Pages

Monday, September 10, 2012

UPSR- Titipan Ikhlas Seorang Bapa...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....“Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.”
Kadangkala kita sering berputus asa dan tidak yakin pada diri sendiri.
Tenang.... Ingat kembali kata-kata ini, sekiranya kita bersedia menerima kejayaan dan bersedia juga untuk kegagalan kita dan berusaha untuk memperbaikinya dan menjadi lebih maju lagi!!


Harapan seorang yang bernama ayah sangat tinggi....Aku kagum dengan seorang bapa yang sanggup bercuti dan berada di sekolah untuk menemani anaknya sejak peperiksaan percubaan lagi...Hari ini aku lihat dia lagi....Alhamdulillah semoga berkat kesungguhan bapa tadi anaknya mendapat kejayaan yang cemerlang. Al-Fatihah buat bapa ku...walaupun dia tidak sempat bersama dalam setiap kejayaanku....sebagai seorang anak, aku amat berpuas hati kerana dapat membawa namanya setiap kali nama ku diumum untuk mendapat anugerah....

UPSR...Semoga Berjaya Anak-Anakku!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...“Today is not a good day to give up”
Berfikirlah positif bahawa hari ini bukanlah hari untuk berputus asa
kerana menurut orang yang sudah berjaya, jalan menuju ke arah kejayaan memang akan membuat orang rasa untuk berputus asa.
Sebentar lagi semua calon UPSR seluruh Malaysia akan melangkah masuk dewan peperiksaan....Hanya kiriman doa untuk mereka agar dapat menjawab soalan dengan tenang.



Pengalaman pertama berada dalam dewan peperiksaan bagi anak kecil ini pasti mendebarkan.Kami guru-guru dan seluruh warga SK Sri Skudai berdoa agar kamu diberi kekuatan untuk mengharungi tempoh peperiksaan dan dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Good Luck !!!!!Cikgu kaunseling sayang kamu...

Friday, September 7, 2012

Saya Ada Kawan Baru.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah dia mendalami ilmunya kerana tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.Seseorang itu yang memiliki ilmu perlulah memahaminya dengan mendalam seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan ajarkanlah ilmu itu pada segenap insan agar ilmu tersebut tidak hilang. (Buku Gen-Q).Haaa... tu dia amanah bagi orang yang berilmu. GPK Kurikulum beritahu tadi...aku diminta membimbing seorang guru pelatih kursus Bimbingan dan Kaunseling. 
Suka...aku dapat kawan baru. Namanya Siti Fatimah...nama manja yang aku panggil ialah Ema...seorang ibu muda yang aku lihat begitu gigih menuntut ilmu walaupun ada anak kecil..
Melihat dirinya seperti melihat diriku sewaktu menjadi guru pelatih suatu masa dahulu.....Aku jadi begitu bersemangat berkongsi ilmu dengannya walaupun aku ni masih lagi dalam tahap mengumpul ilmu. Kami bersama-sama melaksanakan program dan saling bertukar-tukar idea...Alhamdulillah sepanjang 2 minggu Ramadan aku punya teman di bilik ku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails