Pages

Friday, November 18, 2011

Permohonan Kemasukan ke MRSM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TINGKATAN SATU TAHUN 2012
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2011 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2012 di Semenanjung Malaysia.
Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.
Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan
MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.
Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan
Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARANegeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my
Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.
 MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
4. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
5. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
6. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
(sumber rujukan laman web MARA)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails