Pages

Showing posts with label tabiat buruk. Show all posts
Showing posts with label tabiat buruk. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Pergi Jauh Jauh Tabiat Buruk...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Hai..mengapa aku ada tabiat buruk?....ye la aku kan manusia biasa yang tak sempurna.....


Mesti pernah kan kita menangguh-nangguhkan kerja....Pastu bila nak dihantar...kelam kabut menyiapkan...tapi siap tau...kalau nasib baik ...hasilnya amat cemerlang...kalau tak....bersedia la untuk kena marah.Ada juga yang boros...semua nak beli.Sentiasa berfikiran negatif juga tidak bagus.Agak-agak kalau aku tanya...mesti ada antara you oallss yang ada pelbagai tabiat buruk...Sebenarnya ada beberapa tips untuk membuang tabiat buruk :-
a) Kamu mesti mengakui - tabiat buruk yang ada pada diri kita akan menyekat kemajuan.
b) Selalu bertanya pada diri - Tulis tabiat buruk dan tanya diri perlu tak sikap diubah.
c) Tetapkan masa- Tetapkan masa/tempoh untuk berubah...biasanya 21 hari.
d) Mulakan tabiat baru yang baik - kontra dengan tabiat buruk.
e)Minta nasihat/idea- Dapatkan daripada orang yang pakar
f) Jangan putus asa - Sekiranya tabiat buruk masih ada....teruskan berusaha...
Bye...aku nak siapkan semua kerja awal.....nak buang tabiat buruk niiii....tapi movie kat TV best le plak....jap eh....hehehehehe...jap la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails