Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Anak adalah untuk zaman akan datang,bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan ibu bapa yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga (HAMKA).
Program Gemilang 8 baru aje selesai dilaksanakan oleh semua guru...Program rutin UPSR....
Pelukan seorang bapa.......... |
Apa yang menarik ialah sambutan ibu bapa yang hadir untuk bersama-sama menyokong program sekolah bagi kecemerlangan anak-anak mereka..Penceramah undangan En Abdullah B Yusuf dari PPD Johor Bahru menyampaikan beberapa maklumat berguna buat ibu bapa. Katanya.......
Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Haa....dengar tu....kena peluk anak lebih kerap le lepas ni......Kita ni sebagai ibu bapa bukannya tak sayang anak.....sayang sangat...bukan tak mau peluk anak.....tapi kadang-kadang tak sempat..... dek mengejar masa menguruskan kerja dan rumahtangga.
Mama sayang kamu. |
Ok kat sini ada tips mudah untuk kita sama-sama dapat amalkan di rumah supaya anak lebih cemerlang otaknya....
1. Bila anak bangun tidur - ucap salam dan selamat pagi + PELUK
2. Selepas anak selesai bersarapan - ucap I luv u - PELUK
3. Sebelum anak ke sekolah - ucap selamat jalan + PELUK
Semoga berjaya anakku |
4. Selepas dia balik dari sekolah - Mama rindu kamu + PELUK
5. Setiap masa luang - PELUK sekemas-kemasnya tanpa kata apa-apa
6. Sebelum makan malam- Suruh anak basuh tangan + PELUK
7. Selepas makan malam - Mama happy kamu anak mama +PELUK
8. Setiap kali anak membantu kita - Terima kasih + PELUK
9.Selepas anak siap membuat kerja sekolah - Mama bangga dengan kamu + PELUK
10.Sebelum tidur- Ucap salam /selamat malam + PELUK...
10.Sebelum tidur- Ucap salam /selamat malam + PELUK...
Uisssh 10x tu kene peluk anak-anak......agak-agak anak-anak suka tak???? So....mama kene spray perfume bagi wangi-wangi.....anak-anak sure suka kene peluk....lelama pon takpe...kan... :)
No comments:
Post a Comment