Pages

Showing posts with label bilik kaunseling. Show all posts
Showing posts with label bilik kaunseling. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

#5 Kriiiiiiiingggggg.....Bangun Sahur.

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Trimakasih blogger....suka pic ni...
Kajian menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi berisiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan kerana lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi.  Ini penting kepada anak-anak kecil yang berpuasa. Ini kerana kesan anak-anak yang tidak bersarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.
Sekiranya kita berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa kita.Bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berpuasa, rasa tanggungjawab menyebabkan mereka akan memastikan anak-anak bangun untuk makan sahur. Jam loceng yang sudah diset, nyaring berbunyi. Bersihkan diri, terus ke dapur untuk memasak atau memanaskan lauk. Time mengejutkan anak-anak adalah masa yang sangat mencabar. Bangun.....satu sudah ada di meja...mana pulak lagi sorang......la rupanya tertidur kat tepi toilet. Suara lembut pada awalnya dah bertukar agak garau jika masih liat nak bangun. Dah puas kejut masih tak mau bangun, kita tanya nak bangun tak.....dia geleng-geleng sambil tarik selimut.
Mama.....ngapa tak kejut saya sahur?....soalan yang selalu diterima walaupun sudah berusaha keras mengejut setiap kali sahur...mungkin ketika aku kecil pun menyusahkan ibuku semasa bangun sahur.









Mesyuarat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Apa saya boleh bantu cikgu......masih ada suara-suara PRS yang datang ke bilik kaunseling untuk menghulurkan bantuan. Bulan Ramadhan yang mulia bukan alasan untuk mereka memberi dalih penat.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih murid -murid agar dapat menguasai kemahiran/skill membantu supaya mereka dapat membantu rakan yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri mereka sendiri.
Selain itu, khidmat “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan sosial yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling akrab dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Mereka merupakan orang yang paling tepat untuk memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.
Objektif Kelab Pembimbing Rakan Sebaya:-
1.Melahirkan pemimpin di kalangan generasi muda
2.Mengelakkan murid-murid dari terjebak dengan perkara yang negatif
3.Melahirkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif dan kreatis
4.Membentuk masyarakat yang berwawasan
5.Membentuk diri menjadi seorang yang menjadi role model kepada pelajar pelajar lain.
Ok...PRS semua jangan lupa program 5 minit kita sepanjang bulan Ramadhan ni...

Tuesday, June 28, 2011

Wad ICU - Boleh Sembuh?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......whooooshhhhhh......nak buang habuk kat sini.....lamanya tak menulis....tapi apa kan daya......
Secara tetiba ada virus baru menyerang.....cikgu kaunseling menerima timbunan borang rujukan murid yang bermasalah dalam aspek tanggungjawab diri terhadap kerja rumah yang diberi. Tak siap?
Berbagai usaha dah cikgu-cikgu lakukan
 untuk murid lebih bertanggungjawab
Alasan yang diberi  menggunakan ayat yang sangat power....kalau sekali dua mungkin cikgu-cikgu boleh terima tapi kalau dah banyak kali......cikgu-cikgu rasa diri tidak dihargai.....Makan jajan cikades banyak sangat kah? Kalau penat, kawan yang lain penat juga. Kalau tak cukup masa, kawan lain pun ada 24 jam yang sama. Kalau tak faham, kawan lain yang tak faham berusaha gigih. Dalam class diwujudkan meja bersebelahan dengan meja guru.....ni dipanggil wad ICU. Kalau ada murid yang selalu tidak siap kerja rumah, di sini la dia duduk sehingga dia berubah dan cikgu pun boleh memantaunya supaya tidak membuang masa semasa dalam class. Bila sudah pulih, murid ini akan kembali ke meja asal.....murid lain yang "sakit"pula duduk di meja ICU ini. Suatu hari aku lalu di sebuah class, ada seorang murid yang selalu sangat tidak siap kerja rumah berada dalam class ini. Semasa aku lalu aku lihat wad ICU class itu kosong. Wah! bagus....mungkin murid ini sudah berubah sikap ke arah lebih bertanggung jawab. Sampai di blok bilik kaunseling, aku disapa oleh murid ini.....cikgu....canteek tudung.....pujinya sambil tersenyum. Aku senyum balik. Kami berjalan beriring sambil berbual-bual sehingga ke classnya....dia masuk dan terus ke arah meja.......wad ICU......la...belum pulih lagi rupanya.
Mungkin sesi ulangan perlu untuk murid ini......cikgu kaunseling perlu berusaha lagi....

Friday, January 14, 2011

PROMOSI.....TAWARAN HEBAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....hari ini cikgu ingin membuat tawaran paling hebat.....promosi yang bagus dan yang bestnya ia percuma....free!


WELCOME!
  Jemputlah dtg ke bilik kaunseling......tak nak la cikgu, saya tak buat salah apa-apa pun...buat apa saya nak kena pergi bilik cikgu.....Tawaran aku ditolak mentah-mentah.
Jom ...ikut cikgu ke bilik kaunseling nak? Nak...tapi saya malu la cikgu....nanti kawan nampak...diaorg mesti kata saya murid bermasalah.
Masih ramai yang mempunyai pandangan salah tentang perkhidmatan kaunseling. Macamana ye nak memberi maklumat tepat tentang perkhidmatan apa yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai.

Sila datang kalau kamu:-
1. Ingin belajar dengan lebih berkesan.....cikgu saya baca buku berjam-jam pun tak masuk otak....ok..dtg ye utk kemahiran belajar.
2.Ingin merancang kerjaya masa depan......saya minat Sains dan Matematik.....saya nak sambung belajar kat mana ye nanti? Jom dtg...kita bincang
3.Suka merancang jadual waktu belajar......saya tak sempat nak siapkan kerja rumah.Banyak sgt.... jumpa cikgu...kat bilik cikgu ada jadual kosong ...kita susun masa sama-sama
4.Tidak minat belajar?....cikgu...kalau sya buka buku mesti tidur...oh...ye ke....mari la dtg ke bilik kaunseling...cikgu bagi tahu cara-cara supaya kamu boleh baca buku dan tidak mengantuk.....
5.Tidak tahu teknik belajar berkesan....saya pelik la cikgu.....kawan sya tu tak baca buku langsung tapi result dia semua A....ok....mungkin cikgu boleh tolong kamu dapat A juga..
6.Menghadapi masalah peribadi dan emosi.....cikgu saya sedih....rasa nak nangis.....jom ke bilik cikgu mungkin kita boleh kongsi cerita...
7.Apa itu perkhidmatan kaunseling saya tak faham.....cikgu boleh terangkan...kat bilik kaunseling ada banyak info mengenai kaunseling.

Datang tau jangan malu......lagipun kat bilik cikgu ada banyak gula-gula......hehehehehe....



















Monday, December 20, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH.....YIPPIII!!!!!

Salam sayang teman-teman dan anak-anak......
Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"
Rasa hendak ke sekolah...tengok-tengok bilik kaunseling aku...Rindu pulak tiba-tiba...Apa khabar agaknya?....Mesti ramai rakan-rakan aku yang mempunyai komitmen tinggi sering ke sekolah untuk membuat persiapan awal 2011.
Aku bersiap dan terus ke sekolah untuk melihat bilik kaunseling yang aku sayangi....hehehhe...Sampai di bilik aku terus membuka pintu...masih sama cuma sedikit berhabuk...Aku meninjau-ninjau suasana bilik....cukup kondusifkah untuk klien aku pada tahun 2011? Pantas tangan aku mencatat ( akukan suka mencatat tapi buat ke tidak?) apa perkara yang harus aku lakukan untuk tahun depan....Dalam hati sudah berazam untuk melakukan beberapa perkara untuk unit kaunseling aku...Awalnya azam tahun baru.....jangan tak buat sudah......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails