Salam Maulidur Rasul kepada semua.Marilah kita sama-sama meraikannya serta menghayati apakah makna hari ini. Maulidur Rasul iaitu hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad saw. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin,12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah swt. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Alhamdulillah..... bagi teman-teman dan anak-anak yang telah melaksanakan perkara baik pada hari ini.
Salam Maulidur Rasul cikgu.
ReplyDelete