Pages

Showing posts with label motivasi kendiri. Show all posts
Showing posts with label motivasi kendiri. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Bijak Di Bulan Puasa!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Ibarat roda yang terus berputar, tak terasa debu dan batu yang  mengotori dan mencalarnya. Begitulah perjalanan hidup kita, berbagai kesalahan telah kita lakukan. Maka di bulan yang suci dan penuh rahmat ini mari kita maksimumkan ibadah kita.Sudah 4 hari kita berpuasa.....murid-murid tahun 6 akan menghadapi trial exam hari ini. Good luck cikgu kaunseling ucapkan.
Semoga keberkatan di bulan mulia ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian untuk meraih kecemerlangan.Lupakan masalah sisi yang remeh....fokus untuk menjawab dengan jawapan terbaik.Sebenarnya kita lebih bijak di bulan puasa. Menurut Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, banyak manfaat yang boleh diperolehi di bulan puasa ini. Antaranya:-
1.Puasa memberikan kita lebih fokus.Apabila seorang pelajar itu menjaga puasanya bermakna dia tidak akan membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, melayari internet, bersembang kosong, melepak dan sebagainya. Dengan mengurangkan gangguan-gangguan sebegini pelajar akan mudah untuk fokus kepada pelajarannya. Biasanya, apabila bulan puasa tiba,anak-anak lebih gemar berada di rumah berbanding di luar. Ini membolehkan mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan mengulangkaji pelajaran. Puasa juga memberikan kelebihan kepada fizikal dan mental seseorang dan ini meningkatkan kemampuan pelajar untuk memahami, mencerap, mengolah dan mengingat setiap apa yang dipelajari.
2.Puasa memberikan kita lebih masa.
Biasanya, dalam bulan Ramadan semua orang memulakan masanya lebih awal. Malah waktu persekolahan (sesi petang) juga dipendekkan dengan pelajar-pelajar dibenarkan pulang lebih awal dari biasa. Tambahan pula pelajar tidak perlu bergegas ke kantin untuk makan waktu rehat. Ini memberikan lebihan masa kepada para pelajar dan jika pelajar bijak memanfaat dan mengurus masanya maka dia akan mempunyai banyak masa bagi mengulangkaji pelajarannya. Kelebihan seperti ini tidak ada pada bulan-bulan biasa oleh itu manfaatkanlah Ramadan sebaik-baiknya.

3.Perut yang kenyang merangsang rasa malas dan mengantuk.
Pada bulan-bulan biasa pelajar cenderung untuk makan dengan banyak pada waktu tengahari dan mengantuk serta malas di waktu petang. Malah ramai juga pelajar yang mengantuk dan malas meskipun masih lagi berada diwaktu pagi. Perut yang kenyang adalah antara penyebab kepada masalah malas dan mengantuk ini. Dengan berpuasa, masalah ini dapat diatasi. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga. 

4.Bulan Ramadan memudahkan kita bangun awal.
Waktu belajar yang paling sesuai adalah di awal pagi. Oleh itu pelajar digalakkan untuk tidur awal dan bangun seawal jam 4.00 pagi. Apabila bangun, buatlah solat tahajud dan solat hajat kemudian mulalah menelaah pelajaran. Bangun di awal pagi memberikan pelajar beberapa kelebihan seperti suasana yang nyaman dan tenang, udara yang segar, tiada gangguan, badan yang segar setelah rehat dan minda yang lebih fokus. Oleh itu manfaatkanlah waktu bulan Ramadan ini sebaik-baiknya untuk belajar dan beribadah.

5.Doa orang berpuasa dimakbulkan.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." Dan dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". Jelas di sini kelebihan orang yang berpuasa iaitu doanya dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu, pelajar mesti menggunakan bulan Ramadan ini sebaik-baiknya berdoa kepada Allah agar ditingkatkan kefahaman, dipermudahkan urusan, diterangkan hati dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hak pelajar hanyalah berusaha sebaik mungkin tetapi keputusan sebenar tetap dalam ketentuan Allah. Berdoalah agar apa yang dibaca dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan. Juga berdoalah agar diri mampu melakukan yang terbaik sewaktu dalam dewan peperiksaan.

6.Bulan Ramadan adanya Malam Lailatulqadar.
Kita semua sedia maklum yang dalam bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatulqadar. Inilah malan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap hamba Allah yang beriman. Oleh itu, sentiasalah bangun malam berqiamullail dan berharap agar bertemu dengan malah yang hebat ini agar permohonan kita diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah. Dengan izin Allah, maka pelajar mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan tiada yang mustahil selagi ada kemahuan dan keyakinan.


Indah bukan....Cikgu kaunseling pun banyak nak belajar di bulan Ramadan ni.Jom!kita sama-sama bijak di bulan Ramadan.

Friday, April 6, 2012

Hati Yang Sedih.....


Assalamualaikum  dan salam sayang anak-anak dan teman-teman............Jangan lah kau bersedih wahai jiwa......
Hari ini cikgu kaunseling sedih........sedih sangat.....Maaf kerana cikgu kaunseling pun manusia biasa......Terapi merawat hati... ;(
Alhamdulillah....terima kasih En Farid Rashidi.....pic ni byk membantu

Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):
Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”



Wednesday, March 14, 2012

Mewarna Mengindahkan Minda.

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan Allah, manakala     keredaan    Allah    itu    datangnya    dari    semua perbuatan    baik    yang    kita    lakukan .Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kalau org tanya  apa kelebihan melukis dan mewarna kat anak-anak,tentu aku akan jawab cam ni...ia bagus utk kemahiran motor halus...pas tu dpt membantu dlm koordinasi mata dan tangan diaorg dan boleh la isi masa lapang...takde la diaorg berlari-lari sana sini...


Mama....esok ada colouring contest kat mall......nak pegi.....serba salah....tak kan nak kata tak payah le...bukannya awk pandai sgt melukis dan mewarna...sian pula.....bawa juge le tapi yang tak tahan tu....nak tunggu sampai acara penyampaian hadiah....walaupun kita dah tau dia tak menang....
 Sebab mengapa seni penting untuk kanak-kanak.....
1.Seni merangsang kedua-dua belah otak
2.33% kanak-kanak belajar secara visual

3.Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang cenderung seni akan dpt membaca lebih baik dan dpt menguasai dlm subjek Sains dan Maths.
4.Kanak-kanak belajar menggunakan deria dan proses yg berkesan ialah menggunakan seni.
5.Kanak-kanak memerlukan tempat untuk meluahkan rasa.
6.Seni meningkatkan self esteem
7.Seni menggalakkan kanak-kanak menumpukan perhatian 
8.Seni meningkatkan koordinasi tangan dan mata
9.Seni mendorong persepsi.
10.Seni mendidik mereka berfikir lebih terbuka.
11.Seni mengajar adanya lebih dari satu jalan penyelesaian bagi setiap masalah.
12.Seni melatih kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif semasa menyelesaikan masalah.
13.Kanak-kanak boleh berkongsi dan menilai hasil kerja mereka dan belajar tentang dunia sekeliling. 
14.Bila seni digabungkan dengan subjek lain, kanak-kanak akan  memberi tumpuan lebih kepada pelajaran.
15.Seni meningkatkan nilai kemanusiaan.


Owwww.....ini sudah baik.....pagi tu semasa drive, aku tanya......minggu ni takde pertandingan melukis ke.....anak aku terkejut......pelik.....tak pernah pun mama ni tanya. Kalau ada, pergi le....mama antar....aku senyum....tru cermin aku tgok muka anak ku agak keliru..... selalunya mama dia banyak bagi alasan tak mau hantar......Muka budak kecik tu...masih pelik....

Saturday, February 25, 2012

Birthday Anak Orang....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman, mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika kita tidak melakukan perkara itu dengan betul. Lega dapat berehat hujung minggu ni....tinggalkan semua keje....berehat bersama keluarga satu terapi yang amat menakjubkan...Ring tone Ombak Rindu di awal pagi mengejutkan aku....Suara halus kedengaran dihujung talian....Zam kau kene tolong aku!!!...kau kan kaunselor....apa plak kesnya pepagi ni......Kau taukan esok birthday anak aku....Asyraf...aku nak minta pendapat kau....nak bagi apa .....nak wat birthday celeb nya cam na....Ok..my fren....aku pun sebenar dah buntu bila memikirkan birthday anak-anak yang akan datang...bulan Mei,Jun,Julai, Ogos dan September.....semuanya berturut-turut....Aku tau camna perasaan seorang ibu untuk prepare sumthin' yang boleh buat anak happy.....cam aku, aku akan buat sesuatu yang aku tak dapat masa aku kecil dulu....aku akan pastikan ada senyuman di wajah comel birthday boy/girl....So...aku cuma nak share ni dengan teman aku..... Kalau aku buka klinik berbayar....sure dapat bayaran lebih sebab layan klien di awal pagi....Hehehehehe....gurau aje....aku akan tolong selagi pertolongan aku diperlukan....apalagi untuk seorang kawan............


Cute sangat Lily ni.....Happy Belated Birthday  to U...Lily...Thanks to Lily's mum for sharing ur happy moment....

Saturday, February 4, 2012

Jangan la Dengki kat Saya.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.........Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
Saya dengki kat awak.....kalau kita dengki pada seseorang...pasti kita tak kan memberitahu dia....Tak baik kan...dengki-dengki ni....kalau setakat geram aje takpe....ni pergi mengadu domba cerita yang bukan-bukan tentang diri orang yang didengki tadi....Sebagai manusia biasa...kita tak mampu menggelak diri dari sifat iri hati dan dengki. Dengki pada rakan sekerja yang lebih menyerlah, dengki kepada jiran yang baru membeli kereta baru, dengki apabila anak kawan lulus cemerlang.....isshhhhh banyak le jenis dengkinya sampaikan baju yang dipakai lebih cantik dari dia...pun dengki....tak baiknya....Rasa dengki dan iri hati timbul bila orang lain mendapat nikmat. Lazimnya jika seseorang mendapat nikmat, maka akan tercipta dua sikap pada manusia.
1. Dia benci terhadap nikmat yang diterima kawannya dan senang hati bila nikmat itu hilang daripadanya. Sikap inilah yang disebut hasad, dengki dan iri hati.
2. Dia tidak menginginkan nikmat itu hilang dari kawannya, tapi ia berusaha keras bagaimana mendapatkan nikmat sama seperti itu. Sikap kedua ini dinamakan ghibthah (keinginan). So....pilih le ye nak rasa dengki yang mana....
Diantara tips yang mesti kita lakukan terhadap hasad dengki ialah :
1.Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan tahniah kepadanya. Sebaliknya apabila dia ditimpa kesusahan maka kita tumpang empati juga atas apa yang menimpanya serta bersama-sama menenangkannya.
2.Bercerita, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia, dan kalau ada keburukannya kita rahsiakan. Doakan kebaikan untuknya selalu.
3.Sering menjaga silaturahim serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut.
4.Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan turutkan hati melayani ajakan syaitan yang hendak merosakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk mengumpatnya.
5.Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan menghilangkan penyakit hasad dengki yang ada dalam diri kita.
Jangan dengki-dengki tau....tak baik.....:)


Friday, November 4, 2011

Balik Kampung....Sila Kemas Beg Anda....

Assalamualaikum, salam sayang anak-anak dan teman-teman............
Setiap hari kita adalah insan yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…Balik kampung.....oooooo.....balik kampung...Jangan jeles ye....


Bagi orang yang tiada kampung tentu teringin merasa keseronokan perjalanan jauh menuju ke kampung halaman......Insya Allah.....lusa kita akan merayakan Hari Raya Qurban. Cuti cuma 3 hari tidak menghalang kami untuk pulang ke kampung.....Sudah tentu giliran beraya di rumah ibuku di Taman Guru. Perkara paling malas nak buat ialah mengemas bag.....huhuhuhu....Haippp.....cikgu kaunseling mana boleh malas......tapi hari ini memang malas..so nak minta tolong anak-anak mengemas bag pakaian masing-masing.......Check list telah siap aku buatkan, mereka cuma ambil pakaian dan masukkan dalam bag.....Berjaya tak agak-agaknya......Lepas aku siapkan tugasan masak-masak di dapur......aku tak sabar nak lihat bag-bag anak-anakku...
  Nak share  kaedah didikan untuk menghasilkan anak yang kreatif :-

1.Latih diri ibu dan ayah  sifat berdikari dan sifat rajin semasa ibu mengandung.
2.Latihkan diri ayah dan ibu untuk mengamalkan segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.
3.Seawal usia anak dua tahun, latih sifat rajin, pengurusan masa, tanggung jawab dengan melatih mereka membasuh pinggan, mengemas cadar, menyapu sampah, membuang sampah serta kerja-kerja rumah lain.
4.Pada usia 2 – 3 tahun, anak perlu dilatih untuk mengikut solat setiap kali ibu bapa solat.
5.Pada usia 5 atau 6 tahun, anak kecil ini sepatutnya sudah mampu membasuh pinggan, mengemas bilik, melipat selimut, menyapu sampah, menyidai baju (guna kerusi plastik kalau tak cukup tinggi) melipat baju, membantu ibu memasak di dapur, menguruskan adik, mengemas rumah, membasuh kasut sendiri dan kerja-kerja rumah lainnya.
6.Berikan anak-anak tanggung jawab untuk diuruskan seperti anak sulung melakukan tugas ini, anak kedua melakukan tugas itu dan seterusnya. Mencuci kereta mungkin boleh disuruh kepada anak yang lebih besar dengan dibantu anak yang lebih kecil.
7.Apabila anak berusia 7 – 10 tahun, berikan tanggung jawab yang lebih mencabar seperti memasak nasi . Anak-anak pada usia ini perlu dikerah sentiasa membantu ibu memasak di dapur mungkin untuk membantu mengacau gulai atau membantu menumis. Anak lelaki atau perempuan tidak boleh dikecualikan.
8.Latihkan pertukangan bagi anak lelaki pada usia menjelang 10 tahun. Latihan yang baik ialah membuat pistol mainan dari kayu. Gunakan getah dan kertas sebagai pelurunya. Latih anak untuk membunuh cicak di rumah menggunakan pistol atau senapang buatan sendiri ini. 
 9.Bagi perempuan pada usia yang sama ini, berikan tanggungjawab memasak yang lebih mencabar. Membersihkan ikan, udang, sotong, ayam dan daging sudah sepatutnya dikuasai pada usia ini.
10.Apabila perlu menggunakan rotan, gunakanlah dengan baik dan konsisten.
11.Menjelang usia sekitar 12 tahun, tugas memasak sudah sepatutnya dikuasai oleh anak-anak. Membuat kuih mudah seperti jemput-jemput pisang atau pancake sepatutnya juga sudah dikuasai. Anak lelaki tidak terkecuali.
12.Teruskan didikan begini sehingga usia 15 tahun. Insya Allah selepas usia ini anak ini akan terus mantap dengan didikan yang telah diusahakan.
13.Menghabiskan masa yang lama menonton TV tidak mengembangkan jiwa kreatif malahan mengembangkan sifat negatif terutama sekali apabila anak-anak gemar menonton cerita kartun. Bermain komputer game juga tidak banyak membantu mengembangkan sikap kreatif.
14.Latih anak menyudahkan setiap perkara yang dilakukan dan bukan dengan memberhentikan ditengah jalan. Kalau pinggan yang perlu dibasuh banyak latih mereka menyudahkan kerja dan bukan menyuruh berhenti ditengah-tengah kerana kasihan.
15.Elakkan memanjakan anak. Ololololo......bucyuk mama.....ok siapkan mengemas bag kamu......mama sayang kamu tapi oppss sorry mama tak mau tolong.....hehehehehe....
Masa utk check adakah penyediaan bag balik kampung menepati piawai...........
Boleh la....walaupun aku terpaksa menyusun semula agar lebih kemas......Jom balik kampung.......


Tuesday, March 8, 2011

Tahniah Kepada Semua Guru- Guru PPG

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,Kita tidak boleh mencipta pengalaman tetapi kita mesti berhadapan dengannya. Tahniah! Congratulation!......pada semua teman-teman yang telah berjaya melanjutkan pelajaran...Program Pensiswazahan Guru (PPG)...Boleh ke akak ni blajar zam? Mcmana kzam....cukup ke masa sya nak wat assignment...dah lama tak belajar...boleh catch up ke dengan nota kuliah. Jangan risau kakak2 dan adik2 tersyg tentu boleh. Lagipun kalau tak susah tak la mahal harga ijazah kita...Selamat berkuliah...kalian tentu akan berjaya cemerlang...


Ada orang nak pesan kepada kalian...nak bagi kata-kata semangat....baca yek....

Pesara guru 73 tahun jadi pelajar tertua OUM

KOTA BHARU 10 Ogos – Seorang pesara guru dari Beris Kubor Besar, Bachok, menjadi pelajar tertua Universiti Terbuka Malaysia (OUM) apabila bermulanya semester baru akademik universiti itu tidak lama lagi.Awang Yusoff (gambar), 73, akan mengikuti pengajian di universiti tersebut selama lima tahun bermula September ini bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam. Dengar yek apa atuk / pakcik ni beri kata2 semangat kat u all...
“Saya tidak takut berdepan dengan pelajar yang lebih muda, lagipun saya mahu belajar dengan niat mahu mendapat ilmu yang lebih tinggi, tidak ada benda lain lagi yang mahu saya kejar pada usia tua ini,”

“Pelajaranlah yang jadi penentu maju atau mundur sesuatu bangsa, saya tidak sedih peluang ini datang lambat dalam hidup tetapi bila sudah ada saya tidak boleh lepaskan.


“Saya harap semangat saya ini juga boleh menjadi contoh kepada orang muda yang lain,”

“Pelajaran adalah satu pelaburan untuk menjamin masa hadapan, sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama sedangkan masa terus berjalan meninggalkan kita,”

So....selamat mendaftar hari Sabtu ni dan teruskan niat murni ini lagipun dah ada peluang....insyaallah kalian pasti berjaya.








 










Thursday, December 16, 2010

BLACK OR WHITE....DUA TONA LEBIH CERAH

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''
Skin Colour Pictures, Images and Photos

Kenapa kamu berdiri sorang-sorang di sini? Pergi la duduk bersama kawan-kawan....Saya malu cikgu...kulit saya hitam..mereka selalu ejek saya dengan pelbagai gelaran. Aku teringat semasa aku kecil aku juga berkulit hitam...aktif dengan aktiviti padang dan gemar mandi laut menyebabkan kulit aku menjadi sangat hitam. Tiada siapa yang memberi semangat pada ku tika itu menjadikan aku seorang yang introvert dan selalu merasa aku hodoh...Aku cuba merasionalkan murid ku itu. Aku tidak mahu dia menjadi seperti aku.Aku tahu dia murid cemerlang dan aku cuba mengajaknya berfikir bahawa dia mempunyai banyak lagi aset yang cemerlang berbanding dengan kulitnya. Di rumah anakku pernah membangkitkan perkara yang sama...Kulit saya hitam la mama...kawan-kawan saya semua berkulit putih...Takpe....mama juga dulu berkulit hitam cuma sekarang dua tona lebih cerah (hehehe macam iklan la pulak)......yang penting hati kita putih dan bersih...

Thursday, November 25, 2010

SALAM AIDIL ADHA~Pengorbanan itu Perlu

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........

"Ilmu itu diperolehi daripada lidah yang gemar bertanya dan akal yang sentiasa berfikir"


Aku suka dengar lagu ini.....pengorbanan sebenarnya bukan le berkaitan dengan lagu allahyarham Tan Sri P.Ramlee tetapi membawa maksud yang lebih besar. Sayang....abang busy la...mungkin tak dapat cuti...raya qurban ini kita tak balik kampung ye...Sedihnya hati...tapi aku rela berkorban demi suami tersayang..Apa aku nak buat supaya hari raya kali ini sama rasanya semasa sambutan di kampung. Aku bercadang untuk memasak ketupat agar suasana meriah hari raya dapat dirasai. Kalau macam tu...abang tolong anyamkan ketupat ye...aku mana tahu nak anyam....setelah dilatih oleh sifu terhebat pun masih gagal...sampai sifu itu menyerah kalah kerana gagal mendidik aku. Hehehehhe....suami aku sanggup berkorban pula demi aku.....Setelah berjam-jam menganyam ketupat, aku pun nak le tengok hasilnya....Apa yang jadi hanyalah bentuk-bentuk origami burung yang biasa aku tengok semasa mengajar anak muridku Seni Visual. Ala....anyam ketupat burung sampai tertidur dia...Jangan marah.....ingat makna qurban....sabar..Malam sudah lewat....anak kecil belum lagi tidur...mama tak ada biskut raya ke....buat la kek coklat ke...cheese cake, kek kukus ke...baru best.....ingat aku ini tauke kedai cake ke.....Dengan senyum yang sangat manis walaupun mata sudah mengantuk...baiklah anakku...nanti mama buatkan... Don't worry...pagi esok mesti boleh makan cake.
Mata aku dah tak dapat dikawal lagi...ngantuk sangat....aku pun mula le acara membuat cake.....Sedang asyik berangan memasak ala-ala Nigella...telinga aku terdengar bunyi orang memberi salam...sapa pula yang datang time macam ni....seram pula rasanya...drama kat TV kot....suara salam makin keras...semua orang sudah tidur....

Dengan tangan penuh tepung dan baju agak comot aku terus ke pintu....sebaik pintu dibuka...aku lihat ibu tersayang berdiri di depan mata... Mak...nak raya sini??....Tak apa aku berkorban tinggalkan rumah aku supaya dapat beraya dengan anak-anak...
kata ibuku sambil mengangkat begnya masuk. Aku ternganga di situ.....besar sungguh pengorbananmu ibu....Terima kasih adik aku kerana sudi membawa ibu ke sini....
Qurban ialah rentetan peristiwa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar yang amat menyayat hati dan menginsafkan jika kita hayati.Seorang lelaki tua yang mandul, mendoakan untuk mendapat anak dan doanya dikabulkan Allah ketika umurnya melepasi 8 dekad. Siti Sarah isteri pertama yang begitu cemburu sehingga menyuruh Nabi Ibrahim menghalau isterinya yang disayangi Siti Hajar. Dia dihalau ke padang pasir yg mungkin penuh dengan bahaya dan sengsara. Air pun tiada sehinggalah dipancarkan mata air akibat tendangan Nabi Ismail yang kehausan. Dalam kecemasan mencari air untuk meredakan dahaga anaknya, SitiHajar terkejar-kejar ke sana kemari antara Marwa dan Safa sambil menyeru-nyeru zamzam-zamzam berulangkali. Turunnya firman Allah agar Nabi Ibrahim mengorbankan anakandanya Nabi Ismail. Betapakah sedih dan pilunya Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.
Namun firman dan perintah yang diyakini daripada Allah itu hendak dilaksanakan jua. Betapa kuatnya iman seorang anakanda tunggal menyatakan kepada
ayahandanya agar tidak teragak-agak untuk melaksanakan firman Allah dengan sabar, cekal dan dijanjikannya 'Insya-allah anakanda jua akan sabar ketika diqurban.
Nabi Ibrahim bersyukur akhirnya menyambut anugerah daripada Allah iaitu bebiri diqurban dan bukan anakandanya.
Jika kita dapat menghayati betapa besar pengorbanan SitiHajar, pengorbanan Nabi Ibrahim serta Nabi Ismail, tentulah qurban lembu/kambing membawa erti besar. Jika tidak qurban itu hanya satu amalan biasa dan pengagihan daging adalah sedekah biasa sahaja.

Imanmysara

JOM NAIK BAS....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......

"Orang yang asyik mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan daripada kawan"

Hari ini kita hendak naik bas.....hooooray! hoooorayyy! Terlompat-lompat kanak-kanak girang kesukaan. Cikgu...cikgu saya tak pernah naik bas....tak sabar nak rasa macam mana naik bas. Ok ...aku tumpang teruja melihat anak-anak kecil yang sedang keseronokan. Sedang kami merancang program untuk jalan-jalan naik bas tiba-tiba ada seorang murid mengangkat tangan. Cikgu saya tak nak ikut.....sejak kecil saya tak pernah naik bas. Buat apa naik bas...bersesak-sesak, lambat dan orang miskin je akan naik bas tu. Suaranya menyebabkan suasana senyap seketika. Mood gembira hilang ditiup angin. Mata aku memandang ke arah wajah anak-anak lain yang tadinya gembira bertukar menjadi duka...












Hisssh.....hati aku menjadi sebal tetiba.....sabar...sabar... akukan guru kaunseling....senyum....senyum.....Mujur aku dapat mengawal diri kalau tak memang rasa nak plaster aje mulutnya. Aku meneruskan taklimat tentang program kami dan mujur semua murid lain masih ingin meneruskan pengalaman menaiki bas walaupun aku lihat murid tadi cuba mempengaruhi rakan-rakannya yang lain agar tidak turut serta.
Tepat pukul 8.00 pagi, sebuah bas tiba di hadapan pagar sekolah. Murid-murid beratur untuk menaiki bas dan menjerit kesukaan kerana hanya sekolah kami sahaja yang akan menaiki bas tersebut untuk menuju ke destinasi. Dengan tempat duduk yang selesa, pemandu bas yang peramah dan boleh tahan kacak....hahaha...dan bas itu dilengkapi dengan air cond lagi. Wahhhh!!!!!....terbit rasa kagum daripada murid-murid yang tidak pernah naik bas. Mata aku mencari seorang muridku yang aku tahu ayahnya boleh dikatakan sangat berada. Mukanya tenang dan dia duduk di tepi tingkap bas....mata kami bertembung dan dia tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya tanda seronok....Setelah puas dibawa mengelilingi kawasan baru yang akan dinaiktaraf, kami dihantar kembali ke sekolah. Anak murid aku yang ayahnya seorang hartawan tadi datang dan memegang tangan aku....Terima kasih cikgu kerana memberikan pengalaman baru buat saya.
Sampai di bilikku...dengan perasaan ingin tahu aku mencapai fail untuk melihat butiran murid yang menol
ak untuk mengikuti program ini. Pekerjaan bapa...buruh....ibu...surirumahtangga..alamat ....bukan kawasan taman perumahan....Hisssh...aku kira dia anak orang berada sehingga memandang rendah kepada orang yang menaiki bas......





Imanmysara

Saturday, October 30, 2010

BUDI SEBATANG POKOK

Salam sayang teman-teman dan anak-anak sekalian,


"Tidak semua yang kita inginkan, mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

Cerita mengenai sebatang pokok menerjah dalam minda untuk dikongsi bersama. Setiap hari membuka pintu dan ternampak pokok itu, hati terasa sangat terhutang budi. Teringat sekilas peristiwa beberapa tahun lalu. Naluri ibu mengandung ingin makan buah mangga. Mencari dan dapat tapi ingin makan lagi. Kebetulan ada insan yang baik hati membawa beberapa biji buah mempelam....kecil, berwarna kuning dan sangat mengkal. Buah itu mengeluarkan bau yang boleh menyebabkan air liur menjadi cair. Walaupun hanya beberapa biji, perasaan tidak sabar untuk menikmati keenakan buah itu menyebabkan kereta dipandu laju untuk segera sampai ke rumah. Kalau makan dengan kuah rojak pasti bertambah enak...
Sampai dan belum sempat masuk rumah, tangan terus mencapai buah dan terus makan. Terlupa kuah rojak...setelah siap terus bijinya dibuang ke luar pagar.....alamak tak bersivik la.
Dengan izin Allah, biji dibaling tumbuh menjadi pokok, menghasilkan buah yang lebat dan enak. Setiap kali menikmati keenakan buah ini, budi
insan itu akan sentiasa dikenang dan setiap kali berkongsi buah-buah ini dengan teman-teman, cerita budi seorang insan akan disampaikan.

Benarlah kata orang, walaupun hancur badan dikandung tanah....budi yang baik dikenang jua. Jadi anak-anak berbuat jasa dan menabur budi selagi kita masih dikurniakan kesenangan.

Selama manapun kita hidup, berjasalah! Supaya kita ‘hidup’ untuk beratus-ratus tahun lagi. Semoga kita hidup dengan petunjuk Allah.

Imanmysara









Thursday, August 5, 2010

WARNA.....OH...WARNA...2

Salam sayang semua.. Salam pagi Jumaat...terutama teman-teman yg berskala hijau & tak lupa buat Ana B....terimakasih kerana masih sudi bersama saya..


Untuk dikongsi bersama....
KUNING + BIRU = HIJAU

Bukti yang menunjukkan keadilan ALLAH yang menjadikan alam ini dengan penuh keadilan. Tumbuh-tumbuhan dicipta dengan warna kehijau-hijauan. Tumbuh-tumbuhan pula memerlukan cahaya (KUNING) dan air (BIRU) untuk hidup.....

Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air dan tumbuhan-tumbuhan hijau" merupakan benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam Surah Al-Insan di dalam Al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah memakai sutera hijau yang bagus sekali.

Perasaan iri hati pula teman-teman sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.

LAGI INFO YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA:-

  • Kajian telah mendapati bahawa warna hijau dapat meningkatkan kebolehan membaca.Pelajar hanya perlu meletakkan sehelai kertas surih berwarna hijau di atas bahan bacaan dan didapati ia boleh meningkatkan kelajuan membaca.

  • Pada abad ke 15, warna hijau dikaitkan dengan kesuburan dan ia adalah warna kegemaran bagi pakaian pengantin pada masa itu.

  • Warna hijau juga digunakan dalam dekorasi rumah untuk mencipta mood tenang. Sebagai contohnya bilik menunggu banyak menggunakan rona hijau dalam hiasannya untuk memastikan tetamu lebih relaks.

  • Hijau telah dikenalpasti sebagai warna yang dapat mengurangkan tekanan /stress dan juga warna yang dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.Bagi yang bekerja dalam persekitaran hijau, didapati kurang mengalami masalah sakit perut.
Atas permintaan kalian ini adalah personaliti skala HIJAU.....

1. Akan sentiasa berdasarkan teori.
2. Selalu ingin tahu
3. Agak kompleks
4. Suka pada falsafah
5. Orang yang panjang akal
6. Selalu tenang
7. Sabar
8. Berpengetahuan luas

Sampai jumpa lagi.
Imanmysara


Tuesday, July 27, 2010

WARNA OH.....WARNA

SALAM SAYANG TEMAN.....HARAP SEMUA DALAM MOOD YG BAIK HARI INI...INGAT YE..KITA SEMUA BERHAK UNTUK BERASA GEMBIRA..
rainbow Pictures, Images and Photos

Warna....semua orang ada pilihan warna masing-masing.Kadang-kadang kita ketawa apabila kita lihat orang mengecat rumah mereka dengan warna ungu gelap dicampur orange. Tapi itu la kuasa warna yang boleh menawan hati setiap manusia. Pilihan warna saya ialah BIRU...dari kecil sya suka warna biru. Sya pasti ramai yang mempunyai pilihan warna sama seperti sya. Semua barang-barang sya, terutama baju mesti nak warna biru....Secara kebetulan rumah sukan sekolah pun sejak dari dulu asyik rumah sukan biru..Sya suka tgk laut...berjam-jam sya boleh duduk di tepi laut TELUK CEMPEDAK melihat cantik & birunya air laut.



Kanak-kanak pula kalau dilihat akan menyukai warna merah...dalam banyak-banyak Power Rangers merah la menjadi pilihan. Bagi yang sudah berkeluarga...bagaimana nak menetapkan warna tema pakaian hari raya, warna dekorasi rumah....warna kereta....kalau sepakat memanglah berkat tetapi bagaimana pula kalau ahli keluarga yang mempunyai pilihan warna yang rencam....mungkin agak bermasalah...Bagi pasangan romantis yang akan merancang majlis...pilihan warna juga menjadi keutamaan...Bagi golongan perempuan...warna sgt penting...warna baju harus disuaipadan dengan warna tudung....warna kasut...warna handbag...Issh......rumit juga. Kalau hendak kata pemilihan warna boleh diabaikan...ada ke orang yg hendak memakai pakaian campur-campur warnanya seperti warna ice cream Paddle Pop.

ice cream Pictures, Images and Photos


Namun ada yang mempunyai cara yang bijak menangani keputusan memilih warna.. Itu la kuasa warna dalam kehidupan kita.

Bagaimana pula warna menurut Islam... perkataan Laun dalam bahasa arab membawa maksud warna dan perkataan Alwaan membawa erti warna-warna.Perkataan Alwaan disebut 7 kali iaitu pada Surah an-Nahl ayat 13 dan ayat 69. Surah ar-Rum ayat 22, Surah Fatir ayat 27 (2 kali) dan ayat 28 dan Surah az-Zumar ayat 21.
Fakta menarik mengenai warna yang ingin sya kongsi bersama ialah mengenai INVENTORI PERSONALITI WARNA (Colour Personality Inventory) IPW oleh Sidek Mohd Noah (2004). Ini adalah satu inventori yang mengandungi 100 item dan mempunyai format jawapan “Ya atau Tidak”. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatan nya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala emas, hijau, biru dan jingga.
Wah!!!...setelah sya mengambil ujian tersebut ternyata saya tergolong dalam individu JINGGA.
Yummy Oranges Pictures, Images and Photos

Apa tafsirannya orang JINGGA ini....:-
1. Tidak suka peraturan ...(/)
2. Adventures (/)
3. Spontan (/)
4.Gopoh tetapi bersemangat (/)
5. Berani (/)
6. Suka pertandingan (/)
7. Suka aktiviti bahaya & seronok (/)
8. Berkemahiran (/)


Ohhhh......semua ciri-ciri ini ada pada diri saya....Ok...sya terpaksa lupakan BIRU dan beralih ke JINGGA......Bagi teman-teman yang belum mencuba ujian ini...cubalah untuk mengetahui warna diri kita...

Salam sayang.
Imanmysara


Thursday, April 29, 2010

IMAN MYSARA ~ 1



Tanganku kemas memegang kotak pensel warna. Sesekali kepala menjengah bas sekolah yang sepatutnya datang. Bunyi suara kawan-kawan agak membingitkan telinga. Aku tidak ambil endah apa yang terjadi disekeliling.....siapa yang lalu lalang di hadapan aku juga aku tidak kisah. Aku mesti balik awal. Ada perkara yang ingin aku sampaikan kepada ibu. Rambut aku yang diikat dua oleh ibu pagi tadi sudah nampak agak kusut. Aku juga tidak peduli. Masih terbayang-bayang di mata ku pensel warna Sherina yang sangat besar dan kotaknya juga sangat cantik. Aku melihat kotak pensel warna aku ......sudah buruk...ada kesan koyak kerana basah terkena hujan. Pensel warna aku pendek dan hanya ada 12 batang. Aku dengar pensel warna Sherina dibeli oleh ayahnya semasa melancong ke luar negara tapi kata Aisyah pensel warna macam itu ada di jual di sini. Aku kira ada 72 batang semuanya. Cikgu Fauziah guru matematik kata 72 lagi banyak daripada 12. Aku nakkk....aku mesti minta ibu belikan. Lagipun minggu depan ada pertandingan mewarna. Aku suka mewarna.
Bunyi hon yang kuat mengejutkan aku....cepat-cepat aku mencapai beg dan terus meluru ke arah bas. Aku duduk dan kotak pensel warna aku genggam kemas. Hati aku sudah tak sabar. Tekak ku amat haus tapi tak apa lah aku perlu balik segera. Dalam bas aku tersenyum apabila membayangkan kotak pensel warna besar ada dalam beg aku.
Sampai di rumah aku terus melompat turun.....ibu....ibu......aku menjerit memanggil nama ibu. Senyap. Aku membuka kasut dan meletakkan beg di tepi dinding. Bau ikan masin kuat menusuk hidung. Ibu pasti di dapur memasak. Ibu tersenyum sambil tangannya laju membasuh pinggan. Aku nampak muka ibu seperti tidak sihat. Bau minyak angin menyengat apabila aku duduk berhampiran ibu. Aku terus menyatakan hasrat untuk memiliki pensel warna besar kepada ibu. Ibu hanya memandang wajahku....kosong dan senyumannya juga tidak semanis biasa. Sambil menggangguk kepala perlahan ibu bersetuju dengan permintaan aku. Wah......hati aku girang.Ibu kata dia akan siapkan tempahan baju hari ini untuk mendapatkan duit.
Sambil mandi aku menyanyi lagu Anak Itik Tok Wi yang di ajar oleh guru muzik tadi. Semasa berjalan ke arah bilik , aku nampak ibu duduk di atas katil sambil melumurkan minyak panas ke badannya. Muka ibu berkerut-kerut menahan sakit. Mulut aku ternganga...ibu sakit rupanya.Aku nampak ibu bangun perlahan-lahan mengambil bungkusan baju dan gunting. Ibu.......aku peluk ibu kuat-kuat.Airmata aku mengalir laju. Hingus yang keluar aku kesat dengan lengan baju. Ibu aku tak jadi lah nak beli pensel warna. Pensel warna aku yang lama masih boleh digunakan.
Pagi itu...aku masih menggenggam kotak pensel warna aku.......aku berazam aku akan warna cantik-cantik semasa pertandingan nanti. Mata aku merenung barisan pensel warna....pendek dan sedikit tetapi warna merah kalau panjang tetap warna merah.

oleh :

~ Iman Mysara~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails