Pages

Showing posts with label program sekolah. Show all posts
Showing posts with label program sekolah. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Buletin Sudah Siap.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan....

Alhamdulillah....akhirnya siap juga buletin edisi 2..setelah tertangguh kerana memberi keutamaan pada tugasan lain....dapat juga diterbitkan....Meeting awal PIBG menyaksikan aku dilantik menjadi ketua editor bagi buletin PIBG sekolah...erkkkk....kerja lagi....tapi sebab minat dalam bab menulis so aku pun tidak le menolak dan bermula le episod aku mencari bahan bagi setiap keluaran buletin untuk dikongsikan dengan ibu bapa.....Ye la cerita tentang program sekolah perlu dimaklumkan kepada mereka....agar dapat mereka menyumbangkan idea dan tenaga....
Kalau selalu setiap kali singgah membeli pisang goreng pasti ada suara ibu bapa yang bertanya......cikgu sekolah ada program apa ye bulan ni.......dengan adanya buletin ini hanya suara mak cik jual pisang goreng je bertanya....nak berapa ringgit cikgu......ye la parents dah dapat info dari buletin.....Hehehehe......aku juga yang tulis info tu kan....

Tuesday, May 17, 2011

Apa Yang Penting ? Kerjasama....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Pengumuman ye.....pertandingan memasak, menggubah buah dan rekacipta antara guru-guru akan diadakan. Pasukan guru akan diagihkan mengikut aliran.

Siapa kata lelaki tak terror kat dapur.......
Menu dan gubahan hendaklah berasaskan ayam dan tembikai.Selepas mendapat tahu....cikgu-cikgu semua duduk berbincang apa nak buat...syhhhhhhh...rahsia jangan sampai kumpulan lain tau...
Pengadil sedang menilai.....
Pelbagai persiapan dibuat...set pinggan mangkuk dalam almari hiasan kena keluarkan, menu sudah dipilih....dan bila tiba harinya gelagat yang rencam dapat dilihat.
Tekun menyiapkan masakan.....20 minit lagi ye cikgu...
Nak ketawa pun ada tapi...bila melihat kerjasama antara kumpulan minda terus terbayangkan murid-murid kita apabila disuruh duduk bekerja dalam kumpulan bagi menghasilkan sesuatu projek atau tugasan.
Senyum....masakan kami dah siap
Kadang kala kita ni sebagai guru terlupa apa yang kita gariskan kepada murid -murid supaya tidak dilakukan semasa bersama dalam kumpulan, dilakukan oleh kita semasa dalam kumpulan.

Kerjasama antara ahli amat penting....
Mungkin terlepas pandang...ye la guru pun manusia biasa...Keuntungan dari bekerja dalam kumpulan ini ialah kerja boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Sedikit tips...
Setiap waktu lebih dari satu orang bekerja sama untuk menyelesaikan suatu masalah biasanya lebih cekap. Tidak akan timbul rasa ingin menunjukkan dia yang paling bagus dalam kumpulan kerana jika seorang sahaja yang ingin menyerlah kumpulan  itu tetap tidak akan berjaya.
Tahniah kepada pemenang dan apa yang penting.....kerjasama...

Saturday, April 2, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Dan Anugerah Kecemerlangan

Salam sayang anak-anak dan teman-teman. Reputasi kita ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita. Sikap dan peribadi kita ialah penilaian orang tentang kita. Esok semua kena pakai baju batik tau...Mesyuarat Agung PIBG..
Ramai ibu bapa tidak melepaskan peluang hadir...ada yang ingin mendengar perbahasan usul dan berkongsi idea, ada yang hadir untuk melihat anak-anak mendapat anugerah dan ada yang datang untuk menyaksikan bakat anak-anak mengadakan persembahan...

Huiiii! best tahun ini ada pemilihan/lantikan AJK baru. Tahniah kepada YDP PIBG baru SK Sri Skudai. PM Dr Yahaya B Md Sam, semoga dapat mencurahkan ilmu kepada sekolah kita dan juga NYDP PIBG SK Sri Skudai En Nordin B Japeri.....khidmat tenaga dalam pembangunan sekolah amat diperlukan.So aku yang sudah 2 tahun menjadi AJK dapat jua bersara....hahahaha...seronoknya...tak putus-putus aku mengusik kawan-kawan yang belum dilantik. Senyum lebar aku hari itu...Majlis berjalan lancar, mesyuarat diisi dengan pembentangan laporan tahunan, kewangan.

Idea-idea bernas untuk kecemerlangan juga dikongsi bersama. Masa penyampaian cenderahati untuk AJK lama....sebaik nama aku dilaungkan...dengan penuh yakin aku naik pentas dan hati aku berbisik....yahuu!!!...sambil tersenyum guru besar berbisik....tahun ini awak jadi AJK lagi tahu...kaunselor kena ada dalam AJK PIBG...Oh...ye ke...muka manis bertukar masammmm..........dan teman yang aku usik tadi mukanya bukan main manissss lagi......
; (


Tuesday, March 29, 2011

Pra Mesyuarat Agung PIBG......Semua Gerakkkk!!!


Salam sayang anak-anak dan teman- teman......Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

latihan tarian
Setiausaha PIBG dan Setiausaha program









Kena menulis nih....
Semua cikgu sibuk hari ini....ke sana ke sini dengan tugasan yang diamanahkan. Memastikan persiapan untuk Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang.
Ada yang bersungguh-sungguh membuat persiapan rapi sehingga tiada masa untuk berbual mesra....murid-murid pun turut sama membantu.
Menyusun kerusi, membuat latihan persembahan bersama guru yang bertanggungjawab melatih, membantu guru-guru menyusun hadiah dan sebagainya.


AJK Hadiah..

AJK Sijil

 Semua guru komited dengan tugasan masing-masing. Agaknya mereka akan rasa malu bila tugasan yang diberi tidak dilaksanakan dengan sempurna. Tiada kedengaran rungutan dan alasan meskipun kurang sihat....masih jua membantu.
Bagus....bagus...budaya kerja cemerlang tu...Seperti sedia maklum Guru Kaunseling akan dilantik menjadi setiausaha. Tau aje la kan kerja setiausaha....Apa pun aku berharap semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar....

Tuesday, March 1, 2011

RIMUP ~ Bersama-sama Di Meja Makan

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Komunikasi adalah sesuatu perbuatan yang mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya menggunakan perkataan yang mudah.
Program RIMUP- Sambutan Tahun Baru Cina di SJKC Pu Sze
RIMUP ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai.
Bergabung semua guru dari 4 buah sekolah kelompok
RIMUP memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan aktifnya dan positifnya. Sebanyak RM1500.00 diperuntukkan bagi setiap sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Baru-baru ini SK Sri Skudai telah diundang oleh SJKC Pu Sze untuk aktiviti RIMUP iaitu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina... 10 orang guru termasuk Guru Besar dan GPK dan 10 orang murid terlibat.
Jom makan.....
Makanan yang disaji enak-enak...berbual mesra dengan guru-guru cina dan guru-guru melayu yang mengajar di sekolah cina. Murid-murid beramah mesra dengan rakan-rakan baru. 
Barisan guru SK Sri Skudai yang turut serta dalam Program RIMUP
Menyaksikan persembahan nyanyian lagu-lagu cina....walaupun tak faham tetapi bila tengok orang tepuk...tepuk juga le..
Terkenang semasa bersama rakan-rakan Program Master Kaunseling
Majlis pemberian ang pau kepada murid-murid adalah saat yang ditunggu-tunggu. Mengikut kata cikgu Noor (dia ni fasih betul berbahasa cina)...cikgu bujang pun dapat...isshh...tersenyum le cikgu bujang sekolah SK Sri Skudai.
Semua guru dan murid SK Sri Skudai
Masih menyanyi lagu yang cikgu kaunseling kurang faham tapi mungkin lagu Selamat hari Raya version cina...mata sudah melantuk... ( apa aku merepek ni ). Oleh kelana menghormati majlis...sebab dah makan sate bercucuk2 dan nasi beriani kena la tunggu sampai majlis selesai...
Terima kasih SJKC Pu Sze...
谢谢 谢谢你
谢谢 (xie xie) [pronounced.. she-eh she-eh]

Monday, January 10, 2011

CIKGU JGN LA MARAH...SAYA KAN MURID BARU.....

Salam sayang sayang anak-anak dan teman-teman.....Selamat datang ke sekolah...semua murid-murid kecil tahun satu....
Belajar cara-cara berbaris dengan betul

Ucapan selamat juga kepada Cikgu Liz, Cikgu Wani, Cikgu Zizo dan Cikgu Halim kerana anak mereka masuk sekolah tahun ni.Seperti biasa....wajah mereka sangat comel dan polos...mungkin belum melakukan salah laku...fail disiplin masih bersih...





Sedang asyik mendengar penerangan guru-guru kelas
 Unit Transisi SK Sri Skudai saban tahun melakukan beberapa aktiviti dengan nawaitu supaya semua murid baru dapat dicorak dengan nilai-nilai baik semasa di sekolah.

Cikgu tolong saya nak beli makanan

Aku sebagai kaunselor kena la sama-sama memainkan peranan ....slot untuk aku sudah pasti ada...Penyelaras tahun satu...awal-awal lagi telah bagi tarikh...


Basuh tangan....baca doa...baru makan ye...
Dalam proses menyesuaikan diri...ada la beberapa perkara yang dibuat di rumah....diamalkan di sekolah.....menjerit-jerit sesuka hati....cakap dengan volume yang kuat.......berlari-lari seperti atlet di padang dan yang paling pelik...asyik ke tandas aje.....
sabar sayang.....jangan menangis.......




Nak suruh senyap memang la senang......dengar jerkahan daripada guru disiplin...semua senyap tapi kira...1....2....3...la bising balik....

Sedang melukis wajah sendiri...















 Perkara yang paling tak boleh diterima bila mereka panggil cikgu dengan panggilan makcik....Makcik...makcik...ini buku saya.....issh jgn panggil makcik...panggil cikgu.....Matanya berkelip-kelip....air mata sudah bertakung.....jgn la marah.....saya kan murid baru.....uwaaaaaahhhhhhhh!!!!!!

Thursday, November 25, 2010

Sudah Dewasakah Aku?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, muhasabahlah dan semak dirimu sendiri"


SK Sri Skudai telah mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran PIBG sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program berkhatan. Tahniah kerana berjaya melawan perasaan takut dan gementar walaupun kalian dimomokkan dengan berbagai versi cerita yang menakutkan. Tahniah!! Persoalannya sudah dewasakah aku????



Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.



Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.
Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan di mana kulit pada hujung zakar @ penis dibuang.
Di Malaysia selalunya dilakukan atas sebab agama, di mana agama Islam menyuruhan kanak-kanak Islam dikhatankan sebelum mereka akhil baligh. Namun begitu sekarang ini terdapat juga mereka yang bukan Islam juga berkhatan atas sebab kebersihan & kesihatan.

Kebaikan berkhatan :

1.Bersih – penis yang telah dikhatan lebih mudah dicuci dan dijaga kebersihannya.
2.Mengelakkan jangkitan kuman pada sistem urinari (kencing). Mereka yang tidak berkhatan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada sistem urinari sebanyak 10 kali ganda berbanding mereka yang berkhatan.
3.Menurunkan risiko mendapat kanser penis.
4.Menghindar dari Phimosis. Phimosis adalah keadaan dimana pembukaan pada hujung kulit penis itu terlalu kecil sehingga menyusahkan untuk kencing. Kadang-kala keadaan ini akan mengakibatkan jangkitan kuman dan inflamasi pada penis.
5.Mengurangkan risiko mendapat penyakit jangkitan seks. Mengutamakan seks yang selamat adalah sangat penting. Namun begitu risiko mendapat jangkitan seks di kalangan mereka yang berkhatan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak berkhatan.
6.Mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV.


Risiko berkhatan :
Kesakitan : semasa pembedahan, kebiasaannya bius akan diberikan secara suntikan pada pangkal zakar. Ini akan menyebabkan kesakitan. Semasa pembedahan kebiasaannya tidak merasakan kesakitan. Selepas pembedahan akan merasakan kesakitan sehingga lebih kurang 8 jam.

Risiko pembedahan : risiko seperti perdarahan dan jangkitan kuman boleh terjadi walaupun keadaan ini jarang berlaku.

Penjagaan selepas berkhatan :

1.Jangan bergerak terlalu banyak.
2.Jangan basahkan pembalut yang membalut penis @ zakar.
3.Adalah kebiasaan sekiranya terdapat perdarahan yang sedikit pada hujung zakar. Sekiranya perdarahan sehingga darah menitik-nitik bawalah berjumpa doktor semula.
4.Kebiasaannya selepas lima hari luka khatan akan kering dan boleh kembali melakukan aktiviti seperti biasa.
5.Pantang – dari segi perubatan tiada pantang dari sebarang makanan. Namun begitu sekiranya tidak mahu memakan makanan laut dan sebagainya, itu terpulang kepada anda sendiri.

Terima kasih untuk insan yang sudi memberi aku menjamah pulut kuning sempena majlis ini. Sedapp...

Imanmysara


















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails