Pages

Showing posts with label program kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label program kemerdekaan. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia .....

Assalamualaikum.....
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Kibarkan jalur gemilang.....semangat
Hari ini 16 September.......kita cuti. Bila sebut cuti tentulah ramai yang suka. Dah buat plan awal.....ada yang nak ke rumah terbuka, buat rumah terbuka dan bercuti/berehat.  

Hari Malaysia disambut pada hari ini setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada
16 September 1963.
Aku pun bersama-sama dgn rakan pun meraikan Hari Malaysia
Ia terdiri dari Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

Kaum India tidak ketinggalan......1 Malaysia
Mulai tahun 2010, Hari Malaysia  merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Hooraayyyy....best.

Nyanyian 1 Malaysian song.....
Oleh kerana cuti......boleh la kita duduk di rumah atau bersiar-siar bersama keluarga sambil menghayati makna sebuah negara Malaysia.

Deklamasi sajak patriotisme........
Sejak kecil semua rakyat sudah pandai nyanyi lagu Negaraku....
Negaraku.....tanah tumpahnya....darahku.....

Tuesday, August 31, 2010

MEDEKA....MERDEKA...MERDEKA

jalur gemilang Pictures, Images and Photos



Salam sayang teman-teman dan anak-anak.....
MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53....
persoalannya sudah merdekakah kita?

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH.

Sambutan di adakan di dataran kejat dirasmikan oleh Tn Guru Besar dengan memotong riben Satu Malaysia. Laungan merdeka dan nyanyian lagu patriotik menyemarak lagi suasana sambutan Hari Kemerdekaan.



Murid-murid menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.



Bila tiba Hari Kebangsaan teringat masa kecil-kecil dahulu. Sambutan dahulu kurang meriah berbanding sekarang. Mungkin kesedaran rakyat untuk mengibarkan bendera agak kurang. Aku masih ingat lagi semasa sambutan Hari Kebangsaan, aku begitu teruja untuk menyaksikan perarakan sempena sambutan tersebut. Berwarna-warni, perbarisan yang melibatkan ramai orang yang memakai pakaian seragam yang cantik.Pertunjukan udara yang membuat leher aku sakit kerana terlalu asyik mendongak. Barisan kereta kebal yang membuat aku memasang angan-angan untuk memandunya. Bila lagu Negaraku berkumandang...aku akan buka mulut besar-besar untuk menyanyi...biar semua orang dengar suara aku...walaupun tidak lah sedap mana. Kadang-kadang rasa macam nak raya pulak. Aku tanya ayahku....mengapa Hari Kebangsaan kita tak buat macam Hari Raya. Semua kaum menyediakan juadah masing-masing dan bolehlah kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan beraya dari rumah ke rumah sambil mengibarkan bendera.Kawan-kawan semua sudah bersedia untuk berarak dengan basikal di kawasan perumahan dengan mengibarkan bendera. Aku juga membuat persiapan...mengadap emak untuk minta duit beli bendera. Bendera yang ada hanyalah berharga 30sen....dibuat daripada plastik dan dalam batangnya ada gula-gula berwarna-warni... Apapun semangat patriotik telah berjaya kita semaikan dalam generasi baru.....buktinya....Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat.SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
DARIPADA SEMUA WARGA SK SRI SKUDAI...


Imanmysara














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails