Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....haisshhhhhh.....semput rasa....letih lum hilang dari tugasan sofbol....kena dok padang lagi...Sukantara pula....aku kena sumbangkan tenaga kerana banyak kali minta excuse semasa latihan rumah sukan.....muka ketua rumah dah lain macam....Sorry yek Arnizam...aku janji akan tolong bila pertandingan sofbol selesai.
Hari ini, aku berjemur lagi...membantu apa yang patut....memberi semangat kepada murid-murid kecil. Agak menyentuh hati bila ada antara murid tidak dapat menyertai acara kerana setiap acara menghadkan hanya beberapa peserta sahaja....Ini bermakna yang kuat sahaja yang akan diberi peluang....yang tak kuat, berbadan besar,berbadan terlalu kecil....akan duduk ditepi padang memandang dengan wajah penuh harapan untuk turut sama....Sebagai seorang kaunselor mungkin hati aku/cara aku berfikir agak berbeza....naluri kemanusiaan aku sangat tinggi.....Tak salah aku rasa sekiranya golongan ini diberi peluang mencuba.....biar pun kita tau mereka tidak akan menyumbang point....motivasi ni akan membina semangat dalam hati mereka dan membantu mereka untuk tidak merasa rendah diri....Cikgu-cikgu setiap rumah bertungkus lumus memberi semangat untuk peserta masing-masing. Perang manja sudah bermula.....hahahaha.....cikgu rumah hijau sudah marah dengan cikgu rumah kuning, cikgu rumah biru tak puas hati dengan cikgu rumah merah, begitu le......seronok tengok....perang manja-manja ni....comel....
Sedang sibuk tetiba handphone berbunyi.... Pn Kaunselor.....sila siap sedia sebab Mr. PPD nak datang memantau bilik puan.....Haaahhhh!!!!....terduduk aku........ni le saat yang aku tunggu-tunggu untuk pegawai PPD melihat hasil usaha aku selama ini. Aku sepatutnya happy tapi bila lihat diri yang berpeluh-peluh....seluar kotor kene selut.....aku jadi susah hati.Aku berlari ke bilik aku......rak semua berhabuk....seminggu aku tinggalkan untuk menumpukan pada sofbol....carpet belum vakum......Aku nak tunjukkan yang terbaik tapi......aku mula menangis..... :(
Tuan PPD ........tolong saya....
No comments:
Post a Comment