Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Kekuatan diri tidak datang dari kemampuan fizikal seseorang tetapi ianya datang dari semangat individu yang tidak pernah mengalah. Saya nak bercuti cikgu....cubalah faham. Ni tidak...time cuti le bagi kerja rumah berlambak-lambak. Tolonglah mengerti.......
Kenapa cikgu suka menyusahkan murid-murid. Sekarang bila tak siap, nak denda pulak. Wah....bagusnya statement....Kecil hati kitakan teman-teman guru....Membantu dianggap menyusahkan.Sebenarnya kerja rumah sudah sinonim dengan kehidupan pelajar-pelajar di Malaysia. Kerja rumah telah menjadi sebahagian besar kehidupan para pelajar di sekolah rendah, menengah dan menengah atas.Walaupun terdapat banyak laporan dalam media yang mendakwa bahawa pelajar dibebani terlalu banyak kerja rumah, namun ia terus menjadi suatu amalan biasa hampir setiap hari kerana kerja rumah terbukti menyumbang terhadap pencapaian akademik yang cemerlang.
Sebelum kamu rasa sakit hati pada cikgu kamu yang beri kamu banyak kerja rumah masa cuti....jom kita kongsi kebaikan yang kamu dapat bila kamu buat kerja rumah.
a.menjadikan kamu berpengetahuan dengan kemahiran yang telah
telah diajar.
b. Kerja rumah tu sebagai latihan tambahan supaya kamu lebih
bijak.
c. Supaya kamu menguasai topik dan menjadi lebih mahir lagi.
d. Ia sebagai latihan mengulang kaji pelajaran di rumah ...two in
one!
e.Kerja rumah akan membuat kamu berusaha dengan membuat
rujukan. Bertambah ilmu..
f.Memberi kamu peluang berbincang dengan rakan-rakan tentang
ilmu.
g. Ia mengelakkan kamu daripada membuang masa dengan sia-sia
di rumah. Kamu boleh mengisi masa lapang dengan betul.
h. Siapkan kerja rumah yang diberi akan meningkatkan prestasi
kamu dan kamu akan mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan.
Bagaimana? Sakit hati lagi pada cikgu kamu?
salam ziarah... cikgu, sy nak berkongsi info nie boleh???
ReplyDeleteSalam aiz Din.....silalah....ilmu memang untuk dikongsi.....tak dpt nak ziarah link aiz-Din tak tggal link nya...
ReplyDeleteterima kasih cikgu... ^.^
ReplyDeletehttp://aiz-dinbereh.blogspot.com/