Doa pada ketika itu ialah sebelum berbuka puasa, ketika terbenamnya matahari. Ini kerana pada waktu tersebut berkumpul segala kesempitan jiwa (kerana lapar), sifat tunduk merendah diri, dan orang yang berdoa pula dalam keadaan berpuasa ketika itu. Semua ini merupakan sebab-sebab terkabulnya doa. Selepas berbuka, diri seseorang telah mula berehat dan gembira, dan seringkali pada saat itu diri dalam keadaan lalai
Sesungguhnya doa berbuka merupakan saat-saat yang dikabulkan. Ini kerana ia merupakan akhir ibadah dan manusia biasanya jiwanya lemah ketika berbuka. Jika manusia dalam keadaan jiwa yang lemah dan hati yang lembut, maka biasanya hatinya lebih dekat kepada taubat dan tunduk kepada Allah.
Sabda Rasulullah; “Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak.”
[Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As].
Setelah selesai solat...aku baru teringat yang ada sedikit lagi kelengkapan raya anak-anak yang dibeli tadi belum dibawa keluar dari kereta.... Pasti anak -anak suka. Aku pun menyerahkan beg palstik kepada anakku....Dia tersenyum dan terus memelukku....Mama ...cepatnya tuhan makbul doa adik.....adik memang doa nak nii.....katanya sambil memegang barang rayanya...Suka le tu.... alhamdulillah.