Ini adalah 2 orang student tahun
6 yang sanggup membantu aku
dalam menjadi peserta Model Kerjaya. Makluman dan tempoh latihan sangatlah pendek. Aku dan studentku bersama-sama mengumpul maklumat mengenai kerjaya yang kami pilih iaitu Optometris. Setelah itu aku menyiapkan slide show data-data penting dan melatih mereka untuk membuat persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 minit.
Dengan bantuan beberapa orang guru, akhirnya kami bersedia untuk membawa murid-murid ku ke Muar untuk pertandingan peringkat negeri. Bagi kategori sekolah rendah sekolah ku mewakili pertandingan Model Kerjaya, SK Nusa Perintis 1 bagi Motivator Muda dan SJKC Pu Tze bagi Poster Motivasi.
Karnival My Talent Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuan membina generasi muda celik minda kerjaya menjelang tahun 2020. Objektif bagi kategori Model Kerjaya pula ialah membentuk keyakinan diri dan kreativiti murid dalam kerja penyebaran maklumat secara berkesan.
Hati aku agak yakin sekolahku akan memenangi pertandingan pada mulanya. Dengan strategi 0.1 yang aku gunakan dan bantuan guru-guru lain....aku amat yakin. Selalunya percaturan ku tak salah tetapi bila ada suara yang kurang yakin menyebabkan hati aku mula goyah. Hatiku bertambah berbelah bagi bila aku menyaksikan 9 daerah lain hebat membuat persembahan.
Aku dan Rubi telah bersedia mengemas peralatan kami...melihat cara persembahan daerah ini aku agak mesti johan milik mereka.Pabila daerah Johor Bahru diumumkan sebagai Johan....jantungku berdegup kencang...tanpa ku sedari aku menjerit...Rubiiiii kita menanggggg... Ya..Allah syukur alhamdulillah atas rezekiMu...Qistina dan Arif tahniah ye....Johan memang milik kita....seharusnya aku lebih yakin....