"Orang yang asyik mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan daripada kawan"
Hari ini kita hendak naik bas.....hooooray! hoooorayyy! Terlompat-lompat kanak-kanak girang kesukaan. Cikgu...cikgu saya tak pernah naik bas....tak sabar nak rasa macam mana naik bas. Ok ...aku tumpang teruja melihat anak-anak kecil yang sedang keseronokan. Sedang kami merancang program untuk jalan-jalan naik bas tiba-tiba ada seorang murid mengangkat tangan. Cikgu saya tak nak ikut.....sejak kecil saya tak pernah naik bas. Buat apa naik bas...bersesak-sesak, lambat dan orang miskin je akan naik bas tu. Suaranya menyebabkan suasana senyap seketika. Mood gembira hilang ditiup angin. Mata aku memandang ke arah wajah anak-anak lain yang tadinya gembira bertukar menjadi duka...
Hisssh.....hati aku menjadi sebal tetiba.....sabar...sabar... akukan guru kaunseling....senyum....senyum.....Mujur aku dapat mengawal diri kalau tak memang rasa nak plaster aje mulutnya. Aku meneruskan taklimat tentang program kami dan mujur semua murid lain masih ingin meneruskan pengalaman menaiki bas walaupun aku lihat murid tadi cuba mempengaruhi rakan-rakannya yang lain agar tidak turut serta.
Tepat pukul 8.00 pagi, sebuah bas tiba di hadapan pagar sekolah. Murid-murid beratur untuk menaiki bas dan menjerit kesukaan kerana hanya sekolah kami sahaja yang akan menaiki bas tersebut untuk menuju ke destinasi. Dengan tempat duduk yang selesa, pemandu bas yang peramah dan boleh tahan kacak....hahaha...dan bas itu dilengkapi dengan air cond lagi. Wahhhh!!!!!....terbit rasa kagum daripada murid-murid yang tidak pernah naik bas. Mata aku mencari seorang muridku yang aku tahu ayahnya boleh dikatakan sangat berada. Mukanya tenang dan dia duduk di tepi tingkap bas....mata kami bertembung dan dia tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya tanda seronok....Setelah puas dibawa mengelilingi kawasan baru yang akan dinaiktaraf, kami dihantar kembali ke sekolah. Anak murid aku yang ayahnya seorang hartawan tadi datang dan memegang tangan aku....Terima kasih cikgu kerana memberikan pengalaman baru buat saya.
Sampai di bilikku...dengan perasaan ingin tahu aku mencapai fail untuk melihat butiran murid yang menolak untuk mengikuti program ini. Pekerjaan bapa...buruh....ibu...surirumahtangga..alamat ....bukan kawasan taman perumahan....Hisssh...aku kira dia anak orang berada sehingga memandang rendah kepada orang yang menaiki bas......
Sampai di bilikku...dengan perasaan ingin tahu aku mencapai fail untuk melihat butiran murid yang menolak untuk mengikuti program ini. Pekerjaan bapa...buruh....ibu...surirumahtangga..alamat ....bukan kawasan taman perumahan....Hisssh...aku kira dia anak orang berada sehingga memandang rendah kepada orang yang menaiki bas......
Imanmysara
semoga pengalaman mendewasakan dia..
ReplyDeleteHarap dia menjadi seorg yg lebih memahami...tentang kehidupan.
ReplyDelete