam mencapai kejayaan dan bersama-sama meraih cita-cita.
Lagi nota cinta...... |
Kamu haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan, menghormati etika hidup bermasyarakat dan hukum yang ditetapkan oleh agama Islam . Kamu seharusnya sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.
dan lagi........ |
Pasangan remaja mengatakan i love you, tetapi sebenarnya mereka tidak pasti mengapa dan kenapa mereka bercinta. Semasa bercinta semuanya indah belaka. Bila berlaku perselisihan, banyak hati yang terluka.......dan airmata kamu pasti mengalir.
susah utk nak tafsir perasaan pelajar2 sekarang.x seperti kita dulu..tp zam sure bijak menangani masalah ni dgn kemahiran yg jitu zam tu..kalau sy nasihatkan anak2 belajar dulu..elak dari bercinta dlm usia yg terlalu muda..jaga batasan pergaulan seperti kehendak agama..
ReplyDeletebetul ana.b....remaja zaman skrg bkn seperti kita dulu. Mereka lebih cepat matang dan pengaruh kawan yang bercouple menyebabkan mereka rasa ketinggalan bila tiada pasangan.
ReplyDeletehaha
ReplyDelete-CNTA MONYET-
tpu lh lau murid disekolah yg ade student x bercinta..
tp bkn semua...
sye pown dulu dari skss..
terus terang sye kate kn ,sye pernah bercinta monyet ...
yg paling kritikal semase darjah 6..nk upsr,tp masih sempat bercintan..
haha
tp result?
^_^
semase bercinta,sye rase tenang..
ade budak bercinta kerane terpengaruh oleh rakan sebaya
ade juga yg menganggap nye sebagai trend..
bg sye itu hanye 1 care untuk sye meluah kn rase syg kepade seseorang..
semase bercinta monyet ni lah kanak2 belajar care untuk menyayangi seseorang yg lebih istimewa selain ibu bapa dan ahli keluarga yg lain..
semase bercinta di alam kanak2,..
kita dapat belajar care untuk memujuk,cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang..
dari segala pengalaman ini lah yg kita akan guna kn di mase hadapan..terutama sekali semase hendak memikat..
haha
-shahrul-
wow....shahrul....i like...comment yang sgt2 memberi makna yang mendalam.....apapun murid sehebat kamu...jgn lupa pelajaran k....
ReplyDelete