APABILA MALAS MENGUASAI DIRI....HENDAKLAH KITA :
1.Mengambil wuduk bagi yang Islam dan membasuh muka bagi yang bukan Islam2. Dengar alunan muzik yang merangsangkan minda dan bunyi-bunyian alam semulajadi.
3. Solat bagi yang beragama Islam dan sembahyang mengikut kepercayaan agama masing-masing.
4.Sentiasa duduk bersama-sama dengan orang yang berfikiran dan bertingkahlaku positif.
5.Mengubah kedudukan atau posisi badan. Baring teruslah duduk, sekiranya duduk teruslah berdiri.
6. Berpindah lokasi atau bilik/ruang/tempat. Malas semasa di katil, bangun dan duduk di kerusi.
7. Membuat rawatan aromaterapi sendiri. Nyalakan lilin wangi (awas & berhati-hati) atau gunakan semburan aromaterapi.
8. Menghirup udara segar diluar rumah sehingga kembali cergas.
9.Mengemas satu ruang atau beg/meja/laci sehingga tersusun rapi.
10.Berbual-bual dengan ibu atau ayah sebentar sehingga mood malas hilang.
11.Minum secawan kopi atau segelas jus segar.
12. Ubah teknik belajar sekiranya malas . Malas membaca, mula mencatat nota pendek, malas mencatat ,buat peta minda yang berwarna warni.
13. Mengenalpasti punca utama yang menyebabkan malas.Pesekitaran atau diri sendiri.
Imanmysara
menarik isu anak malas zam..eemmm paling susah nak tangani.dah letak buku n pensel dpn mata.masih bertangguh..knp ye zam??ke mana pergi semangat mcm kita dulu?
ReplyDelete