Pages

Friday, March 1, 2013

Bilik Kaunseling Baru - Part 2


Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.Hidup kita adalah warna warni yang terlakar pada sebuah kanvas, walaupun tidak indah, ia tetap mempunyai sejuta makna.
Pening memikirkan warna sesuai untuk bilik baru aku...Takut pun ada....ye la...nanti kalau tersalah pilih warna....bukan senang kan nak mula balik....Setelah khatam katalog cat kat kedai....tauke tu dah boring tengok aku...Akhirnya aku pilih warna buku rekod kaunseling...UNGU. Warna MERAH + BIRU ini akan beri kesan sejuk dan eksotik. Lagipun kat sekolah belum ada lagi bilik berwarna ungu.
 
Hubby aku bertungkus lumus membantu...thanks eh...
Menurut  Psikologis :
a) Warna ungu berkait dengan royalti dan kuasa.
b)Warna ungu merupakan kekayaan dan pemborosan.
c) Warna ungu paling sering berkait dengan bunga, gemstones, dan matahari terbenam.
d)Warna ungu mempunyai kesan tenang dan menyejukkan
 e)Warna ungu dikaitkan dengan kesan yang berhubungan tentang wawasan yang luas, martabat, kehormatan, intuisi, dan sejahtera juga memberi kesan anggun.
f)Warna ungu dapat memberi inspirasi fikiran dan membuat hati lebih tenang.
g)Warna ungu juga sesuai untuk mengawal rasa marah dan dapat meringankan beban hati.
Oleh kerana warna ungu  bersifat tenang dan menyejukkan, ruang kerja dan ruang tidur sangat sesuai jika dicat purple. Hihihihi....kira tak salah la pilihan aku....





Ini ialah feature wall bilik aku...comelkan kaler purple ni...dan rupanya... :-
a)Warna ungu digunakan janda Thailand untuk memakamkan suaminya
b)Warna ungu adalah warna kesukaan Cleopatra
c)Warna ungu digunakan tentera Amerika untuk hiasan tentera yang telah gugur di medan perang.
d)Leonardo Da Vinci percaya kekuatan meditasi bertambah 10 kali ganda ketika warna ungu digunakan sebagai lampu.
e) Guru Kaunseling SK Sri Skudai mengecat biliknya dengan warna ini.. :)

Uniknya tentang warna ungu ialah ia sangat sesuai  untuk sesiapa  yang sedang menjalani program diet kerana mampu mengurangi rasa lapar. Hohohoi....dah kenapa aku asyik rasa lapar je ni..........

Thursday, February 28, 2013

Art Therapy..

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.Kenali kekurangan diri sendiri agar tidak sombong dan ketahui kelebihan diri sendiri agar tidak rendah diri.
Hari ini cikgu kaunseling nak ajak semua melukis dan mewarna...Ramai cikgu tengok masih malu-malu untuk bercakap walaupun kita sudah bersekolah masuk bulan kedua. Cikgu nampak semuanya seronok mewarna dan melukis. Sampai meniarap pun ada...Cutekan! Ada juga yang sangat kreatif mewarnakan muka kaler biru...hijau...takpe la janji kamu luah apa yang ada dalam minda kamu.
Ini ialah art therapy.Biasanya terapi ni digunakan bila ada cikgu mengadu ada murid yang sukar untuk meluahkan perasaan, tidak mahu bercakap, suka  memendam rasa dan sangat pendiam. Jadi,  art therapy ini sangat sesuai digunakan. Murid diberi kebebasan untuk melukis apa saja yang lahir dari minda.Cikgu kaunseling mulakan dengan aktiviti kaler-kaler dulu. Apabila kita nilai lukisan mereka, terhasilnya luahan emosi mereka yang kita boleh baca..




 
 

Sunday, February 3, 2013

Wajah- Wajah Baru SK Sri Skudai

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman. Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.
 

Murid baru datang lagi....Selamat datang anak-anak comel...Tahun ini cikgu kaunseling tak ada anak yang jadi murid baru..Murid baru ni layanan harus lebih...Maklumlah baruuu....Jom ikut cikgu kaunseling makan di kantin....Kene ajar adab makan...doanya...jangan makan bersepah-sepah.Cara nak membeli makanan...cara nak simpan pinggan dan cawan selepas makan...Abang kantin pun tau nak bersabar dengan murid baru...cikgu lagi la bolehkan...
 

Guru Disiplin pula menjadi gang dengan murid baru...Memang kene tunjuk garang agar murid-murid baru berdisiplin.Kena bimbing murid-murid cara nak beratur dengan betul. Tatacara semasa perhimpunan..Peraturan sekolah mesti ikut jangan dilanggar. Setiap hari Isnin, Unit Disiplin mengadakan satu slot bagi mengukuhkan budaya disiplin sekolah.
Walaubagaimana pun minggu-minggu yang agak penat.....menguruskan anak-anak comel baru.Sudah nampak 3 orang murid baru yang memerlukan khidmat kaunseling..Sorang tak berenti-renti melalak...dua lagi tak mau duduk diam....asyik keluar kelas....Semoga kita ikhlas dalam kerja kita...Mak cikgu kaunseling pesan kalau kita ikhlas....nanti anak kita pandai.....Semua nak anak pandaikan...so jom ikhlaskan hati dan siapkan kerja dan tanggungjawab kita.....
 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails