Pages

Tuesday, March 15, 2011

Jepun Dan Tsunami.....Dan Kita...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.........Saru mo ki kara ochiru iaitu monyet dari atas pokok pun boleh jatuh ketanah yang membawa maksud orang yang pakar pun boleh melakukan kesilapan.

 Pada 11 Mac 2011, gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu. Kat tempat kita....alhamdulillah tak pernah rasa kecuali gegaran kecil di beberapa tempat beberapa tahun lalu.
Bayangkan rumah yang hanyut itu rumah kita...
Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Cuba kita bayangkan kita berada di sana semasa ombak sedang menggila. Berusaha keras menyelamatkan diri dan keluarga. Tak dapat aku bayangkan apabila melihat ganasnya ombak memusnahkan semua rumah dan bangunan. Cuba bayangkan itu la rumah kita....
Jepun.....sudah lama kita kenal negara matahari terbit ini...kalau belajar sejarah pasti kita tahu...tapi itu semua mendidik kita menjadi rakyat yang lebih patriotik. Adalah tidak adil apabila ada yang melabel semua mereka bersikap tidak baik. Tidak elok juga apabila ada yang bersorak apabila musibah melanda mereka. Tentu kita masih ingat bagaimana taksubnya ibu kita dengan cerita Oshin satu masa dahulu.
Cerita yang pernah menjadi fenomena di sini....
Kita pula membesar dengan cerita Ultraman ( siap ada kad yang boleh dikumpul).
Sekarang dah ada banyak version....
Makan Sushi, Unagi, Tempura bersama teman-teman kolej.
Saya suka ni.....
Melihat anak-anak asyik dengan cerita Detective Conan dan Doraemon dan kita bersama-sama menggunakan teknologi terkini dari sana.
Tempias negara Jepun sebenarnya berada di dalam lingkungan kita....tidak dapat dinafikan...Aku pula tertarik pada si dia kerana sikap ingin tahu mengapa sidia suka memakai selipar jepun
( sebenarnya selipar ni berasal dari Jepun ke ?)berlainan warna setiap hari Jumaat. Rupa-rupanya takut hilang selipar semasa menunaikan solat....bila selipar jepun lain  sebelah...takde orang nak amik....hehehe...
Ok...semoga segala-galanya dilindungi Allah terutama rakyat Malaysia di Jepun...buat sepupuku yang sedang menimba ilmu di sana...jaga diri baik-baik. Ucapan ku....
と世話をする神はいつもあなたを祝福 take care and may god bless you always. Terasa nak makan tauhu Jepun digoreng dengan sotong....yummy....

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails