Pages

Tuesday, October 2, 2012

Seminar Keselamatan Kanak-kanak...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah yg menyebabkan benih dapat disemai. Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapa dan guru bagaimana dan cara hendak mencorak,mewarna, membentuk kanak-kanak tersebut sama ada nak jadi Nasrani, Majusi atau Yahudi.
Cikgu kaunseling dan cikgu disiplin perlu menghadiri Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga.Seminar ini amat bagus kerana yang berkongsi ilmu ialah wakil JKM, PDRM dan doktor.

Ruang yang terbuka agak panas tapi oleh kerana banyak input yang diterima maka aku dan Kak Ton duduk mendengar apa yang disampaikan.Sesekali kami berbisik dan bercerita tentang tugas masing-masing. Bila diberi rehat, kami terus mencuci mata di kedai berhampiran sambil minum Coolblog...waduh nyaman betul.Aku dan Kak Ton tidak melepaskan peluang melihat pameran.....Wah! banyak broshur / pamplet untuk aku bawa balik ke bilik kaunseling aku.
Rata-rata bahan pameran berkisar mengenai gejala sosial yang melanda manusia sekarang. Aku selalu rasa manusia sekarang jadi begitu kerana otak sudah rosak kerana banyak makan jajan... Ini Kak Ton....akak yang baik hati dan suka betul ketawa....Tempat saya bertukar-tukar idea.Ni dia sedang mengumpul semuaaaaa broshur kat booth pameran....Akak nak letak dalam bilik kaunseling akak....Heheheheh.....saya pun nak kumpul gak la....akak.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails