Masuk ke kelas hujung kadang kala menuntut kita lebih berfikir dan sentiasa berusaha mendalami masalah yang melanda mereka. Aku lihat ramai yang takut-takut untuk memberi pandangan. Masih rendah diri dan selalu merasakan diri bodoh dan lemah. Sangat kurang motivasi.
Ok hari ini kita berkongsi cerita dengan cikgu...nak tak? Kita cerita pasal cita-cita. Aku mula membimbing agar mereka lebih berkeyakinan untuk bercakap. Rata-rata memberi maklum balas kerjaya yang biasa dan ada yang tidak pasti mahu jadi apa bila dewasa. Ada pula yang hanya ingin mewarisi pekerjaan bapa yang memerlukan perahan tenaga yang kuat. Namun ada seorang yang menarik hati aku apabila dia mengangkat tangan. Cikgu...saya nak jadi doktor. Haahahahhahaha....deraian ketawa kawan kelas membuat muka dia merah padam. Sains pun tak lulus berangan nak jadi doktor.....ejek kawan-kawan. Aku menenangkan kelas dan menjadikan semangatnya sebagai contoh. Pantas fikiran ku menerawang pada satu insiden sewaktu membawa ibuku seorang cikgu pencen ke hospital. Cikgu....cikgu tak kenal saya...sapa seorang doktor muda yg kacak. Ibu asyik memandang....siapa? Saya Adi la cikgu (bukan nama sebenar...kalau nama sebenar pun takpe kan dah jadi doc) . Adi?...aku lihat mata ibu bulat besar.....hey...macamana boleh jadi doktor...bukan ke dulu awak tak pandai baca...Doktor itu senyum.. terima kasih cikgu kerana bimbing saya. Aku pandang pada muka murid tadi...mungkin dia ini bakal doktor.......
ANALISIS MINAT KERJAYA HOLLAND
(Ujian Self-Directed Search (SDS))
Enam kelompok kerjaya manusia iaitu:-
a. Realistik - Persawatan, Sains, Penghitungan, Kerja Luar
b. Investigatif - Sains
c. Artistik - Muzik, Seni, Sastera
d. Sosial - Khidmat Sosial, Daya Pujuk
e. Enterprising- Penghitungan, daya pujuk dan khidmat
sosial
f. Konvensional - Penghitungan/kira-kira
Jawab 160 soalan Ya/ Tidak dan ambil 3 jenis minat kerjaya yang tertinggi. Jemput datang ke bilik kaunseling, cikgu bantu kamu dalam ujian ini. Bagi anak-anak lain...jumpa dengan kaunselor kamu untuk ambil ujian ini.
No comments:
Post a Comment