Pages

Sunday, November 20, 2011

I'm Lovin' IT...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah kita benar-benar terasa. Minggu-minggu akhir persekolahan banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum dibenarkan punch card balik....tapi minggu ini memang seronok apabila mendapat banyak jemputan makan....selain makan pelbagai jenis nasi, cake yg enak pelbagai perisa....aku juga dapat makan fast food....3 hari berturut-turut makan McD... I'm lovin'it....
Bungkusan burger /french fries/soft drinks McD yang dihantar ke bilik aku....cikgu suka tau. And last day aku dijemput makan di restoran McD bersama  pasukan sofbol sekolah ....mereka menjadi johan kan dulu...so  cikgu -cikgu ingin belanja makan agar tahun depan main bagus dan jadi johan lagi......kira reward la ni ye...
JOM KONGSI INFO
Kita sukakan makan kentang gorengnya dicecah dgn sos pedas yang enak dan ditabur black pepper....ayam goreng spicynya yang panas dicubit sedikit-sedikit dan dicecah juga dgn sos, burgernya yang lazat sekiranya kita tambah sos cili dan sos tomato.....kelembutan keju yang cair dilidah.....McD.......sedappnya... tapi taukah kita asal usul restoran ini.Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald.
1.McD paling besar: Orlando, Florida, Amerika Syarikat, berhampiran International Drive. Ia terdiri daripada dua tingkat dan mempunyai kawasan permainan dan arked yang amat besar, serta bahagian McGourmet yang menjual sandwic panino dan ais krim sundae.
2.McD paling tinggi dalam bangunan: Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
3.McD paling tinggi dari aras laut: La Paz, Bolivia, sebelum ditutup pada 2002. Tingginya 3,600 meter (11,800 kaki) dari aras laut.
4.McD paling rendah dari aras laut: Perkampungan Ein Bokek, Israel, berhampiran Laut Mati. Rendahnya 396 meter (1,300 kaki) di bawah aras laut.
5.McD paling utara: Rovaniemi, Finland di Bulatan Artik.
6.McD paling selatan: Invercargill, New Zealand.
7.McD paling timur: Gisborne, New Zealand, disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
8.McD paling barat: Samoa Barat.
Ala nyesal plak wat entri pasal McD....terliur je rasa......syg jom McD.....dekat ajekan....24 hours lagi....
 

Friday, November 18, 2011

Permohonan Kemasukan ke MRSM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TINGKATAN SATU TAHUN 2012
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2011 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2012 di Semenanjung Malaysia.
Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.
Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan
MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.
Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan
Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARANegeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my
Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.
 MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
4. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
5. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
6. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
(sumber rujukan laman web MARA)

Setitis Airmata Gred A..

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....."Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
Keputusan akan diumumkan sebentar lagi......ibubapa amat resah menunggu.....ada yang berdoa agar berita baik  akan diterima. Guru-guru sudah pun tahu keputusan. Unit Kecemerlangan Sekolah telah menyediakan teddy bear comel.......dan sedikit hadiah dalam envelope.....untuk murid-murid yang dapat 5A.

Tahniah kepada semua murid SK Sri Skudai yang telah berjaya mendapat 5A...Berkat usaha....kamu berjaya.
Semua guru SK Sri Skudai tumpang gembira pabila melihat wajah-wajah gembira anak-anak didik meraih kejayaan. Nampak tak cheese cake tu....sedappp sangat...terima kasih sebab berkongsi dengan cikgu...
Dalam melihat wajah-wajah gembira, mata tertangkap wajah sugul murid-murid yang tidak mendapat 5A. Murid yang mendapat 4A 1B paling ketara wajah kecewa mereka.......bersyukurlah perjalanan ilmu kamu masih jauh....kamu pasti akan berjaya nanti....
Ini la setitis air mata seorang murid yang mendapat 4A 1B yang menitis di atas fail didepan aku....amat sedih melihat wajahnya tapi apabila aku renung wajahnya dalam-dalam .....aku tau dia akan menjadi seorang yang berjaya kelak.....Tahniah!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails