Pages

Saturday, May 12, 2012

Minggu Ini - Masa Bertanding Bermula

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....jom le singgah jap kat sini....sambil dok rehat-rehat tu baca le entri aku....jom teman aku........berdebar-debar ni.... minggu ni aku masih lagi menjadi busy mummy.....Rabu....9 Mei 2012,perlawanan sofbol bermula. Boleh ke aku dan players kesayangan mencapai target untuk menjadi johan. Latihan sudah cukup, semangat murid juga tinggi....Awal-awal lagi mereka bagitau aku nak jadi johan. Pepagi lagi aku dah duduk bersama dengan mereka. Bagi tips akhir sebelum mereka beraksi di padang.

Mereka bermain amat baik awal pagi.....aku yang jadi coach masa game berdiri di sudut padang.....cukup bangga dengan cara permainan mereka.....
Tengah hari.....mereka berehat sambil lunch...bersedia untuk game seterusnya.....Permainan mereka mula nampak kelam kabut.....semua yang mereka mampu buat dengan cemerlang sekolah semasa latihan tidak lagi dapat mereka pamerkan semasa bertanding dengan pasukan lawan......rasa agak kecewa.....hati aku mula berteka -teki....kenyang sangat agaknya sebab tak boleh bermain, atau mereka sudah penat, atau mereka tension sebab pasukan lawan bertubuh besar......
Akhirnya keputusan ......pasukan lelaki SK Sri Skudai menjadi Johan dan pasukan aku Naib Johan.Keputusan sama dengan tahun lepas. Aku bersyukur....tapi agak kesal kerana aku tau players aku mampu menjadi johan sekiranya mereka bermain sama seperti mereka tunjukkan pada aku di padang sekolah.....semasa latihan....
Buat semua players....cikgu sayang sangat kamu........kalau cikgu marah sebab cikgu nak kamu menjadi pemain yang terbaik....Antara ratusan murid kamu terpilih mewakili sekolah kerana cikgu tau kamu memang boleh menjadi JOHAN....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails