Assalamualaikum, salam sayang anak-anak dan teman-teman...Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.Minggu sibuk aku bermula.Eh..aku kerja pe ye...bila sibuk begini aku lupa aku kerja apa...Hari ini aku akan berkonferens bersama ibubapa murid cemerlang. Apa ekk.. aku nak bicara dengan parents kali ni.
Slot aku tak la lama sangat kerana program dimulakan dengan bicara hati guru besar kepada ibubapa. Seterusnya semua guru subjek melahirkan rasa hati...apa yang masih terkurang sana sini untuk mencapai 5A.
Suasana senyap bilik konferens....semua parents memandang tepat ke arah muka aku...menyebabkan aku malu dan gabra.Baju and tudung aku ok tak...kemas tak...matching tak..Aduss!! tak payah nak beria le cikgu kaunseling.
Aku dengan yakin cuba menyampaikan apa permasalahan yang aku terima daripada murid-murid ini....kongsi bersama agar aku dan semua parents yang hadir dapat sama-sama mengaplikasikan kepada anak-anak.Apabila majlis selesai, semua parents dijemput menikmati jamuan ringan.
Masa makan, ramai parents yang mengambil kesempatan untuk berjumpa cikgu dan aku secara personel....Linangan airmata mereka semasa menceritakan permasalahan menyebabkan aku insaf.Bersabar ye mak and ayah....bak kata Nash penyanyi yg suara best tu....."tuhan sengaja menduga kita....dimana kesabaran manusia...Insyaallah....kita sebagai ibubapa tentu akan berusaha apa sahaja untuk anak-anak...Mak....i miss u. Thanks sebab didik aku sehingga aku jadi cikgu kaunseling....
No comments:
Post a Comment