Pages

Showing posts with label program kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label program kokurikulum. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Jom Berkhemah #2

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Sambung lagi cerita tentang perkhemahan....ok tak? Sesi malam pula ada persembahan malam kebudayaan.
Puteri Islam
Biasa le....masa kita kecil dulu....kalau sebut camping, sure ada camp fire pelbagai....atas tunjuk ajar guru dan usaha murid maka terhasil la 4 persembahan dari 4 unit.....
PBSM
Takde nak bertanding.....orang kata just for fun especially untuk anak-anak kecil yang sudah rindu kat mama kerana malam tak leh tidur atas katil bertilam empuk bertemankan mak.
Tunas Puteri
Pengakap
Malam nanti kena tidur ngan kawan-kawan.....dalam khemah......
Ini experience yang bagus untuk perkembangan kamu. Kamu belajar untuk berdikari....buat semuanya sendiri.
 Menurut Roopnarine dan Johnson (1997)  kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif ,oleh itu mereka harus diberi pendidikan seawal mungkin.
Menurut Wright dan Sugden (1999) pula, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.
Diharap....pengalaman anak-anak semasa berkhemah dapat membantu meningkatkan kematangan diri.....cikgu tengok dah boleh lipat baju/masak/basuh pinggan.....mesti mak gembira....Sayang anak mak.....alolololo....dah boleh buat semua sendiri ye...





Friday, October 14, 2011

Jom Kita Berkhemah..#1

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Semua murid tersenyum happy apabila GPK K0k0 umumkan bahawa perkhemahan unit beruniform akan diadakan. Semua nampak girang terutama murid-murid tahun empat......ye la....pengalaman baru yang pasti menjanjikan keseronokan.
Bagi cikgu pula......emmmmmm.....berkhemah????.....tidur kat sekolah????.....Hati rasa tidak begitu seronok.....bukan kerana bebanan tugas tapi mengenangkan ramai rakan-rakan guru yang lain tiada di sekolah pada masa itu...Ramai....sangat ramai....
Ada yang berkursus....ada yang menanda.....ada yang tidak sihat....ada yang cuti bersalin.....ada yang berkuliah.Boleh ke kita yang tinggal ni uruskan semua.....Tentu boleh....pasti boleh.....melihat wajah murid-murid yang menghitung hari untuk berkhemah.....semangat bersinar kembali.....
Cam mana nak memberi suasana seronok di kalangan rakan-rakan....

Idea datang dan dengan bantuan/sokongan kakak-kakak KSSR ...kak ainum dan kak ana.....
jom kita masak-masak nak.....
Terhasillah jemput-jemput bawang yang panas.....minum pula kopi panas yang hitam lagi pekat......
makan bersama-sama.....di bawah pokok....ditepi tapak perkhemahan....
suasana yang tadinya agak boring tetiba bertukar menjadi sangat seronok.......



Wednesday, May 18, 2011

Pasukan Sulung Kesayangan Ku....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman. Nak bercerita mengenai pasukan sofbol perempuan yang sangat aku sayang...team sulung aku. Mulanya susah hati bila agak sukar mencari pemain yang benar-benar boleh memahami pemainan ini.


Team lelaki...kamu juga hebat
Rata-rata masih menyoal itu ini dan ada juga yang takut bila terkena lantunan bolanya yang keras. Aku tanpa jemu memujuk dan melatih agar mereka dapat rasai keseronokan bermain permainan ini sebagaimana gembiranya aku bermain semasa waktu sekolah dulu. Rindu pada teman sepasukan Zuraida Hamid dan Salina Safian.

Gembira melihat kamu sudah pandai bermain...
Berpandu pada tahap ketiga Teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit, aku melatih mereka. Pada tahap ini, perasaan ingin tahu menjadikan murid-muridku pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.

Berlatih untuk menjadi lebih cekap
Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul
dengan rakan-rakan yang sebaya.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.

Tahniah menjadi Naib Johan MSSD Johor Bahru...
Nampaknya lepas ni kita kena la pakai produk pencerah di pasaran + bedak sejuk untuk memulihkan muka yang hangus dek mentari.....hehehe....apa pun tahniah ....atas usaha kamu berlatih...kamu berjaya beraksi di padang.....Jangan lupa nilai yang kamu dapat semasa bermain...nilai yang baik akan membawa kemenangan yang sangat tinggi harganya.....


Thursday, February 17, 2011

Larian Perdana Mahkota....Penaaaat + Best...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......SK Sri Skudai telah mengadakan Program Larian Perdana Mahkota....Sekali-sekala mengeluarkan peluh memang best....murid happy...guru pun seronok...

warm up dulu sebelum lari.......

cukup menyegarkan badan...sihat + cerdas

bestkan aktiviti ni.....

guru-guru pun turut sama

jangan ketinggalan wat exercise....

letih la pulak.....

jom....lari ikut cikgu
 Kebaikan yang kamu dapat hari ini setelah mengikuti program ini banyak. Senaman yang berkala dapat menghapuskan faktor faktor risiko seperti :-
1.kegemukan- takde la kita sedih bila lihat org lain slim..
2. peningkatan lemak dalam darah -bila dah hari-hari makan nasi lemak Kak Limah...senaman itu amat perlu.
3.membuang / mengurang tabiat merokok-jimat duit untuk beli rokok...bolehlah kita upgrade handphone...
4.mengambil snek berlebihan- duit lagi...nak kena gi beli kat 711
5.minuman keras - buruk sungguh kelakuan orang mabuk ni...
6.penyalahgunaan dadah - silap-silap ke tali gantung kita..
So....tukar track suit...pakai kasut sesuai...pergi la jogging kat kawasan taman perumahan....tak payah bayar apa-apa...tapi awas anjing Mr Ah Seng....

Monday, January 17, 2011

AJK UNIT KOKURIKULUM...LANTIK SAYA YE...

  Salam sayang anak-anak dan
teman-teman, Unit Kokurikulum
SK Sri Skudai telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi
memilih jawatan AJK Tertinggi bagi
Kelab/Permainan dan Unit Beruniform. Tahniah bagi yang berjaya dipilih menyandang jawatan. Senyum lebar....cikgu nampak bila
nama dicalon dan diundi oleh ramai kawan. Jangan pula lupa tugasan yang perlu dilaksanakan.

Cikgu kalau angkat tangan untuk   nama sendiri boleh?...Soalan yang sukar dijawab......Menjawat jawatan dalam sesuatu persatuan atau kelab memang menjadi impian semua. Tapi apabila nama kita yang telah dicalonkan tidak mendapat undi banyak.....perlukah kita rasa sedih dan  marah kerana kawan tidak sokong kita?
Walaupun tidak dilantik sebagai AJK tertinggi, kita masih boleh menyumbang kepada persatuan atau kelab yang kita sertai.

Masuk pertandingan yang diadakan....bertanding secara sihat dengan unit lain.....kemenangan itu lebih bermakna.



Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah dilantik....kriteria popular atau memang boleh buat kerja adalah dua perkara berbeza. Walau bagaimanapun....itu ialah penilaian rakan sebaya kamu.



Thursday, November 25, 2010

Masak Apa tu....?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman semua......
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berdetik kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

Hari Kokurikulum SKSS diadakan dengan objektif menguji kemahiran dan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi, kreatif dan persaingan sihat. Antara pertandingan yang diadakan ialah memasang khemah, membuat gajet, ikatan dan simpulan dan memasak. Aku ditugaskan sebagai pengadil pertandingan memasak bagi empat pasukan beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Puteri Islam. Kebetulan aku amat suka apa-apa yang berkaitan memasak. Kagum, geli hati dan berbagai perasaan bercampur baur apabila melihat anak-anak kecil memasak. Guru pemimpin bersungguh-sungguh mengajar ahli pasukan memasak untuk memenangi pertandingan tersebut. Semasa ini kita dapat lihat siapa yang biasa menolong ibu di dapur atau yang tidak pernah langsung ke dapur membantu. Cara memegang pisau, cara mengacau lauk di kuali dan cara menghidang membuatkan anak-anak yang tidak biasa dengan kerja dapur mudah dikenalpasti. Walaubagaimanapun syabas dan tahniah kepada semua peserta pertandingan memasak atas kesungguhan dan keberanian kamu mencuba. Biarlah kamu gagal membalikkan telur goreng dan telur hangus, biarlah kamu masukkan semua sayuran dan tumis bawang kemudian dan biarlah sambal sardin kamu masin terlebih garam. Cikgu bangga dengan kamu dan diharap pengalaman ini menjadi satu yang amat berharga buat kamu....pandai anak ibu memasak......


Imanmysara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails