Pages

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Kem Motivasi UPSR- Lauk Sedap

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...........hai jumpa lagi kita kat skool ye.....maklum le cikgu kene berkampung bersama-sama murid-murid selama 3 hari minggu ni...so pagi petang malam ada aje muka kekawan. Best juga dapat le berbual-bual dan bertukar-tukar gosip ......ehhh....tak.....cerita a.k.a perbincangan ilmiah la. Ramai ibu ayah yang menyatakan perasaan risau mereka tentang anak-anak....makan ke tidak anak aku ni.........lauk best ke tak......cukup ke tidak lauknya......Adusss.....banyak nya soalan.....sebenarnya bagus tau ada mak yang prihatin macam ni tapi puan....bagi le peluang anak-anak rasa susah sikit kat kem.....bukan kita nak dera tapi nak suruh mereka muhasabah diri dan lebih bersyukur tentang nikmat yang mereka ada.
Bila tiba time makan aku lihat peserta dah tak sabar nak makan....lapar la tu kan...kat sini kene beratur la ye...kalau kat rumah mak hidang...best je kan.Tengok tu lauknya siap dicedok oleh guru-guru lagi.Seronok betul aku tengok budak-budak ni makan......puan tak payah risau. Ada yang berselera sampai 3 ketul ayam habis.....lauk ayam puan.....yummy.....Ada juga yang tak de selera nak makan.Ye le ingat kat mak dia....

Puan boleh tengok lauk mereka......ada buah, ayam masak kicap......menu ni aku pun suka.....Masa ni aku boleh nampak siapa yang betul-betul mendengar arahan kem komandan mengenai ketepatan masa.......Oleh itu mereka makan tanpa ada yang berbual....khusyuk menikmati juadah. Namun ada juga yang didenda kerana melanggar peraturan..Haa...kan cikgu dah ingatkan.....
Sudah kenyang jangan lupa basuh pinggan sendiri tau.......peserta yang dah biasa mencuci pinggan .....aku lihat spontan mencari span dan sabun......Ni yang tak tahannya....ada yang terkial-kial nak basuh pinggan......Tak biasa ye........Bibik yang basuh kat rumah pinggan awak....Tu la....bila mak suruh basuh pinggan tak mau......kan dah susah sekarang sebab tak biasa.



Bila sudah selesai makan.......aku terdengar satu suara.....cikgu saya nak tambah nasi dan lauk boleh? Aku renung wajahnya.....eh....rasanya budak ni dah tambah 3 kali........Bila tengok saiz badan.....lagipun lauk ada lebih lagi.......Aku pun senyum......makan la .........jangan sampai tertidur masa ceramah nanti....sudah....

Saturday, March 31, 2012

Kem Motivasi - Sudah Bermula.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Kem Motivasi UPSR sudah bermula.....anak-anak tahun 6 sudah begitu teruja untuk bermalam di sekolah....3 hari ye....Malam tu banyak la aku baca post ibu-ibu yang membantu mengemas bag anak-anak....ye la takut ada barang keperluan yang tertinggal. Pepagi sudah bermula aktivitinya.....slot ceramah oleh Guru Besar dan Guru Kaunseling.....
Ceramah hanya untuk memberi gambaran awal tentang apa yang akan dihadapi oleh murid-murid ni sepanjang 3 hari di sekolah.
Harapan aku agar kem ini dapat memberi faedah dan berjaya mengubah diri anak-anak ini ke arah lebih positif.....dan terus cemerlang dalam akademik + sahsiah.Emak dan ayah jangan risau sangat ye....Tak perlu bimbang macam mana anak nak tidur.....kena gigit nyamuk tak.....kenyang ke tidak.....Dun worry....cikgu ramai....cikgu sila jaga elok-elok anak orang tu.....

Friday, March 2, 2012

7 Tabiat Orang Berjaya....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Tanda-tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa, sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia.
Minggu ni cikgu kaunseling busy....banyak sungguh kerja...hari Sabtu ada Majlis Anugerah Cemerlang + Mesyuarat Agung PIBG + Pelancaran Kutipan Dana Dewan Terbuka..so aku ditugaskan mengundang beratus-ratus parents yang anaknya mendapat anugerah cemerlang....pas tu mencatat minit mesyuarat semasa majlis berlangsung.....mengumpul bahan utk video bagi dewan terbuka....Ni baru aje balik dari umah guru data....dok bincang pasal acara perasmian esok.....Thanks le milo kaww...tadi....Bila dah byk sangat hendak buat....aku suka baca buku yang akan buat aku lebih bersemangat.....ala bukan baca sampai habis pun.....suka lompat-lompat page....
Motivasi kejayaan - Tujuh Tabiat Orang Yang Berjaya
 by Stephen Covey

1.Pro-aktif
Bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2.Mula dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup kita dan bayangkan kesudahan misi  itu. Minda kita perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri kita melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3.Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. Fikirkan Menang-Menang- Win-win
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila pertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum kita meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat kita, dengar terlebih dahulu check dulu latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka sudah diketahui , kita dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan untuk mereka menerimanya.
6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian kita akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.
Huuhhh....lega sikit....ni dapat makan BIG Mac+ fries+Orange juice= tersangat le leganya.....semoga majlis esok berjalan lancar.....dan ada rezeki masa acara cabutan bertuah.....hehehehe..

Sunday, November 20, 2011

I'm Lovin' IT...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah kita benar-benar terasa. Minggu-minggu akhir persekolahan banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum dibenarkan punch card balik....tapi minggu ini memang seronok apabila mendapat banyak jemputan makan....selain makan pelbagai jenis nasi, cake yg enak pelbagai perisa....aku juga dapat makan fast food....3 hari berturut-turut makan McD... I'm lovin'it....
Bungkusan burger /french fries/soft drinks McD yang dihantar ke bilik aku....cikgu suka tau. And last day aku dijemput makan di restoran McD bersama  pasukan sofbol sekolah ....mereka menjadi johan kan dulu...so  cikgu -cikgu ingin belanja makan agar tahun depan main bagus dan jadi johan lagi......kira reward la ni ye...
JOM KONGSI INFO
Kita sukakan makan kentang gorengnya dicecah dgn sos pedas yang enak dan ditabur black pepper....ayam goreng spicynya yang panas dicubit sedikit-sedikit dan dicecah juga dgn sos, burgernya yang lazat sekiranya kita tambah sos cili dan sos tomato.....kelembutan keju yang cair dilidah.....McD.......sedappnya... tapi taukah kita asal usul restoran ini.Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald.
1.McD paling besar: Orlando, Florida, Amerika Syarikat, berhampiran International Drive. Ia terdiri daripada dua tingkat dan mempunyai kawasan permainan dan arked yang amat besar, serta bahagian McGourmet yang menjual sandwic panino dan ais krim sundae.
2.McD paling tinggi dalam bangunan: Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
3.McD paling tinggi dari aras laut: La Paz, Bolivia, sebelum ditutup pada 2002. Tingginya 3,600 meter (11,800 kaki) dari aras laut.
4.McD paling rendah dari aras laut: Perkampungan Ein Bokek, Israel, berhampiran Laut Mati. Rendahnya 396 meter (1,300 kaki) di bawah aras laut.
5.McD paling utara: Rovaniemi, Finland di Bulatan Artik.
6.McD paling selatan: Invercargill, New Zealand.
7.McD paling timur: Gisborne, New Zealand, disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
8.McD paling barat: Samoa Barat.
Ala nyesal plak wat entri pasal McD....terliur je rasa......syg jom McD.....dekat ajekan....24 hours lagi....
 

Tuesday, November 15, 2011

Rezeki RM100....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...Rezeki itu bukan hanya wang RM100.
Rezeki itu meliputi semua rahmat Allah bagi kita, seperti kesihatan, kedamaian, ilmu, keluarga yang sejahtera dan berbahagia, nama baik, dan pengaruh yang besar untuk  kebaikan dan mencegah terjadinya keburukan.
Pemberian wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dibayar pada bulan ini.
Guru diamanahkan mengagihkan duit
Pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.
wajah gembira ibu..
Ramai ibubapa yang hadir tadi untuk mengambil wang RM100 bagi meringankan beban untuk persediaan keperluan sekolah bagi tahun hadapan. Jelas kelihatan wajah-wajah lega ibubapa dengan adanya rezeki ini.
ibubapa menunggu giliran
Kalau ada 4 anak yang bersekolah...RM400 sudah ada ditangan. Cikgu....mak belum datang ambil duit RM100 saya....comel aje mulut dia mengadu pada aku...Tunggu ye...kejap lagi ...mak pasti datang...
Bila lihat ibunya sampai...gembira betul budak kecil ni....cepat mak...ambil duit RM100....Bila ibunya nak masukkan duit dalam handbag....dia pun bersuara...bagi saya pegang duit tu....nanti mak beli lipstik...hahahahha.....budak kecil...sangat tulus....
Cikgu kaunseling dapat tak duit RM100?....emmm dapat juga tapi bukan untuk beli lipstik kaler cantik tu tau....







Thursday, November 3, 2011

Karipap Makcik Sedappp!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......
Sebaik-baiknya kekayaan adalah kaya jiwa.

Sebaik-baiknya bekalan adalah takwa.
Sejahat-jahatnya buta adalah buta hatinya.
Seburuk-buruknya kesalahan adalah dusta.
Sejahat-jahatnya makanan adalah harta anak yatim.
Seburuk-buruknya usaha adalah mengusahakan riba.
Barangsiapa suka memaafkan, maka Allah pun suka memaafkannya.
Dan barangsiapa suka mengampuni orang, maka Allah pun mengampuninya.
(Al-Hadits)
Karipap makcik gerai tepi pondok guard itu sedap betul. Tepungnya rangup dan intinya amat lazat.
Anak-anak aku sudah ketagih karipap makcik. Naluri keibuan aku tercabar....tak boleh jadi ni...cikgu kaunseling kene belajar buat karipap....tak jadi sesedap karipap makcik pun tak pe...sekurang-kurangnya fokus anak-anak pada karipap makcik akan beralih arah pada karipap aku.
Bermula le episod membuat karipap...dari mengadun tepung sampai lenguh tangan...sehingga mencipta inti kentang+keledek yang enak....lebih best daripada inti makcik...Ek eleh...dengan makcik pun nak bertanding.....hehehehehe.

Semasa proses membuat....aku rasa ia seperti berhadapan dengan seorang remaja....
Prof Dr.Abdul Hamid Mahmood,memberi panduan cara-cara   berkomunikasi antara guru/ibu dan anak remaja.
1.Mempunyai sifat penyabar seperti sabarnya aku menguli adunan karipap sehingga gebu.
2. Mempunyai sifat penyayang seperti sayangnya aku semasa membentuk karipap. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan.
3.Pandai menghargai dan memuji seperti aku memuji diri sendiri apabila inti aku rasa sangat sedap....heheheh perasan! 
4. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur. Situasinya bila karipap aku siap digoreng....anak-anak akan memberi pujian....aku tau bila pujian betul dan bila pujian ambil hati.
5.Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Walupun aku lihat rupa karipap aku buruk tapi aku sentiasa sedapkan hati dengan mengatakan rasanya pasti lazat... isshh..perasan lagi
6.Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. Sedap la sayang..puji suami..tapi makan satu pun tak abis...jangan cepat rasa bangga diri....buat-buat le merendah diri...
7.Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi. Ye la...hubungan mata antara aku dengan karipap juga penting....semasa mengisi inti kene teliti jangan ada bendasing masuk...semasa mengelim tepi harusnya dilakukan dengan cermat.
8.Sentiasa mengulang isi-isi penting- proses penting semasa membuat karipap harus diulang dengan kaedah sama untuk hasil yang wallahhh.....
Jom makan karipap......
Maafkan hasil karipap aku yang tidak seberapa tapi tolong la caya....rasanya lebih sedap daripada karipap makcik.....Yahuuu....

Sunday, August 14, 2011

#5 Kriiiiiiiingggggg.....Bangun Sahur.

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Trimakasih blogger....suka pic ni...
Kajian menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi berisiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan kerana lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi.  Ini penting kepada anak-anak kecil yang berpuasa. Ini kerana kesan anak-anak yang tidak bersarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.
Sekiranya kita berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa kita.Bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berpuasa, rasa tanggungjawab menyebabkan mereka akan memastikan anak-anak bangun untuk makan sahur. Jam loceng yang sudah diset, nyaring berbunyi. Bersihkan diri, terus ke dapur untuk memasak atau memanaskan lauk. Time mengejutkan anak-anak adalah masa yang sangat mencabar. Bangun.....satu sudah ada di meja...mana pulak lagi sorang......la rupanya tertidur kat tepi toilet. Suara lembut pada awalnya dah bertukar agak garau jika masih liat nak bangun. Dah puas kejut masih tak mau bangun, kita tanya nak bangun tak.....dia geleng-geleng sambil tarik selimut.
Mama.....ngapa tak kejut saya sahur?....soalan yang selalu diterima walaupun sudah berusaha keras mengejut setiap kali sahur...mungkin ketika aku kecil pun menyusahkan ibuku semasa bangun sahur.









Thursday, July 21, 2011

Hujan dan Perasaan Itu....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........ hujan lebat itu turun untuk memberikan cahaya pelangi yang indah dihujung nanti......motivasinya dalam hidup ini tiada kemanisan tanpa ada kepahitan, pasti ada dugaan dan rintangan. Manusia yang ingin menikmati kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Sebab itu Allah hadirkan pelangi yang indah dan siulan kedamaian sang burung selepas hujan.

Thanks 4 the pic....
Hujan turun mencurah-curah.....lebat sungguh....aku berdiri di tepi jendela melihat anak-anak murid ku gembira berjalan dalam barisan.....walaupun basah.....jelas keseronokan di wajah mereka. Tidak ada seraut pun wajah masam bagi anak-anak ini.....misteri sungguh perasaan bila hujan tiba. Aku suka bila time hujan. Sama seperti adik bongsuku....kami bersependapat bahawa hujan mengeluarkan satu aroma yang menyebabkan otak kita akan menerawang mengenang kisah lalu......
Ada orang akan menggunakan kesempatan ini untuk menarik selimut dan tidur...Ada pula yang akan duduk di tepi tingkap/ balkoni seperti aku sambil melihat titisan air yang jatuh. Yang paling best bila movie yang ada adegan love story....ada scene pasangan kekasih dalam hujan.....wow....dramatik sungguh...
Pasti kita akan terkenang saat kecil kita mandi hujan.....menadah tangan comel di tepi bumbung dan kaki kecil memijak lopak air hujan.....sejukkk.....
Aku masih berdiri.... melayan filem kisah hidup sendiri dalam minda sambil muhasabah diri.......Tiba-tiba terasa rindu saat itu.........



Thanks Cumi.....kamu memang berbakat.....

Wednesday, July 20, 2011

Facebook- Sebuah Kisah yang Panjang........

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Facebook ni macam fridge. Bila kita bosan, kita akan buka tutup buka tutup setiap beberapa minit dan lihat ada apa yang best kat dalam......Tanya le pada semua orang sapa yang takde akaun FB. Tujuan awal ialah mencari kawan lama...mengeratkan hubungan adik beradik dan saudara yang terpisah jauh.

Tapi kini FB sudah menjadi sebuah kisah yang panjang......seronok sangat meninjau-ninjau dinding rakan-rakan.....Kita boleh tahu perasaan kawan melalui status, kita tahu siapa pasangannya, kita tau dia makan apa ari tu, kita tau restoran mana dia pergi, kita tau berapa harga makanan dia, kita tau dia pegi mana, kita tau dia bercuti kat mana, kita tau dia masak apa,kita tau dia beli apa, kita tau harga barang yang dibeli,kita tau dia guna brand apa, kita tau bila dia gaduh2 manja dengan kawan, kita tau dia main game apa, kita tau dia sihat ke sakit, kalau sakit..kita tau dia sakit apa, kita tau bila dia balik kampung dan yang paling best walaupun tak pernah pergi rumah dia....kita tau setiap ruang yang ada dalam rumah dia....Apa pun semoga Allah sentiasa pelihara hati supaya niat kita hanya untuk berkongsi rasa bukannya riak...aku ada...engkau tidak. Mungkin apa yang kita miliki....dimiliki juga oleh insan lain...Malah lebih hebat.
Itu kalau sorang kawan....kalau kita ada 1000 orang......walllaaaa!!!!! memang sebuah kisah yang sangat panjaaaannnnnnnnnnnnnnnnnng......

Sunday, June 5, 2011

Anak Saya Kurang Motivasi...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Tony Robin, seorang pakar motivasi mengatakan, “manusia biasanya tidak malas cuma mereka tidak ada matlamat”.

Suara tangisan kuat kedengaran.....tak ada apa yang kronik cuma dia tidak mahu mencuba menunggang basikal baru kerana takut jatuh. Puas kakaknya yang motivasi diri
ter over tinggi memujuk.Tapi dia tetap tidak mahu. Itu la dia anak saya cikgu kaunseling. Selalu dia mudah putus asa, menyerah, tak boleh susah sikit dan tidak mahu menghadapi cabaran.
Macamana nak kenal orang yang kurang bermotivasi:-
1. Bersikap terlalu mudah berserah pada nasib.
2. Tidak mahu berusaha mengubah nasib diri.
3. Selalu menyalahkan takdir dan orang sekeliling sekiranya
    menghadapi masalah.
4. Tidak mahu mencari punca terjadinya masalah.
5. Ada sifat malas.
6. Suka menangguh kerja hingga ke saat akhir.
7. Tidak sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit
     untuk kebaikan diri.

Cara untuk meningkatkan motivasi diri, cikgu kaunseling cuma ingin cadangkan 3 langkah iaitu:-
1. Tetapkan goals/matlamat....pastikan ada garis masa.
     Saya akan dapat 8A dalam PMR kalau saya mengulangkaji
     secara konsisten selama 3 bulan.
2. banyak baca buku/artikel motivasi (blog cikgu kaunseling
    pun boleh...kalau sudi singgah)
3. Berkawan lah dengan orang yang berfikiran positif.
    Mereka akan mendorong kita ke arah kejayaan. Aura pada
    diri mereka akan berjangkit dengan kita.Senang aje nak
    jumpa orang berfikiran positif nih....dalam setiap bicara
    dia semasa berhadapan dengan masalah, tak pernah
    sebut pasal hal-hal negatif...sentiasa berfikir positif..

IKLAN MASA CUTI....
.
Tutty Fruity Muffin- menu masa cuti ni untuk anak-anak....



Thursday, June 2, 2011

Saya Takut......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Orang yang berani tidak akan membabi-buta terjun ke dalam jurang, melainkan turun dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Semua orang pernah merasa takut....aku juga....untuk memulakan sesuatu adalah moment yang paling menakutkan aku...tapi kalau dah mula hati tidak takut lagi.
Takuuuuuuuuutnya....
Asal Usul Takut
Takut adalah tindakan otak disebabkan  kita ada nilai standard atau keyakinan yang harus dipenuhi. Sekiranya tidak dipenuhi kita akan merasa gagal. Ini terhasil dari pergaulan kita dengan keluarga, teman, dan pekerjaan. Kita harus memenuhi tuntutan mereka dan tanggungjawab ini membuat kita bimbang apabila kita gagal memenuhinya.
Takut semulajadi ialah  takut yang timbul oleh naluri kita sebagai makhluk bernyawa. Misalnya ketika kita menyeberang jalan, kita akan tengok kiri tengok kanan untuk memastikan kita tidak dilanggar. 
Jenis  takut yang kedua adalah takut yang berdasarkan perkara yang bukan kenyataan. Takut yang ini menyebabkan kebimbangan, kecemasan dan stress padahal semuanya hanyalah anggapan semata-mata. Contohnya seseorang yang takut bercakap di depan khalayak beranggapan bahawa orang-orang akan mengatanya padahal belum tentu hal itu terjadi.

Mengatasi Rasa Takut
1. Ubah fokus anda
2. Selalu berkomunikasi dengan diri sendiri.
3. Berlatih untuk berhenti berfikir tentang perkara yang belum tentu akan berlaku.



Aku pun sedang takut sekarang......dapat tak aku siapkan kerja-kerja yang perlu dihantar esok. Aduhhhh.....badan dah penat......jam sudah lewat.....semua kena siap esok pagi tanpa ada alasan.......tiba-tiba tangan keramat memegang bahuku......buat perlahan-lahan nanti mesti siap......Alhamdulillah.....aku tidak takut lagi.......





Wednesday, June 1, 2011

Lembah Biotech + Cikgu Kaunseling ....Sila Buat Penilaian Anda.

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....... ada sehelai surat di pigeon hole aku......cikgu kaunseling kena pergi kursus....yahuu.......suka.....suka.....sudah lama tak bertemu dgn kwn-kwn kaunseling lain. Peluang ini akan aku gunakan untuk bertukar-tukar ilmu kaunseling.
Bersama rakan kaunselor menikmati view Lembah Biotech
Melihat pada keperluan barang yang perlu dibawa......kursus ini pasti tidak akan diadakan di hotel-hotel 5 bintang....Summer camp....rupanya. Bak kata pegawai PPD...tido dalam khemah dan dapat lihat lebih dari 5 bintang.....hahahaha....Bila sebut camp....apa lagi la aktivitinya mesti la jungle tracking, berakit, camp fire, etc.
Aktiviti yang sgt2 mencabar...thanks pada ketua kumpulan.
 Memang seronok....banyak pengalaman baru yang aku perolehi daripada kursus kali ini....memang pasti bila berkumpul dengan kaunselor....semangat dan motivasi diri sangat tinggi.
Dapat pengalaman pegang anak kambing....heheheh...
Semua aktiviti yang dibuat memberi saingan yang tinggi antara satu sama lain.

Wajah seronok kaunselor selepas berjaya jungle tracking.....sian pada yg terjatuh sb licin


pose sebelum tapak kasut tercabut... :(
Lokasi menarik... Lembah Biotech...menyambut kedatangan kami dengan udara yang sangat segar. Makan makanan yang segar dari ladang. Mandi dengan air gunung....
Minum selepas perah sendiri....yummy...
Terima kasih kepada kak Salwa, kak Ton, kak Sal, kak Bad dan Maria kerana bersama-sama mengisi waktu dengan ku selama 2 hari di sini.
Ini la 'bilik no 27' kecik aje...takpe malam sgt sejuk
Kami cikgu kaunseling sudah menjalankan amanah yang diberi iaitu membuat penilaian tentang tempat ini bagi tujuan kegunaan murid-murid kelak.
 Lembah Biotech....udara segar memberi ketenangan kepada cikgu kaunseling...setelah berjam-jam sesi bersama klien di sekolah....



Tuesday, May 31, 2011

Kenapa Cikgu Tahun Satu Asyik Menang?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....harap seronok la ye bagi yang sdg bercuti sekolah.......menikmati waktu rehat.......























Johan bagi pertandingan memasak.......cikgu -cikgu tahun satu.......sukaneka.....cikgu tahun satu menang jugak. Hingga bagi persembahan terbaik pun....cikgu-cikgu tahun satu antara yang dipilih.....Cikgu kaunseling mengapa ye diaorang ni asyik menang aje. Haa... sini.. mari cikgu kaunseling bagi tau. Mereka ini mempunyai self eficacy yang sangat tinggi sebab itu la mereka sapu bersih semua hadiah yang ada. Rasanya semua cikgu tahun satu kot mempunyai semangat yang tinggi. Mereka akan meletakkan matlamat yg tinggi dan tidak takut pun kalau mereka gagal. Apa yang penting mereka gigih berusaha.Lihat sahaja mereka mengaplikasikan penggunaan BBM pada kad menu masakan dan semasa persembahan. Tahniah ye akak-akak cikgu tahun satu....cikgu lain jangan pandang sebelah mata tau pada akak-akak ni....hehehehe...

Saturday, May 21, 2011

Bank Masa Kita.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........masa itu emas....betul tak? Masa...masa kita perlu lebih masa..


Ingin kongsi.....
Bayangkan ada sebuah bank yang mengkreditkan ke dalam akaun kita setiap pagi sebanyak RM86,400.
Ia tidak membawa sebarang baki dari hari ke hari.
Setiap hari akan diambil baki yang anda gagal gunakan.
Setiap orang mempunyai bank seperti itu. Namanya ialah MASA.
Setiap pagi ia mengkredit 86,400 saat untuk kita.
Setiap malam, ia akan menjadi satu kerugian sekiranya kita tidak
 menggunakan untuk tujuan yang baik.
Ia tidak membawa ke depan sebarang baki. Ia tidak membenarkan overdraf.
Setiap hari ia membuka akaun baru untuk kita
Jika kita gagal menggunakan deposit seharian itu,
kita menanggung kerugian
Tiada jalan patah balik, kita tidak boleh meminjam daripada ESOK
Waktu sedang berlari, gunakan dengan bijak,
Untuk mengetahui nilai bagi 1 TAHUN
tanyalah pelajar  yang gagal dalam peperiksaan,
Untuk mengetahui nilai bagi 1 BULAN
tanyalah pada ibu yang melahirkan anak pra matang
Untuk mengetahui nilai bagi 1 MINGGU
tanyalah editor sebuah akhbar mingguan
Untuk mengetahui nilai bagi 1 JAM
tanyalah kepada pasangan kekasih yang menunggu untuk bertemu
Untuk mengetahui nilai 1 MINIT
tanyalah pada orang yang terlepas bas untuk ke tempat kerja
Untuk mengetahui nilai 1 SAAT
tanyalah orang yang baru terselamat daripada kemalangan
Hargailah setiap masa yang kita ada....

Tuesday, March 29, 2011

Seindah Mutiara ........

Salam sayang anak-anak dan teman-teman. Mengapa Mutiara Kaunseling? Mengapa mutiara??? Ada orang yang tanya mengapa aku suka guna nama tu...Apa dia mutiara sebenarnya?
Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh  moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan.Mutiara kata atau kata-kata nasihat/perangsang pula adalah penting buat kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Kata- kata ini juga sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita kerana ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….terutama diri aku sendiri...apa nilai bagi sebutir mutiara......?









Sunday, March 6, 2011

SK Ulu Lubai .... Semangatnya Di sini.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......Rahsia kejayaan dalam hidup adalah persediaan kita untuk menyambut setiap kesempatan yang mendatang.
SK Ulu Lubai tiba-tiba glamer...jauh di pedalaman..tak macam sekolah kita....luar bandar tapi tak payah nak lalu jalan yang teruk dan dekat pula ngan Jusco.
Nak ke sekolah kena naik bot atau ikut jalan darat yang berliku-liku

Kita nak ke sekolah naik kereta aje.....aircond lagi....
Hati rasa tertarik melihat rahsia yang dibawa oleh TV3 tentang sekolah ini. Berbagai usaha yang dilakukan oleh semua guru yang sedikit disitu. Mungkin ada yang boleh kita praktikkan di sekolah kita.....mana tau berkesan dan mendatang hasil cemerlang.
Cantikkan kelas mereka.....hasil sentuhan ibubapa

Kelas kita pun cantik tapi ini hasil sentuhan guru...mungkin ada juga
 ibubapa yang membantu tapi sedikit bilangannya
Kalau nak kita praktik, ibubapa kena datang kemas dan hias kelas anak-anak. Sekolah kita murid ramai....nanti penuh pula sekolah dengan ibubapa. Mungkin jadual bergilir berkesan.Bayangkan gubahan bunga-bunga dan skirting meja cantik hasil sentuhan ibu murid dan dinding yang cantik dicat serta binaan pergola oleh si bapa.Cikgu-cikgu tentu tersenyum...ringan sikit kerja...kerana untuk menang pertandingan kebersihan setiap minggu....berbagai usaha jerih perih perlu dituntut.
Panitia English...Madam Meena...kena kerja extra kuat sebab kekuatan sekolah kecil ini pada program englishnya. Murid-murid semua fasih berbahasa English. Asyik menang aje.....student sikit tentu tak byk pilihan seperti kita tapi mereka tetap menang. Satu minggu hanya sekali menonton TV....tuai rumah panjang kata nanti kerja rumah tak siap. Adusss....tapi ada juga murid kita yang asyik menonton TV sehingga kerja rumah tak siap. Malam-malam ada giliran antara ibubapa memantau anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Bagus sangaaatttt !!Kat kawasan sekolah kita....kalau nak buat macam tu kena cari tempat yang sesuai supaya dapat dikumpulkan murid-murid yang ada masalah untuk menyiapkan kerja rumah. Prestasi akademik mereka sangat cemerlang dan budi sahsiah mereka juga amat terbilang.
Pondok bacaan yang dibina hasil kerjasama PIBG

taman kita pun cantik tapi nanti kalau ibubapa bantu sure lagi cantik
YDP PIBG juga turut memberi sumbangan. Datang sekolah untuk mengindahkan landskap sekolah....sama macam usul yang dibahaskan dalam mesyuarat agung PIBG kita baru-baru ini...kalau semangat SK Ulu Lubai ada di sini.....tentu sekolah kita menjadi sangat indah dengan landskap yang gah.....ada kolam ikan koi....wuuuu!!! cantek..
Tahniah ye guru besar SK Ulu Lubai.....boleh tanya satu soalan....siapa ye guru kaunseling SK Ulu Lubai....nak menuntut ilmu......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails