Pages

Thursday, April 19, 2012

Sebiji Cake Chocolate Indulgence dan 30 Biji Cupcakes

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......jumpa lagi kitakan.....thanks pada yang sudi singgah kat blog and baca entri aku....walaupun tak beri apa-apa komen....maklum la silent reader..mcm aku...pemalu...hehehehe....Sebenarnya kalau boleh...dapat berbual kat shoutbox pun sudah seronok boleh menambah kenalan....
Hurrrrmmmm....hari ini nak cerita pasal cake.....Kelas xx diumumkan juara bagi pertandingan kebersihan baru-baru ini. Semua happy....cikgu kelas la terlebih happy...murid-murid pun bukan main seronok lagi....Cikgu pun merancang nak bagi murid-muridnya imbuhan atas usaha berjaya membuat kelas menang setelah saban minggu berada di ranking corot.
Singgah di bakery, cikgu pun membeli sebiji cake chocolate indulgence (yummy....bagi la kat cikgu kaunseling sikit) dan 30 biji cupcakes.....
Cuppies ni pun aku buat tau....hehehehe tak ada kene mengena ngan cite..
Esoknya semasa mengagihkan cake, setiap seorang murid mendapat sebiji cupcake yang comel. Semua wajah ceria dan suka....ada yang berazam akan stay back untuk ceriakan kelas lagi.
Cake ni takde kene mengena dgn cerita....aku buat tau cake ni masa class baking...jgn tak caya... :)
Namun pengumuman yang kedua membuat semua emosi gembira bertukar.......Sebiji cake ni cikgu bagi kepada Nadhirah kerana dia banyak membantu. Nadhirah terpinga-pinga......dia tahu bukan dia yang bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan kelas ceria....ada lagi rakan-rakan kelasnya yang bekerja lebih keras darinya.....Cikgu.....saya kembalikan semula cake ni....segan saya cikgu.........apa kata kita bahagi sebiji cake ni sama rata supaya semua kawan-kawan boleh rasa......Berkongsi lebih baik kan cikgu.....kita kongsi tenaga...bila menang....kita kongsi merasa..........tak ade la kawan terasa.......

2 comments:

  1. Eh ape da cikgu tu...pembahagian mestilah adil. Kalau macam tu lepas ni mane ade org nak buat keje lebih2 lagi...

    ReplyDelete
  2. mungkin cikgu tu nak bagi motivasi pada sorang tapi tak sedar dah menyebabkan semangat murid lain jatuh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails