Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari tugasan yang sesuai dengan minatnya.Ada orang tanya....apa rahsia kamu sentiasa berjaya....Selain dari rezeki kurniaan Allah, aku akan berkata aku akan lakukan setiap tugasan dengan kerahan seluruh tenaga aku bagi menjayakan kerja tersebut. Emak a.k.a cikgu pencen pernah berkata selagi kamu tidak berasa penat maka kejayaan belum menghampiri kamu......Hari ini program bersama calon-calon UPSR....apa lagi motivasi yang mahu disuntik selain menyelami hati dan emosi anak-anak ini agar sedar bahawa diri mereka sebenarnya sangat berpotensi dan kalau berusaha kuat pasti kejayaan di dalam tangan.
Mungkinkah murid yang masih bersengkang mata menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji semasa rakan sebaya yang lain tidur ......akan berjaya ?
Mungkinkah murid yang masih tidak jemu-jemu mencuba meningkatkan gred semasa rakan-rakan yang lain sudah berputus asa......akan berjaya?
Mungkinkah murid yang masih berminat dengan belajar semasa rakan-rakan sudah hilang minat dan asyik membuang masa.....akan berjaya?
Mungkinkah murid yang selalu bertanya guru tentang perkara dia tidak faham semasa rakan-rakan yang lain sudah menyerah kalah....akan berjaya?
Kalau ada yang bertanya aku lagi selepas ini bagaimana kejayaan selalu berpihak kepada aku...Jawapannya ialah aku lakukan semua kerja dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh tenaga.....Cikgu kaunseling gembira bersama kamu semua hari ini....gandakan usaha ye....
No comments:
Post a Comment