"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berdetik kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
Hari Kokurikulum SKSS diadakan dengan objektif menguji kemahiran dan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi, kreatif dan persaingan sihat. Antara pertandingan yang diadakan ialah memasang khemah, membuat gajet, ikatan dan simpulan dan memasak. Aku ditugaskan sebagai pengadil pertandingan memasak bagi empat pasukan beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Puteri Islam. Kebetulan aku amat suka apa-apa yang berkaitan memasak. Kagum, geli hati dan berbagai perasaan bercampur baur apabila melihat anak-anak kecil memasak. Guru pemimpin bersungguh-sungguh mengajar ahli pasukan memasak untuk memenangi pertandingan tersebut. Semasa ini kita dapat lihat siapa yang biasa menolong ibu di dapur atau yang tidak pernah langsung ke dapur membantu. Cara memegang pisau, cara mengacau lauk di kuali dan cara menghidang membuatkan anak-anak yang tidak biasa dengan kerja dapur mudah dikenalpasti. Walaubagaimanapun syabas dan tahniah kepada semua peserta pertandingan memasak atas kesungguhan dan keberanian kamu mencuba. Biarlah kamu gagal membalikkan telur goreng dan telur hangus, biarlah kamu masukkan semua sayuran dan tumis bawang kemudian dan biarlah sambal sardin kamu masin terlebih garam. Cikgu bangga dengan kamu dan diharap pengalaman ini menjadi satu yang amat berharga buat kamu....pandai anak ibu memasak......
Imanmysara
No comments:
Post a Comment